Blogger Templates

Thursday 19 July 2012

~ MARHABAN YA RAMADHAN


سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Alhamdulillah atas rahmat dan limpah kurnia-Nya dapat kita bertemu lagi. Syukur Ya Allah, segala perancangan dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. 

cenderamata utk murid Thn. 6W ~
~ Buttermilk Cupcakes with Choc Cadbury

Tahniah kepada Adieb, Wani, Hanis, Syahirah, Adibah, Aina, Ain, Nurin, Zetty dan Khadijah. Semoga terus cemerlang dalam UPSR nanti. Juga buat anak didik yang lain terutamanya Ainatul Nadhirah, tingkatkan lagi usaha anda dan terus bersemangat serta banyakkan berdoa kepada Allah. InsyaAllah kejayaan milik anda.


Crunchy Tiramisu Cheese Cakes in Jar ~
~ buat warga SKAP.

Bulan Ramadhan nan suci sudah di ambang pintu. Dengan segala kerendahan hati, saya memohon maaf buat sahabat handai, jika selama ini ada kata-kata atau tulisan saya yang kurang berkenan di hati. Semoga Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kita dan berkah Ramadhan 1433H kali ini memberikan hikmah serta makna yang mendalam bagi kita untuk menjalani kehidupan ini.

Marhaban Yaa Ramadhan...Selamat Menunaikan Ibadah Puasa.

MARHABAN YAA SYAHRAR-RAMADHAN, MARHABAN SYAHRAL'IBADAH
MARHABAN YAA SYAHRAR-RAMADHAN, MARHABAN SYAHRA-SYA'AADAH.

Selamat datang wahai bulan Ramadhan, Selamat datang bulan Ibadah
Selamat datang wahai Ramadhan, Selamat datang bulan Kebahagiaan.

Selamat datang wahai yang tiba dengan cahaya dalam kejelasan bertambahnya anugerah 
Bagi para kekasih Allah, engkau adalah kesayangan mereka wahai bulan yang penuh dengan keberuntungan.

Padamu tersingkir segala kehinaan dan dosa, saat terbentangnya kesempatan menyungkur sujud
Selamat datang sebaik-baik yang menghampiri usia kami, Bulan kita ini adalah Baginda bagi bulan lainnya.

Engkaulah pemimpin bagi setiap saat dan kepala mutiara bagi kalung kehidupan
Selamat datang bulan kemuliaan, kesucian dan terbukanya kesempatan mengambil manfaat.

Selamat datang kuucapkan tanpa terhitung, hingga tak terhingga banyaknya
Segenap masjid terindahkan dengan kedatanganmu, Tuhan segenap masjid menambah cahaya pada masjid-masjid dengan kedatanganmu.

Engkau cahaya kemegahan bagi segalanya, beruntunglah barangsiapa yang takwanya bertambah
Setiap muslim giat di hari-harimu dalam semangat ibadah.

Dan mereka malas berbuat dosa, dan bagi mereka ketaatan kepada Allah menjadi kebiasaan dalam solat terawih dan Al-Quran, telah sirna kantuk orang yang malas solat malam.

Selamat datang pemilit darjat yang mulia, yang tiada henti-hentinya gambaran keindahan dan kerinduan atasnya, Dan Selawat dari Yang Maha Tunggal dalam segala Anugerah, Yang memberi kenikmatan dalam beribadah.

MAA 'ADHAA'A BAANNURI RAMADHAN, WANJALAA RAYNUL BALAADAH.

Seterang benderang cahaya Ramadhan, Maka sirnalah kesempitan hati orang-orang yang dalam kebodohan.



Saturday 14 July 2012

~ NOBODY PERFECT


سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Assalamualaikum wrb....agak lama saya tidak mencoret di sini. Alhamdulillah, selesai sudah peperiksaan percubaan UPSR bagi negeri Perak dan kertas jawapan pun selesai disemak. Anak-anak didik pun sudah mengetahui markah masing-masing. InsyaAllah, cikgu akan hadiahkan sebiji cupcake sebagai penghargaan kepada yang cemerlang sebagai motivasi rakan-rakan yang lain. Ermmm, masih mencari idea untuk mendeco cupcake tersebut...

Walau lagi seminggu Ramadhan akan menjelang, masih lagi menerima tempahan kek daripada kawan-kawan sekolah. Semoga hajat untuk memberi cenderamata sebelum Ramadhan dipermudahkan Allah. Semua bahan telah disediakan cuma tahap kerajinan diharapkan tidak menurun nanti.

Opps, maaf ye!  tiada kaitan pula cerita ni dengan tajuk entri. Berbalik kepada tajuk di atas...

Kita sememangnya tidak akan sempurna... dan apabila kita ingin diterima oleh semua orang dan terhindar daripada semua celaan, bererti kita telah menginginkan sesuatu yang mustahil terjadi...

Hidup ini ada pasang surutnya...
Kadang-kadang kita disayangi...
Kadang-kadang kita dibenci...
Biarpun tanpa sebab yang munasabah.

Jadi, ingatlah wahai diri...

Jangan berkecil hati jika orang lain salah faham kepada kita...
Kerana Allah faham akan isi hati kita...
Jangan gusar jika ada yang menghakimi kita...
Kerana tiada hakim sebaik dan seadil  Allah SWT.



So Always smile (^___^) Be Happy...
May Allah Bless Us.