Blogger Templates

Monday 19 August 2013

~ AIR BANDUNG SODA


سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركات

Kali ini saya berkongsi resepi minuman pula iaitu air bandung soda. Sangat mudah membuatnya tetapi jika tersilap petua, kurang menjadi rasa soda tersebut. Jom, kita lihat resepinya.

nyum...nyum...nyummy

Bahan-bahan:

100ml Sirap Kordial Ros F&N
200ml susu sejat F&N
600ml air minuman
200ml F&N Ais Krim Soda

Cara penyediaan:

1. Tuangkan sirap kordial ros F&N dan susu sejat F&N ke dalam jag, kacau sehingga sebati.
2. Masukkan F&N ais krim soda dan akhir sekali tambahkan air.
3. Sejukkan sebelum diminum.

** Tips: sentiasa masukkan ais krim soda dahulu sebelum menambah air.

~SELAMAT MENCUBA ^^

Saturday 17 August 2013

~ PUDING MILO OREO


سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركات


Bertemu kembali dengan pengkongsian resepi juga pada kali ini iaitu Puding Milo Oreo. Walaupun lapis milonya kurang menjadi kerana saya tidak sabar2 menunggu lapisannya beku. Ini kerana saya membuatnya pada pukul 1.00 pagi. 

nyummy!

Bahan-bahan:

10gm serbuk agar-agar
750ml air
1 cawan gula pasir
1 tin susu cair
3/4 cawan milo
1 bungkus biskut oreo - apa2 aje

Cara-cara:
1. Masak serbuk agar-agar dan gula dengan air sehingga larut.
2. masukkan susu cair dan kacau sebati sehingga mendidih.
3. Tuangkan 1 cawan campuran milo ke dalam acuan.
4. Panaskan campuran milo yang separuh lagi dengan api paling kecil supaya tidak membeku.
5. Apabila permukaannya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi.
6. Taburkan biskut oreo.
7. Apabila permukaannya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.
8. Biarkan membeku di suhu bilik sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.

Tips:
1. Jangan tunggu sehingga lapisan membeku sepenuhnya kerana nanti lapisan tidak melekat.
2. Jika membeku semua, guris-guriskan permukaan dengan garfu sebelum menuangkan lapisan seterusnya.
3. Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelumnya supaya ia melekat dengan baik.

siap utk dimakan...nyum...nyumm


~ Selamat Mencuba...^^

Thursday 15 August 2013

~ LASAGNA MAKARONI


سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركات


Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi atas rahmat-Nya masih bernafas di bumi-Nya ini. Dapat menikmati hembusan udara yang nyaman dan negara yang aman damai. Sungguh sedih mengenangkan nasib saudara kita di bumi Mesir, Palestin, Syria dan seumpamanya lagi. Hanya doa yang dapat kupohon kepada-Mu Ya Allah. 

Ya Allah,
Sesungguhnya kami bermohon pertolongan-Mu,
kami meminta ampun kepada Mu, 
kami memohon petunjuk dari Mu,
kami beriman kepada Mu,
kami berserah kepada Mu,
dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan,
kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu.

Ya Allah, hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuhan,
bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada.
Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Aamiin Allahumma Aamiin.

Esok anak bujang saya akan kembali ke asrama. Oleh sebab, dia sangat suka dengan 'western food', saya pun membuat menu special sedikit pada malam ini iaitu lasagna menggunakan makaroni resepi daripada dapur Kak Zu 'Semanis Gula'. Saya kongsikan di sini untuk rujukan pada masa hadapan.

Lasagna guna makaroni...nyummy!

Bahan-bahan:

A) Makaroni
4 cawan makaroni
sedikit minyak

1. Rebus makaroni dengan air yang dicampur dengan sedikit minyak selama 10 minit.
2. Kemudian toskan airnya.

B) Inti Daging
1 tin sos spagheti tradisional
1 peket daging cincang (jenama RAMLY atau apa2 pun boleh)
2 biji bawang holand - cincang dadu
2 ulas bawang putih - cincang
1/2 batang lobak merah - potong dadu
2 biji buah tomato - potong dadu
1/2 biji lada benggala hijau dan merah
2 sudu besar cili kisar
2 sus besar rempah kari daging
1 sudu kecil lada putih
garam dan gula secukup rasa
1 sudu besar butter dan sedikit minyak agak2 utk menumis
* cendawan butang jika suka

1. Masukkan minyak dan butter ke dalam kuali. 
2. Tumis bawang putih dan bawang holand, kacau sekejab.
3. Masukkan cili kisar, kacau sekejab. Kemudian masukkan rempah kari dan kacau hingga garing sedikit.
4. Masukkan lobak merah, lada benggala, tomato, daging kisar dan sos spagheti. Kacau sebati dan masak hingga daging tersebut masak. 
5. Masukkan garam, gula dan lada putih secukup rasa.
Tips: Buat inti daging ini lebih manis daripada masin kerana nanti cheese dah masin.

Lebihkan manis dlm inti daging ini...

C) Sos Putih
500ml susu segar
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu serbuk lada hitam
garam dan serbuk perasa hilal secukupnya.

~ Masak kesemua bahan ini sehingga pekat dengan api yang sederhana.



D) 250gm Cheese Mozarella
     125gm Cheese Cheddar

Cara melayer:


1. Susun makaroni dalam loyang yang dialas dengan aluminium foil atau sapu dengan sedikit minyak supaya tidak melekat.


2. Letakkan inti daging.


3. Letakkan sos putih.


4. Tabur sedikit cheese mozarella.
5. Ulang hingga habis mengikut susunan di atas.
6. Tabur kedua-dua jenis cheese sehingga menutupi keseluruhan permukaan.
7. Bakar selama 45 minit pada suhu 200C menggunakan api atas bawah atau sehingga cheese menjadi garing keperangan.

dah separuh aje tinggal...nyum, nyum, sedap dimakan panas2

~ Selamat Mencuba ^^.

Tuesday 13 August 2013

~ PUDING CENDOL


سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Alhamdulillah, selamat bertemu kembali. Entri kali ni nak berkongsi resepi Puding Cendol yang gambarnya telah berjaya memenangi peraduan kongsi juadah berbuka puasa di laman facebook. Gambar ni menang pada minggu ke-3 bulan Ramadhan yang lalu. Ramai yang meminta berkongsi resepi. Resepi asal dari dapur Kak Nor 'Secubit Garam' cuma saya ubah sedikit ikut selera, itupun atas tips yang diberi oleh Kak Nor. Terima kasih Kak Nor atas resepinya.

pic nie yg menang dlm peraduan kongsi juadah berbuka puasa

Bahan-bahannya:
Lapisan bawah
600ml air
1 cawan gula pasir
300ml santan pekat
10gm serbuk agar-agar
500gm cendol
sedikit garam

Lapisan atas
700ml air
200gm gula merah + 1 kpg gula melaka
300ml santan pekat
10gm serbuk agar-agar
1 biji kuning telur
sedikit garam

Cara-cara:
Lapisan bawah
1. Masak air, agar-agar dan gula sehingga mendidih
2. Masukkan santan dan garam. Biarkan mendidih sedikit.
3. Masukkan cendol. Kacau sedikit dan angkat.
4. Tuangkan ke dalam acuan.
Tips: Basahkan acuan dengan sedikit air. Lapikkan dengan plastik yang lebih besar daripada acuan supaya mudah keluarkan daripada acuan untuk dipotong.

Lapisan atas
1. Ambil sedikit air daripada 700ml air dan masak dengan gula merah. Tapiskan air gula.
2. Masukkan air gula dan baki air serta serbuk agar-agar. Masak sehingga mendidih.
3. Kocok kuning telur di dalam santan. Tuangkan santan ke dalam adunan. Masukkan garam.
4. Biar mendidih sekejab dan padamkan api.
5. Tuang adunan atas di tepi loyang setelah bahagian bawah keras dan cucuk dengan garfu di serata permukaan lapisan bawah. Tahan dengan sudu semasa menuangkan adunan supaya adunan jatuh dengan perlahan-lahan .
6. Sejukkan sebelum dipotong dan bolehlah dihidangkan untuk menjamu selera.

~ Selamat Mencuba...^^

hadiah drp admin page kongsi juadah berbuka puasa...

Dikesempatan ini rasanya masih belum terlewat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua saudara mara, rakan taulan dan sahabat handai yang mengenali diri ini juga sahabat di alam maya dengan ucapan Maaf Zahir dan Batin... TaqabbalaAllahu minna wa minkum.


sambut raya tahun pertama bersama si kecil Afif
Ramadhan telah usai
namun semangat Ramadhan
moga selalu ada di hati...