Blogger Templates

Wednesday 15 August 2012

~ PETUA IMAM GHAZALI MENCARI LAILATUL QADAR


سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Alhamdulillah, bertemu lagi kita di arena maya dunia tanpa sempadan ini. Hari ini adalah hari ke-26 umat Islam berpuasa dan Ramadhan akan berlalu pergi meninggalkan kita dalam kesedihan pada yang merindui kehadirannya lagi. Mungkin ini Ramadhan kita yang terakhir dan Syawal yang tetap akan menjelang tanda kemenangan bagi orang-orang yang bertaqwa. 

Dalam mengerjakan ibadat dalam bulan Ramadhan sudah tentunya kita akan sentiasa tertunggu-tunggu 10 malam yang terakhir. Walau agak terlewat juga bagi tajuk entri ini namum kita masih belum terlewat untuk mendapatkannya dan jika ianya telah berlalu pergi teruslah beribadat tanpa rasa kesal kerana segalanya dalam kekuasaan-Nya jua. Itulah malam yang mana ia berlaku pada satu malam daripada 10 malam terakhir iaitu pada hari ganjil bulan Ramadhan. Adakah malam Lailatul Qadar ini pada 21, 23, 25, 27 atau 29 Ramadhan? Hanya orang yang berusaha sahaja akan merasai nikmat beribadat di malam Lailatul Qadar ini. 



Terdapat petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama dalam mencari malam Lailatul Qadar ini. 

Jika awal Ramadhan jatuh pada hari:

1. Ahad atau Rabu malam Qadar dijangka berlaku pada malam 29 Ramadhan

2. Isnin - malam Qadar dijangka berlaku pada malam 21 Ramadhan

3. Selasa atau Jumaat - malam Qadar dijangka berlaku pada malam 27 Ramadhan

4. Khamis - malam Qadar dijangka berlaku pada malam 25 Ramadhan

5. Sabtu - malam Qadar dijangka berlaku pada malam 23 Ramadhan


Kata Sheikh Abu Hassan bahawa sejak mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan Lailatul Qadar pada malam yang tepat mengikut petua di atas. Walau bagaimanapun, janganlah beribadat pada malam ini sahaja, carilah malam Qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.

Tanda malam Qadar ialah:

Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas,
Siangnya cahaya matahari warnanya pucat,
Pada malam itu malaikat jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba. 

~ Sumber MelayuKini


Monday 6 August 2012

~ AYAT-AYAT CINTA


سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Syukur ke hadrat Ilahi dengan izin-Nya dapat saya mencoret lagi di sini. Entri kali ini mengenai ayat-ayat cinta Allah yang sempat saya edit menggunakan PhotoScape sahaja. Ini bagi tujuan menyertai pengkongsian kalam Allah anjuran Pusat Pungutan Zakat, Wilayah Persekutuan.

Bersempena dengan Nuzul Al Quran pada 17 Ramadan 1433H iaitu hari ini, Pusat Pungutan Zakat mengajak kita berkongsi ayat-ayat Al Quran yang memberi "turning point" dalam hidup kita. Apabila setiap kali membacanya, ianya benar-benar memberi kesan kepada kita. 

Ayat-ayat Al Quran pengkongsian saya yang setiap kali membacanya benar-benar memberi kesan di lubuk hati :


"Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatilah kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat." (Surah An-Nur, ayat 56)


 "Demi masa. Sesungguhnya manusi di dalam kerugian. Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan yang berpesan-pesan kepada kebenaran dan Kesabaran." (Surah Al'Asr, ayat 1-3)

Kata Iman Asy-Syafie:
"Yang paling JAUH bukannya bintang, matahari atau bulan,
tetapi MASA yang telah berlalu dan tidak akan kembali.
Kelmarin yang luput menjadi KENANGAN.
Kelmarin yang terluput mengukir SESALAN.
Yang ADA hanya hari ini dan akan datang.
Gunakan HARI INI sebaik mungkin,
kerana esok BELUM PASTI milik kita,
sedangkan semalam TELAH PERGI buat selama-lamanya."



  ~ حَسْبِيَ اللَّه وَنِعْمَ الْوَكِيل ~ 

'Hasbun Allah wa ni'mal wakeel' ~ [Al-Imran:173]
(Cukuplah Allah sebagai penolong kami dan Allah sebaik-baik pelindung.
Allah is sufficient for us, and he is an excellent guardian.)




Namun, kalam Allah ini juga sangat memberi kesan kepada saya cuma saya tidak berkesempatan untuk mengedit gambarnya kerana pemenang yang terpilih adalah hasil daripada penyertaan yang kreatif. 

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah ayat 216).

Hadiahnya sehelai tudung bernilai RM150 tajaan Butik MAMA & Hamper raya tajaan The Jannah. Okay juga hadiahnya kan?? Doakan saya berjaya ya (^_^)...
Jazakallahu khair.

Saturday 4 August 2012

~ REZEKI RAMADHAN, ALHAMDULILLAH


سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Alhamdulillah, hari ini dapat meluangkan sedikit masa untuk mencoret di sini. Sepanjang bulan Ramadhan ini masa terasa cepat berlalu tambahan pula jika hari bekerja. Walau bagaimanapun masa untuk tidur sebentar selepas Zuhur perlu diperuntukkan bagi tujuan beribadah di malam hari terutama ketika solat Terawih. 

Hari ini adalah hari yang ke-15 umat Islam berpuasa. Sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini, marilah kita perbanyakkan ibadah dan berdoa moga-moga Allah akan makbulkan hajat kita itu. 

Doa Ramadhan Hari Ke-15...


Di samping beribadah di bulan Ramadhan yang suci ini, para isteri dan kaum ibu tentu agak sibuk dengan juadah berbuka puasa juga persiapan untuk berhari raya. Sepanjang bulan Ramadhan ini kebanyakkan juadah selalunya yang ringkas-ringkas dan mudah disediakan. Antara juadah yang disediakan sepanjang Ramadhan ini (yang sempat diambil gambar sahaja, (^_^)...Resepi tak dapat dikongsi, insyaAllah jika ada kelapangan akan disertakan sekali...


Asparagus goreng udang


Tomyam Udang...


Roti Sosej


Jemput2 roti...


Ayam Gajus


Gulai Tulang bersama Rabung


Sup Tulang


Puding Karamel


Kari Udang

Selamat berbuka puasa kepada yang menjenguk di sini...Jangan lupa baca doa berbuka puasa pula ye...