Blogger Templates

Saturday, 8 November 2014

~ BEE HIVES MINI BUN WITH BUTTERSCOTCH / ROTI SARANG LEBAH

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركات

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana dapat bertemu kembali. Sekian lama tidak mencoret kata sehingga terlupa password blog ini... huhu. 

Entri ini sekadar berkongsi resepi yang saya dapat daripada teman tumblr iaitu Pn. 'Norabudy' awal tahun ini dan bulan November ini baru dapat mencuba resepi Bee Hives Mini Bun With Butterscotch atau roti sarang lebah ini. Roti ini sangat sedap sehingga mendapat permintaan daripada anak. Dua kali saya telah mencubanya dan Alhamdulillah, menjadi... terima kasih banyak2 ya Nor kerana sudi berkongsi resepi di laman tumblr. Saya kongsikan disini untuk rujukan saya dan anak-anak di masa hadapan.

Bun Mini Sarang Lebah bersos Butterscotch

Bahan-bahan:

Untuk Doh:
2 cawan tepung gandum
1/2 camt. dry yeast
1/4 camt. garam
1/2 camt. baking powder
1 camb. gula pasir
1/4 cawan plain yogurt (suhu bilik)
1/4 cawan minyak sun flower (xde.. sy guna minyak jagung jer)
1/2 cawan air suam 
Sedikit sesame seed, almond flakes dan pumpkin seed


taburan bijan hitam, kepingan badam, kuaci hijau- apa2 je

Cara-cara: 

1. Larutkan yis dan gula dalam air suam dan biarlan berbuih.
2. Dalam mangkuk adunan, campurkan garam, tepung gandum, baking powder dan kacau sebati.
3. Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat di tangan.
4. Uli dengan tangan sedikit (saya guna mesin pengadun) dan masukkan minyak sedikit demi sedikit. Putar lagi sehingga doh menjadi elastic. 
5. Kemudian, biarkan doh naik 2x ganda di tempat panas sedikit atau tempat tertutup seperti dalam oven atau microwave yang tak di ON kan.
6. Bila dph dah naik, tumbuk-tumbukkan supaya keluar anginnya.
7. Sapukan tangan dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susun rapat di dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak.
8. Buat hingga habis, Jika melekat sapu tangan dengan minyak.
9. Taburkan dengan sesame seed, almond flakes dan pumpkin seed dan biarkan doh rehat naik 2xganda sekali lagi.
10. Sentara tunggu doh naik, ON kan oven. Setting 180 - 200C api atas bawah (ikut oven sendiri)
11. Pastikan oven panas baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah sahaja, 5 minit kemudian pakai api atas bawah. Bakar dalam 10 - 15 minit.
12. Keluarkan dari oven dan cepat-cepat tuangkan butterscotch di atasnya.
13. Sedia untuk dihidangkan.

Nota:

1. Doh memang lembik. Jangan tambah tepung cuma sapukan tangan dengan minyak semasa membahagikan doh kepada saiz kecil.
2. Tak perlu membuat sebegitu bulat lebih kurang sahaja sebab nanti doh akan bulat sendiri apabila naik.
3. Pastikan oven benar2 panas supaya roti lembut bak kapas.
4. JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras.
5. Lebihan roti yang tidak habis dimakan perlu disimpa dalam bekas kedap udara atau balut pinggan dengan plastik kemas-kemas.

Sos Butterscotch 

Bahan-bahan:

1/2 cawan gula perang / brown sugar
1/2 cawan whipping cream (saya guna susu cair aje)
Secubit garam (saya xmasukkan)
1/2 camt. esen vanila
25gm butter

Cara-cara:
1. Cairkan butter dalam periuk kecil.
2. Masukkan gula perang. Kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.
3. Tuangkan whipping cream / susu cair perlahan-lahan sambil mengacaunya.
4. Masukkan esen vanila dan apabila semuanya telah sebati, tutup api.
5. Sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.

Nota:

1. Pastikan semua bahan tersedia dekat dapur kerana sos ini cepat hangus kalau ditinggalkan.
2. Awas masa menuang cream sebab gula sangat panas.
3. Berhati-hati dan sebaik-baiknya guna senduk serta jangan guna sudu.


nyum...nyum...nyummy!

Ini adalah resepi asal Nor untuk rujukan saya di masa akan datang. 
TQSM Nor :)


 
 

1 comment: