Blogger Templates

Wednesday, 22 May 2013

~ JAUNDICE


سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Alhamdulillah, hari ini hari ke-29 saya dalam pantang. Kali ini saya menulis tentang jaundice atau kuning pada bayi yang baru lahir. Anak saya yang ke-4 ini apabila lahir kuningnya agak tinggi juga. Pada hari kedua, saya diminta untuk membawa baby ke klinik ibu dan anak (KKIA) Taiping setelah suami memberitahu yang saya telah bersalin kepada jururawat yang bertugas di sana.

Afif disuap air Zam2 spy byk buang air
utk hilangkan kuning...

Pada 25.4.2013 iaitu hari kedua, bacaan jaundice Afif ialah 139.9umol/L (8.2). Doktor meminta untuk datang lagi pada keesokan harinya kerana beliau menjangkakan kuning Afif akan meningkat lagi sehingga hari kelima. Balik ke rumah terus saya mandikan Afif dengan air daun belimbing buluh. Tak cukup dengan petua itu, saya meminta suami membeli halwa kundur. Petua ini diberi oleh seorang jururawat di Penawar Klinik dan Dewan Bersalin Muslimah Hospital. 

Esoknya tepat seperti kata doktor iaitu bacaan jaundice Afif 171.3umol/L (10.1). Doktor meminta membawa Afif lagi keesokannya. Oleh sebab esok hari Sabtu dan KKIA ditutup, esoknya Afif perlu diambil darahnya di Klinik Kesihatan Taiping Jalan Tupai. Bacaan pada hari keempat ialah 200.8umol/L (11.8). Bacaan kuning Afif makin meningkat kerana sudah dua hari Afif tidak buang air besar. Balik dari klinik terus saya beri minum air rendaman halwa kundur lagi sebanyak 3.0 ml. Alhamdulillah, Afif mahu buang air besar sebanyak tiga kali pada hari itu. 

Esoknya, bacaan kuning Afif turun iaitu 158.8umol/L (9.3) dan doktor meminta Afif diambil darah dua hari kemudian. Pada 30.4.2013 genap seminggu usia Afif, bacaan kuningnya meningkat semula iaitu 170.7umol/L (10.0). Pada 2.5.2013 kuning Afif turun kepada 153.4umol/L (9.0). Kemudian 'nurse' meminta Afif datang semula pada 6.5.2013 iaitu hari ke-13. Jika kuning Afif masih belum turun, doktor akan ambil darah pada tangan Afif untuk dihantar ke makmal bagi mengesan jika Afif ada masalah hati. 

Afif di KK Taiping hari ke-5

Hati begitu risau apabila diberitahu bahawa doktor akan ambil darah melalui tangan Afif pula. Tak sanggup  hendak melihat dan dapat saya bayangkan betapa sakitnya Afif nanti. Jadi, saya tidak putus semangat dan terus memberi Afif minum air sengkuang cina pula. Kemudian, saya teringat pula petua serbuk mutiara. Pada hari Sabtu, saya mengikut suami ke Kolej Vokasional untuk melawat anak kedua di sana. Dalam perjalanan balik ke rumah, saya meminta suami membeli serbuk mutiara tersebut di kedai ubat cina. Suami membeli tiga bungkus, RM5 sebungkus harganya. 

inilah rupanya serbuk mutiara tu...

Tiba tarikh 6.5.2013 kuning Afif meningkat sedikit iaitu 157.2umol/L (9.2). Maka, doktor pun memaklumkan untuk mengambil darah Afif pada pukul 8.00 pagi esok. Kasihannya Afif...esoknya saya meminta suami yang memegang Afif kerana saya tidak sanggup melihat doktor mencucuk tangan Afif yang kecil. Ketika 'nurse' cucuk di tumit, boleh lagi tahan rasanya...ini di tangan, alahai kasihan anak mak :((... Rupa2nya doktor meminta suami dan saya keluar dari bilik doktor dan kami cuma dapat mendengar suara tangisan Afif sahaja. Luluh hati saya mendengar teriakan Afif. Apabila selesai, doktor meminta saya masuk dan saya dapati masih ada darah yang mengalir daripada tangannya. Sedih sangat melihat Afif ketika itu....

tangan Afif masih berdarah...

Afif yang baik...dah  tak nangis...

Doktor memaklumkan supaya Afif datang lagi seminggu kemudian. Alhamdulillah, setelah 22 hari (15.5.2013) kuning Afif disahkan tiada oleh Doktor. Keputusan pada minggu lalu, 8.0 jadi darah Afif tidak perlu lagi diambil. Syukur Ya Allah...Jika tidak, darah Afif perlu diambil sebanyak 3 botol iaitu 30ml...huhuhu tak sanggup nak bagi...

Pelbagai reaksi dan ragam Afif ketika bergambar...

Hari ke-10, Afif dah cukur rambut...


Seronoknya Afif berendam. Hari ke-6 pusat Afif dah tanggal.


hari pertama Afif n putingnya...


hari ke-27, Afif menaiki kereta ambil kakak dhirah...


hari ke-28, Afif tidur dalam buaian...

Hari ini usia Afif 29 hari. Semoga Muhammad Afif Irfan bin Mohd Nazri menjadi Anak yang Soleh dan seorang Al-Hafiz di masa akan datang. Aamiin Allahumma Aamiin.

5 comments: