Blogger Templates

Wednesday 24 October 2012

~ BUN MANIS


سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Alhamdulillah, bertemu lagi kita di alam maya ini. Kali ini saya ingin berkongsi resepi membuat doh untuk dijadikan bun. Doh ini sebagai basic untuk kita membuat pelbagai jenis bun. Walaupun agak sibuk dengan tempahan membuat kek sempena Hari Raya Aidiladha yang bakal menjelang pada 26 Oktober ini, saya updatekan juga entri ini kerana ada rakan FB membuat permintaan untuk mengetahuinya. Rasa bersalah juga sebab sudah tiga hari saya belum memberi resepi ini. Maafkan akak ye Dina...Jom lihat resepi ^^

Bun Sardin, Bun Kacang Merah, Sosej Mayos & Sosej Cut

Bahan-bahannya:

1000gm Tepung (high protein) - diayak
190gm Gula
63 gm Susu Tepung
12 gm Bread Improver
20 gm Yis
6 gm Softener
7 gm Baking Powder
1 biji telur
80 gm Shortening
90 gm Marjerin / butter
1 sudu teh garam
75 gm Susu cair (low fat)
400 gm air ais
Suhu atas 165 C, bawah 170 C

Cara-cara membuatnya:

1. Masukkan gula, susu tepung, bread improver, softener, yis dan baking powder ke dalam mesin pengadun roti dan pukul sebati.

2. Masukkan telur dan pukul lagi. Marjerin dan shortening sejukkan dahulu di dalam peti sejuk.

3. Masukkan susu dan air ais (boleh masukkan beberapa ketul ais juga) sambil diputar. Kemudian masukkan garam.

4. Masukkan marjerin dan shortening. Pukul hingga doh menjadi lembut. Jika doh lembik, tambahkan lagi tepung. Pukul sehingga doh kelihatan licin. Tambah sedikit minyak semasa hendak mengeluarkan doh dan putar seketika.

5. Sapukan minyak pada loyang dan letakkan doh tadi. Rehatkan seketika sebelum membuat apa-apa bun.

6. Kemudian, timbang doh 60 g setiap biji. Letakkan sedikit minyak dan bulatkan doh sehingga kelihatan licin. Doh-doh tersebut boleh digunakan untuk membuat bun sardin, sosej mayor, sosej cut, bun kacang merah dan lain-lain lagi. Semasa membuat bun, perlu ditambah sedikit doh lain untuk menjadikan bun kelihatan besar.

doh dibulatkan dengan minyak...

gulungkan doh bersama sosej

Sosej mayos...inti bawang besar didadu + mayonis

Sosej cut...paipkan sos cili + mayonis dan taburan
sayur campuran...

Bun Sardin...inti sardin yg telah dimasak dahulu...

Bun kacang Merah...

* Setelah bun naik baru disapu dengan telur sebelum dibakar selama 20 minit. Pada minit ke 15 alihkan kedudukan loyang.
* Boleh pelbagaikan jenis bun. Gambar di atas hanya memberi idea untuk menghasilkan pelbagai jenis bun lagi...

~ SELAMAT MENCUBA...



Friday 19 October 2012

~ CINTA AGUNG



سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Ya Allah Engkau Tuhanku 

Tiada Tuhan melainkan Engkau 
Engkau cinta Agungku 
Nabi Muhammad pesuruh-Mu 

Ya Allah Engkau sumber bahagia 
Engkaulah Sumber keselamatan 
Ya Allah Engkau sumber keamanan 
Engkaulah segalanya 

Ya Allah Engkaulah pelindungku 
Engkaulah sumber rizkiku 
Di waktu sakit Kau sembuhkan 
Di waktu lapar Kau beri makan 

Ya Allah Engkau Cinta Agungku 
Cintaku haraplah dibalas 
Ya Allah Engkau Cinta Agungku 
Janganlah cintaku tidak dibalas 

Jangan biarkan ku tanpa pimpinan 
Pimpinlah aku ke jalan yang benar 
Kepada Engkaulah harapanku 
Janganlah hampakan perasaanku