Blogger Templates

Thursday 15 August 2013

~ LASAGNA MAKARONI


سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركات


Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi atas rahmat-Nya masih bernafas di bumi-Nya ini. Dapat menikmati hembusan udara yang nyaman dan negara yang aman damai. Sungguh sedih mengenangkan nasib saudara kita di bumi Mesir, Palestin, Syria dan seumpamanya lagi. Hanya doa yang dapat kupohon kepada-Mu Ya Allah. 

Ya Allah,
Sesungguhnya kami bermohon pertolongan-Mu,
kami meminta ampun kepada Mu, 
kami memohon petunjuk dari Mu,
kami beriman kepada Mu,
kami berserah kepada Mu,
dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan,
kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu.

Ya Allah, hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuhan,
bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada.
Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Aamiin Allahumma Aamiin.

Esok anak bujang saya akan kembali ke asrama. Oleh sebab, dia sangat suka dengan 'western food', saya pun membuat menu special sedikit pada malam ini iaitu lasagna menggunakan makaroni resepi daripada dapur Kak Zu 'Semanis Gula'. Saya kongsikan di sini untuk rujukan pada masa hadapan.

Lasagna guna makaroni...nyummy!

Bahan-bahan:

A) Makaroni
4 cawan makaroni
sedikit minyak

1. Rebus makaroni dengan air yang dicampur dengan sedikit minyak selama 10 minit.
2. Kemudian toskan airnya.

B) Inti Daging
1 tin sos spagheti tradisional
1 peket daging cincang (jenama RAMLY atau apa2 pun boleh)
2 biji bawang holand - cincang dadu
2 ulas bawang putih - cincang
1/2 batang lobak merah - potong dadu
2 biji buah tomato - potong dadu
1/2 biji lada benggala hijau dan merah
2 sudu besar cili kisar
2 sus besar rempah kari daging
1 sudu kecil lada putih
garam dan gula secukup rasa
1 sudu besar butter dan sedikit minyak agak2 utk menumis
* cendawan butang jika suka

1. Masukkan minyak dan butter ke dalam kuali. 
2. Tumis bawang putih dan bawang holand, kacau sekejab.
3. Masukkan cili kisar, kacau sekejab. Kemudian masukkan rempah kari dan kacau hingga garing sedikit.
4. Masukkan lobak merah, lada benggala, tomato, daging kisar dan sos spagheti. Kacau sebati dan masak hingga daging tersebut masak. 
5. Masukkan garam, gula dan lada putih secukup rasa.
Tips: Buat inti daging ini lebih manis daripada masin kerana nanti cheese dah masin.

Lebihkan manis dlm inti daging ini...

C) Sos Putih
500ml susu segar
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu serbuk lada hitam
garam dan serbuk perasa hilal secukupnya.

~ Masak kesemua bahan ini sehingga pekat dengan api yang sederhana.



D) 250gm Cheese Mozarella
     125gm Cheese Cheddar

Cara melayer:


1. Susun makaroni dalam loyang yang dialas dengan aluminium foil atau sapu dengan sedikit minyak supaya tidak melekat.


2. Letakkan inti daging.


3. Letakkan sos putih.


4. Tabur sedikit cheese mozarella.
5. Ulang hingga habis mengikut susunan di atas.
6. Tabur kedua-dua jenis cheese sehingga menutupi keseluruhan permukaan.
7. Bakar selama 45 minit pada suhu 200C menggunakan api atas bawah atau sehingga cheese menjadi garing keperangan.

dah separuh aje tinggal...nyum, nyum, sedap dimakan panas2

~ Selamat Mencuba ^^.

1 comment: