Blogger Templates

Sunday, 13 May 2012

~ MAKARONI GORENG PEDAS



سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT atas rahmat dan limpah kurnia-Nya dapatlah saya mencoret kata di sini lagi. Syukur juga atas segala nikmat yang diberi.


Makaroni Goreng Pedas Berempah Cajun


Kali ini masih lagi dengan resepi cuma saya ingin berkongsi mengenai sejenis rempah yang dinamakan cajun. Sungguh harum baunya apabila dicampurkan dalam masakan. Rempah cajun ini saya beli di pasaraya Tesco dan banyak juga kegunaannya iaitu untuk perap daging, ayam, sotong, udang ataupun untuk bakar seperti BBQ.

Cajun  - pic from Mr. Google

Sebenarnya saya juga baru mengetahui rempah ini apabila mencuba resepi daripada Kak Nor dalam Secubit Garam. Sungguh sedap rasanya dan kena dengan anak tekak saya kerana selalunya susah juga untuk saya terima masakan barat ini. Terima kasih ye Kak Nor atas resepi dan izinkan saya berkongsi di sini. Walau bagaimanapun saya ubai suai sedikit resepinya.


Bahan-bahan:
1 cawan makaroni - jenis shell
1 keping dada ayam - dipotong kecil
1 ulas bawang putih - diketuk dan dicincang
1/2 labu bawang besar - dipotong dadu
1/2 biji tomato - dipotong dadu
1/2 batang lobak merah - dipotong dadu tp sy potong memanjang
1 biji cili merah - dipotong dadu
1 biji cili hijau - dipotong dadu
1 camt. serbuk lada hitam
1/2 camb. cili kisar
1 camt. cajun
1 camb. sos cili
1/2 cawan air rebusan makaroni
1 biji telur - dipukul sedikit
garam
sedikit gula
daun sup - dihiris
minyak

Cara-cara membuatnya:
1. Rebus makaroni sehingga lembut dan toskan. (Asingkan 1/2 cawan air rebusan)
2. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga wangi.
3. Masukkan cili kisar dan sedikit air rebusan serta ayam dan masak sehingga isi ayam bertukar warna putih.
4. Masukkan tomato, lobak merah, cili merah dan cili hijau dan goreng seketika.
5. Masukkan pula serbuk lada hitam, cajun, sos cili, garam dan sedikit gula jika suka.
6. Masak hingga tumisan berbau wangi dan alihkan bahan2 ke tepi kuali dan masukkan telur.
7. Biarkan telur masak sedikit lepas tu kacau hingga menjadi seperti scramble egg.
8. Masukkan makaroni dan juga air rebusan tadi (untuk menghasilkan makaroni yang sedikit basah. Skip jika suka makaroni yang kering)
8. Kacau dan goreng sekejab dan hidangkan dengan taburan daun sup.

nyum..nyum...enakkkkk

~ Selamat mencuba ya.... (^_^).
 

No comments:

Post a Comment