Monday, 6 August 2012
~ AYAT-AYAT CINTA
سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Syukur ke hadrat Ilahi dengan izin-Nya dapat saya mencoret lagi di sini. Entri kali ini mengenai ayat-ayat cinta Allah yang sempat saya edit menggunakan PhotoScape sahaja. Ini bagi tujuan menyertai pengkongsian kalam Allah anjuran Pusat Pungutan Zakat, Wilayah Persekutuan.
Bersempena dengan Nuzul Al Quran pada 17 Ramadan 1433H iaitu hari ini, Pusat Pungutan Zakat mengajak kita berkongsi ayat-ayat Al Quran yang memberi "turning point" dalam hidup kita. Apabila setiap kali membacanya, ianya benar-benar memberi kesan kepada kita.
Ayat-ayat Al Quran pengkongsian saya yang setiap kali membacanya benar-benar memberi kesan di lubuk hati :
"Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatilah kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat." (Surah An-Nur, ayat 56)
"Demi masa. Sesungguhnya manusi di dalam kerugian. Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan yang berpesan-pesan kepada kebenaran dan Kesabaran." (Surah Al'Asr, ayat 1-3)
Kata Iman Asy-Syafie:
"Yang paling JAUH bukannya bintang, matahari atau bulan,
tetapi MASA yang telah berlalu dan tidak akan kembali.
Kelmarin yang luput menjadi KENANGAN.
Kelmarin yang terluput mengukir SESALAN.
Yang ADA hanya hari ini dan akan datang.
Gunakan HARI INI sebaik mungkin,
kerana esok BELUM PASTI milik kita,
sedangkan semalam TELAH PERGI buat selama-lamanya."
~ حَسْبِيَ اللَّه وَنِعْمَ الْوَكِيل ~
'Hasbun Allah wa ni'mal wakeel' ~ [Al-Imran:173]
(Cukuplah Allah sebagai penolong kami dan Allah sebaik-baik pelindung.
Allah is sufficient for us, and he is an excellent guardian.)
Namun, kalam Allah ini juga sangat memberi kesan kepada saya cuma saya tidak berkesempatan untuk mengedit gambarnya kerana pemenang yang terpilih adalah hasil daripada penyertaan yang kreatif.
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah ayat 216).
Hadiahnya sehelai tudung bernilai RM150 tajaan Butik MAMA & Hamper raya tajaan The Jannah. Okay juga hadiahnya kan?? Doakan saya berjaya ya (^_^)...
Jazakallahu khair.
Labels:
Article
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment