Blogger Templates

Thursday 20 September 2012

~ KUALA TERENGGANU & KOTA BHARU


سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Alhamdulillah, dengan keadaan diri ini masih berpeluang untuk berjalan-jalan bersama anak-anak tercinta sempena cuti Hari Malaysia yang lalu. Percutian tiga hari dua malam ke bandar Kuala Terengganu dan Kota Bharu yang menyeronokkan dengan keluarga SKAP. 

Pada 15 September 2012, kami sampai ke Masjid Abidin atau Masjid Putih pada pukul 6.00 pagi untuk membersihkan diri dan menunaikan solat Subuh. Antara tempat yang dilawati di bandar Kuala Terengganu ini ialah Taman Tamadun Islam dan Masjid Kristal, Gerai Keropok Losong, Muzium Negeri Terengganu, Nor Alfa Batik Dan Pasar Payang. Oleh sebab, kesuntukan masa kami tidak dapat ke Pasar Payang kerana telah ditutup pada pukul 6.00 petang dan bertukar arah ke Pasaraya Desa Murni dan Pasaraya Maidin seterusnya makan malam di gerai Gelas Besar di Seberang Takir berhampiran dengan tempat penginapan iaitu Rumah Rehat Sri Delima. 


Selepas solat Subuh bersiar-siar di sekitar Istana Maziah

Masjid Kristal Kuala Terengganu

Taman Tamadun Islam

Muzium Negeri Terengganu

Rumah Rehat Sri Delima Seberang Takir

Noor Alfa Batik 

Keesokan harinya kami bertolak ke bandar Kota Bharu pada pukul 8.30 pagi. Dalam perjalanan kami singgah membeli keropok losong cawangan Besut. Kemudian, membeli belah di Bazar Tok Guru, Pasar Siti Khadijah, Nor Batik dan berekreasi di Pantai Cahaya Bulan sambil menikmati makanan di sana. Selepas 'check in' di homestay Mahligai Bonda, kami ke Wakaf Che Yeh membeli belah sambil makan malam sehingga pukul 12.00 tengah malam. 


dr Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu Kelantan 

Norbatik Kota Bharu Kelantan

Pantai Cahaya Bulan

Pada hari Isnin, sekali lagi ke Bazar Tok Guru  atas permintaan rakan-rakan yang ingin membeli batik di sana. Seterusnya bertolak pulang ke Taiping dan berhenti di Bukit Bunga untuk makan tengah hari dan membeli belah lagi serta Solat Jamak Zuhur dan Asar.


Bukit Bunga Tanah Merah

Percutian kali kedua selepas ke Hadyai pada tahun lepas bersama-sama warga SKAP yang indah dan mengembirakan kerana dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama keluarga SKAP. Alhamdulillah...terima kasih Ya Allah...


Thursday 13 September 2012

~ YANG DIRINDU


سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Jika rindu ini bertatah...
aku harap biarlah untuk Allah.
Andai rindu ini menarik resah kepada-Mu aku pasrah.
Andai pencarian ini masih belum kutemui...
Ya Allah damaikanlah hati.
Biar resah menarik sepi.
Biar kecewa meratap pergi.
Biar kasih mengikat hati.
Ya Muhaimin kepada-Mu aku mengadu hati.
Serikanlah laman hati bukan pada fikirku tapi pada redha-Mu.




Monday 10 September 2012

~ GOOD LUCK MY DEAR


سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


UPSR datang lagi. Selamat menghadapi UPSR Nur Ainatul Nadhirah...Mak doakan adik dan rakan-rakan yang lain berjaya dengan cemerlang dan memperoleh 5A dalam peperiksaan nanti. Selama tiga hari nanti iaitu pada 11, 12 dan 13 September 2012, berjuanglah dengan penuh semangat dan yakinlah BOLEH.


Usah berputus asa dan sentiasa bertawakkal kepada Allah. InsyaAllah, dengan segala usaha yang telah kita lakukan, mak yakin adik pasti akan berjaya dengan cemerlang. Ingatlah pesanan Ustaz dalam Majlis Titisan Ilmu, jangan lupa membaca Surah Al-Insyirah dalam apa jua keadaan hatta dalam solat pun, elok diamalkan. Mak telah lama amalkan ini sejak anak-anak mak masih kecil, pada waktu malam dibacakan dan dihembus diubun-ubun. 



Fadhilat Membaca Surah Al-Insyirah:


1. Mempermudah segala urusan dan murah rezeki. Amalkan membacanya 7 kali selepas solat fardhu.

2. Apabila ada sesuatu hajat yang penting, kerjakan solat sunat Hajat atau Tahajjud ditengah malam, dan baca surah ini 103 kali atau lebih banyak menurut kemampuan. InsyaAllah hajatnya akan tercapai.

3. Amalkan membaca surah ini, Insya Allah terjauh dari wabak penyakit panas dan penyakit berjangkit.

4. Untuk mengubati orang yang disengat serangga, baca surah ini kemudian tiupkan kepada pesakit, insyaAllah akan sembuh.

5. Barangsiapa mengamalkan surah ini, nescaya dadanya yang sempit akan dilapangkan Allah SWT.

Caranya:

Dibaca dengan meletakkan tapak tangan kanan di dada sebelah kiri dan ditekan. Kemudian dibaca surah Al-Insyirah 3 kali dan mohonlah supaya dilapangkan dada.

6. Tuliskan surah ini pada kertas, kemudian direndam dalam air dan diminumkan airnya kepada seseorang untuk mendorongkannya supaya bertaubat dengan sesungguhnya. Elok juga di baca Asma’al Husna “AL-TAWWAB” sebanyak 300 kali selepas solat Dhuha.

7. Doa untuk menghalang anak-anak bergaduh, bacalah Al Fatihah dan selawat diikuti dengan surah Al-Insyirah sebanyak 7 kali kemudian bacakan Ayat 200 dari surah Ali Imran serta doa berikut : “Allahumma allif baina qulubihim wa ashlih zata bainihim”. Selepas itu, dihembus ke dalam air untuk diberi minum kepada anak-anak. Boleh juga dibaca dan dihembus ke ubun-ubun anak anda pada setiap malam.

8. Surah ini jika di baca pada air sebanyak 111 kali, dapat menyembuhkan penyakit batu karang. Air ini dapat menghancurkan batu kerikil tersebut.

9. Jika diamalkan surah ini sebanyak 200 x setiap terbit matahari, insyaAllah akan dibukakan kepadanya perkara-perkara yang ajaib.

10. Surah ini jika dibaca pada air kemudian diminum, insyaAllah akan hilang dukacitanya dan terpelihara dari terkejut . Jika dilakukan 7 hari berturut2, insyaAllah akan kuat daya ingatannya.


Kelebihan Surah Al-Insyirah.

Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.

Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.


Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".




Sumber: Lautan Biru