Blogger Templates

Saturday, 19 May 2012

~ INDAHNYA UKHUWAH


سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Syukur alhamdulillah atas rahmat dan kasih sayang-Nya. Semoga kita semua dalam lindungan-Nya. Minggu yang agak sibuk walaupun sebenarnya hati ingin menulis di blog ini. Bulan Mei yang penuh dengan sambutan seperti Hari Jururawat, Hari Ibu dan Hari Guru. Setiap satunya mempunyai kisah untuk dicoretkan namun masa agak terbatas untuk melakukannya kerana tugas-tugas seharian juga tempahan kek daripada teman-teman sekolah.  

Bermula dengan kunjungan sahabat di alam maya ini ke rumah hingga terjalin ukhuwah yang indah. Terasa bahagia mempunyai sahabat yang sudi berkongsi suka duka kehidupan buat pedoman diri. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah atas kiriman-Mu. 




Begitu tersentuh hati apabila mendengar kisah hidupnya selepas kematian suami yang sangat dicintai. Terasa begitu mendalam kasih sayang walau jasad telah terpisah namun hati masih sukar melupakan kerana kebaikan selama hidup bersama. Masih teringat kata-katanya hanya pemergian suami yang dalam senyuman menjadi pengubat hati. Katanya lagi jangan biarkan suami terlalu memanjakan isteri kerana jika dia tiada lagi sukar untuk isteri bangkit meneruskan kehidupan ini. 




Teringat insiden di hari sambutan Hari Ibu selepas menghantar anak saudara pulang ke asrama. Dalam sibuk-sibuk meminta anak mencatat barang untuk dibeli, terlupa memberi 'signal' ke lorong kanan selepas lampu isyarat berwarna hijau. Lagipun kedudukan kereta agak ke sebelah kanan. Apalagi memekik bunyi hon kereta belakang. Tak cukup dengan itu, sempat juga memaki dengan kata-kata yang kesat selepas saya membenarkan dia memotong. Ketika itu hati berkata, sukarnya melihat lelaki yang budiman yang sabar dan memaafkan kesalahan. Lantas teringat en. hubby yang jarang marah-marah jika ada kesilapan yang dilakukan cuma diam sebagai tanda marah...




Pada Hari Guru juga, masih ada bekas anak-anak didik yang bekerja dan masih menuntut di universiti yang menelefon dan menghantar pesanan ringkas bagi mengucapkan 'Selamat Hari Guru'. Tiada hadiah yang indah selain doa dan ingatan daripada mereka semua. Semoga mereka semua berjaya di dunia hingga akhirat.




"Ya Allah, Semoga ukhuwah yang terjalin ini dalam redha-Mu Ya Allah."

No comments:

Post a Comment