Blogger Templates

Sunday, 6 May 2012

~ MAKARONI BAKAR


سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih dipanjangkan usia bagi menjalani rutin seharian. Sudah agak lama saya tidak menulis tentang kegemaran saya iaitu mencuba resepi-resepi baru. Kali ini saya ingin berkongsi resepi pilihan saya iaitu Makaroni Bakar.


keju cedar yg tak cair krn terlalu lama di dlm peti sejuk :((

Minggu ini saya perlu menghabiskan semua stok makaroni yang dibeli pada tahun lalu kerana telah hampir tamat tempoh. Tambahan pula ketika membeli barang-barang dapur di Tesco, anak perempuan meminta saya membuat makaroni bakar setelah ternampak makaroni di pasaraya tersebut. Pada hari Sabtu, menu sarapan pagi makaroni goreng dan pada hari ini (Ahad) makaroni bakar. Owh, baru saya perasan sudah pukul 12:00 lebih tengah malam. Tarikh pun dan bertukar. Tak mengapalah...

Sebenarnya saya telah beberapa kali membuat makaroni bakar ini tapi masih tidak menepati selera kerana saya pernah merasa makaroni bakar yang sangat enak ketika berkunjung ke rumah saudara sebelah adik ipar di Kuala Lumpur. Kali ini saya mencuba resepi daripada blog masam manis. Terima kasih ye Pn. Azlita. Okay, kita semak bahan-bahan untuk membuat makaroni bakar ini. 

Bahan-bahan:
200 g makaroni - direbus sehingga lembut, toskan dan gaul dgn sedikit minyak
250 g daging cincang - dibersihkan
1 tangkai cili merah - dihiris
1 tangkai cili hijau - dihiris
50 g cendawan butang - dihiris nipis
1 labu bawang besar
2 sudu besar rempah kari
1/2 cawan potongan daun kucai - saya guna daun sup
parutan keju cedar secukupnya

Kastard:
5 biji telur gred A
200 ml susu cair
2 camca teh tepung gandum
1 camca teh gula
1 camca teh garam

Cara-cara membuatnya:
1. Dalam bekas besar, satukan semua bahan kecuali bawang besar, rempah kari, daging, keju cedar dan bahan-bahan kastard. Gaul rata dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang besar bersama rempah kari sehingga naik bau. Kemudian masukkan daging dan kacau rta hingga daging masak. Tambahkan garam secukup rasa.
3. Dalam bekas lain, satukan bahan-bahan untuk kastard dan kacau rata menggunakan wisk.
4. Tuang kastard ke dalam makaroni tadi dan kacau hingga bergaul rata.
5. Sediakan loyang untuk membakar. Sapukan loyang dengan butter.
6. Panaskan oven pada suhu 180C.
7. Tuang adunan tadi ke dalam loyang. Tabur parutan keju. 
8. Bakar selama 20 minit atau sehingga masak dengan api bawah dan bakar lagi 5 minit api atas bawah.


buah tangan utk along juga di MCKK

~ SELAMAT MENCUBA ^__^

No comments:

Post a Comment