Blogger Templates

Friday, 30 December 2011

~ ZIKIR HASBI RABBI JALLALLAH ~

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Banyakkanlah amalan zikir hasbi rabbi dan sentiasalah bersifat redha dengan apa yang kita ada serta sentiasa bersyukur.



Cukuplah Allah sebagai Tuhan
Tiada yang lain di hatiku melainkan Allah
Nur Iaitu cahaya Muhammad
Selawat dan salam ke atasnya
Dan tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah

Saturday, 24 December 2011

~ MAXWELL HILL ~


سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Kali ini tentang Tempat Peranginan Bukit Larut, Taiping, Perak yang dilawati kami sekeluarga sambil membawa dua anak saudara daripada Kedah iaitu Iman dan Hadi. Saya pun baru pertama kali naik ke puncak Bukit Larut ini walaupun berasal daripada Taiping.  




Tiket telah dibeli oleh suami seawal pukul 7.30 pagi. Jika lewat tiket akan kehabisan. Sebenarnya, kami telah ke sini kemarin tetapi telah kehabisan tiket pada hari tersebut iaitu 20.12.2011. Oleh sebab, saya dan suami perlu ke sekolah untuk menanda tangani opsyen SPBA, kami telah mengambil keputusan untuk menaiki ke puncak Bukit Larut pada pukul 12.00 tengah hari dan turun pada pukul 3.00 petang. 

Bukit Larut dahulunya Bukit Maxwell telah dibuka 100 tahun dahulu oleh seorang Residen British di Perak iaitu George Maxwell dan merupakan Bukit Larut Peranginan tertua di Malaysia. Tingginya 1 250 meter dari paras laut dan jauhnya lebih kurang 13 km dari kaki bukit. Jalannya bertar telah dibina selepas perang tahun 1848.





Perkhidmatan LandRover adalah merupakan satu-satunya pengangkutan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Perak dan perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk sampai ke stesyen atas Bukit Larut pada ketinggian 1 036 meter dari paras laut. Terdapat 108 selekoh (72 selekoh tajam) iaitu setiap minit perjalanan. 





Suhu pada waktu siang di antara 15 darjah celsius. Bukit Larut amat sesuai sebagai tempat berehat yang sunyi dan damai dari kesibukan bandar juga dapat melihat keindahan Bandar Taiping dan Selat Melaka.

Tempat-tempat peranginan ada disediakan seperti banglo dan rumah-rumah untuk disewa. Bagi pelawat-pelawat yang menginap di banglo, mereka boleh memasak makanan sendiri dengan kemudahan alat memasak yang disediakan (tidak termasuk gas). Perkhemahan sama sekali tidak dibenarkan di kawasan Peranginan Bukit Larut kecuali kawasan yang disediakan di Bukit Gunung Hijau dengan mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada Jabatan Hutan dan Polis.






Berikut adalah Kadar Tambang LandRover naik/turun:

Sebuah LandRover hanya dinaiki 10 - 11 orang
Sewa Trailer mengangkut barang RM15.00




Bukit Larut tempat bersejarah,
Udara bersih luas pandangan...


Selamat Datang ke Bukit Larut (Maxwell Hill)...Nikmati Percutian yang Damai!!

Thursday, 22 December 2011

~ NASI GORENG IKAN KEMBONG ~



سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Pagi-pagi bersarapan dengan nasi goreng bersama secawan air kopi. Perghhh...pasti terangkat. Oleh sebab ikan goreng masih banyak, jadi terus datang idea untuk memasukkan isinya ke dalam nasi goreng. Boleh disajikan juga dengan telur dadar.


Nasi Goreng Ikan Kembong

Resepinya seperti di bawah:

Bahan2:

4 cawan nasi putih - digaul dengan garam secukup rasa
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
3 biji cili kering
4 ekor ikan kembong - digoreng
2 batang kacang panjang
1/2 batang lobak merah
2 sudu minyak masak

Cara-cara membuatnya:
1. Cili kering, bawang merah dan bawang putih ditumbuk halus.
2. Asingkan isi ikan kembong daripada tulangnya dan isinya ditumbuk kasar.
3. Lobak merah dan kacang panjang dipotong dadu.
4. Panaskan kuali dan masukkan minyak.
5. Tumis bahan tumbuk hingga garing.
6. Masukkan isi ikan dan tambah sedikit air jika terlalu kering.
7. Masukkan nasi putih dan kacau rata sebelum dimasukkan lobak merah dan kacang panjang.
8. Goreng sehingga sayur-sayuran kelihatan masak dan angkat serta boleh dihidangkan.

nyum..nyum..nyummy

Boleh ditambah dengan sebarang perisa seperti perencah hilal atau perencah secukup rasa.
Selamat mencuba (^_ ^)

Monday, 19 December 2011

~ PIC OF FOOD ~



سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Kali ini cuma nak post dua keping gambar makanan (cuba2 resepi) yang telah diedit iaitu somtam dan sup cendawan dengan roti bawang putih atau lebih terkenal dengan 'mushroom soup and garlic bread'. Resepinya saya ambil daripada blog2 masakan di intenet ni cuma sup cendawan tu saya guna yang dalam tin iaitu jenama kimball...hehehe (tak sempat nak cuba resepi 'mushroom soup' sebab perlu segera ke sekolah bertugas satu hari dalam cuti sekolah akhir tahun ni)


Nie lah gambar somtam yang saya telah cuba membuatnya, Walaupun rasanya tidak seperti yang saya makan semasa ke Pasar Terapung di Haadyai, Thailand. Alhamdulillah masih terasa makan somtam juga. Cubaan yang agak berjaya...

Somtam

Nie pula 'Mushroom Soup with Garlic Bread'. Roti tu saya guna roti Perancis yang boleh dibeli di pasar raya. Saya guna sedikit butter, bawang putih dan sedikit oregano. Campur dan gaul sebati. Sapu pada roti yang telah dipotong dan bakar dalam oven. Jaga2 supaya tak hangus kerana roti yang saya buat nie, hampir2 hangus kerana semasa bakar saya sambil2 menyerika baju untuk ke sekolah tapi masih boleh dimakan...hahaha.

'Mushroom Soup and Garlic Bread'

Errmmmmm...dan tengok logo baru yang saya buat pada gambar2 tersebut. Okay tak??? Maaflah kali ni saya tak share resepi kerana semuanya saya ambil daripada blog2 masakan dan saya masih dalam proses belajar nak buat link ke blog-blog tersebut. Maaf yer....jumpa lagi (^_^).

Wednesday, 14 December 2011

~ DURIAN CHEESECAKE WITH CHOCOLATE FUDGE ~



سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Baru-baru ini, adik ipar datang ke rumah bersama seorang anak perempuannya. Sebenarnya, dia dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur setelah menumpang kami sekeluarga balik ke Alor Setar. Sebelum balik dengan menaiki bas pada pukul 8.55 pagi, En. hubby telah membeli selonggok durian. Jadinya, nak cerita tentang lebihan durian yang tak habis dimakan itu. 

Setelah berada selama dua hari di dalam peti sejuk dan telah mengharumkan keseluruhan peti sejuk tersebut, saya pun dengan terujanya ingin membuat kek yang resepinya telah lama dijumpai di sebuah blog tetapi tiada kesempatan untuk membuatnya sementelah isi durian pun tiada pada masa itu. 


Durian Cheesecake with Chocolate Fudge

Resepi tersebut pula di dalam Bahasa Inggeris tetapi tidaklah menjadi masalah besar kerana jika tidak faham boleh guna google translate walaupun apabila diterjemahkannya ianya menjadi lebih lucu dan langsung tidak faham. Jadi, adalah lebih baik dibaca di dalam Bahasa Inggeris.

Memandangkan gambar yang dipamerkan pada blog tersebut sangat menarik hati dan menaikkan selera, saya tidak sabar-sabar untuk membuatnya. Inilah resepi tersebut :

Ingredients For Crust:
225g - 250g Chocolate Oreo Biscuit, finely crushed
150g Unsalted Butter, melted and cooled

Methods:
1. Use a large sheet of aluminum foil to wrap the base of a 7" x 7" square cake ring.
2. Slowly drizzle in the melted butter into the biscuit cumbs then stir till the mixture it's almost combined(you might not need to add in all the melted butter) and press into cake ring and chill in the fridge until firm. (about 20 mins - 30 mins).

Ingredients For Durian Fillings:
250g Cream Cheese
70g Caster Sugar
250g Durian Flesh
1 Tablespoon Gelatine Powder
50ml Warm Water
125g Plain Yogurt
200g Non-Dairy Whipping Cream

Methods:
1. Double boil or microwave the gelatine powder with 50ml warm water until dissolved and set aside.
2. Beat the cream cheese and sugar until creamy and light, then add in the durian flesh and continue to beat until well combined.
3. Next pour in the melted gelatine mixture and yogurt then stir till combined.
4. Lastly pour in the whipping cream and slowly stir till the mixture is creamy and well mixed.
5. Pour the mixture into the prepared biscuit base tin and chill for at least 3 hours or overnight then proceed to the chocolate fudge.

Ingredients For Chocolate Fudge:
150g Semi Bitter Dark Chocolate
100ml Whipping Cream
30g Unsalted Butter

Methods:
1. Put all the ingredients in a pan/glass bowl over boiling water(or use double boiler).
2. Whisk the ingredients for 5 minutes or so until the fudge is smooth and glossy.
3. Let the warm fudge cool down to room temperature before pouring into the firm cheesecake top and tap the cake a few times to release any air bubbles.
4. Put it back into the fridge and let the chocolate fudge set for about an hour or so before cutting into slices and served.


Notes:a) When making this cheesecake, try to make it in square tin so that the layer will not be too tall or else you will end up with a thick layer of durian cream cheese filling.
b) I suggest a 7" x 7" square tin or 8" round tin will do a great job.

Dan ta...raaa....inilah hasilnya :(


frusttt sgt...terlalu lembek & tak boleh dipotong...huhuhu

Rasa kek tersebut sedap tetapi kek tersebut terlalu lembek dan tak dapat dipotong. Saya rasa mungkin gelatinnya kurang. Ermmm...betullah kata chef Zubaidah Che Pa, hanya 1 daripada 10 resepi dalam intenet yang betul-betul menjadi. Kalau ada yang berminat untuk mencuba kek ini, mungkin boleh ubah daripada 1 susu teh serbuk gelatin kepada 1 sudu makan gelatin. Cubalahhhh...saya? mungkin ini kali pertama dan terakhir mencubanya...hehehe 

Tuesday, 13 December 2011

~ CELEBRATION ABAH & MAK 41th ANNIVERSARY & ABAH'S BIRTHDAY ~



سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Alhamdulillah, baru hari ini berkesempatan untuk update blog setelah bercuti hampir 4 minggu. Pada 2hb Disember yang lalu, kami sekeluarga telah selamat mengadakan majlis untuk meraikan sambutan Ulang Tahun Perkahwinan yang ke-41 abah dan mak juga Ulang Tahun Kelahiran abah yang ke-62. Walau bagaimanapun, sambutan majlis ini terasa kekurangan kerana ketiadaan family seorang adik yang balik ke Johor.




Sambutan kali ini diadakan di Restoran Suzana, Kuantan. Walaupun kami sekeluarga selalu menjamu selera di Tanjung Lumpur pada setiap hujung tahun (family day). Restoran ini selalu juga menjadi pilihan kami sekeluarga jika hendak menjamu selera kerana makanannya enak dan memenuhi selera kami terutamanya mak yang hanya boleh makan makanan seperti daging, seafood dan sayur sahaja. Ikan serta ayam sudah lama tidak boleh dimakan oleh mak. 



Setelah menjamu selera, tiba ke acara penyampaian hadiah ulang tahun perkahwinan abah dan mak oleh kami lima adik beradik. Hadiah yang dipilih ialah dua bentuk cincin untuk abah dan mak sarungkan ke tangan masing-masing. Walaupun mak kelihatan agak malu-malu tetapi abah sangat sporting menyarungkan cincin ke jari mak. Semoga jodoh abah dan mak berkekalan hingga ke syurga. Tiada apa yang dapat kami berikan selain doa untuk mereka berdua. 




" Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah dosaku dan dosa dua ibu bapaku, cucurilah rahmat dan kasihilah kepada kedua ibu bapaku seperti mana mereka mengasihi dan menyayangiku sewaktu aku kecil."

Dua biji kek telah disediakan oleh kami untuk majlis ini tetapi semuanya dibawa pulang ke rumah adik Sariyati di Indera Sempurna, Kuantan kerana kekenyangan. Ribuan terima kasih kepada pemilik restoran ini yang memberi kerjasama untuk kami sekeluarga mengadakan majlis di sini. Juga kepada para pekerja yang melayan dengan baik semasa kami di restoran ini. Sebagai balasan, kami tak lupa memberi satu perempat daripada kedua-dua biji kek kepada mereka sebagai tanda penghargaan. 


Choc. Butterscoth Cheese Cake masih menjadi pilihan.

Choc. Butterscoth Cheese Cake juga kerana adikku Sariyati
juga berminat untuk membuatnya
♥♥^_^♥♥

Thank you so much (^_^). Semoga Allah memberkati segala usaha kami untuk mengembirakan kedua mereka. Aamiin Allahuma Ammin.


Saturday, 26 November 2011

~ SALAM MAAL HIJRAH 1433H ~


سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Selamat Tahun Baru Hijrah 1433H, selepas maghrib hari ini. Tema pada tahun ini ialah 'Persefahaman Asas Perpaduan Ummah'. Tak perlu saya ulas panjang tentang tema ini kerana sememangnya kita semua tahu bahawa dengan perpaduanlah yang menyatukan kita daripada berpecah-belah. Mutakhir ini banyak peristiwa yang berlaku menyebabkan perpecahan di kalangan umat Islam samada di Malaysia atau pun di seluruh dunia.


"Sesungguhnya orang-orang yang beriman, berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (al-Baqarah: 218)

Sempena tahun baru hijrah ini, marilah kita sama-sama berhijrah agar kita menjadi lebih baik daripada tahun-tahun yang lalu. Berhijrahlah kerana dengan berhijrah suatu transfomasi untuk suatu kebaikan. Semoga di tahun baru ini kita lebih diberkati dan dirahmati Allah SWT.

Selain itu, saya juga ingin berkongsi tentang amalan membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun. Banyak artikel yang dipost oleh rakan-rakan facebook tentang amalan ini yang dikatakan bid'ah. Amalan membaca doa ini dikatakan bid'ah kerana tiada dalil samada daripada Al-Quran mahu pun As-Sunnah. 

Oleh itu, saya berpendapat jika kita mahu berdoa, teruskanlah kerana doa itu amalan yang baik dan dituntut oleh Allah SWT dan doa juga merupakan senjata orang mukmin. Cuma janganlah kita mengkhususkan bila dan fadhilatnya kerana tiada dalil daripada Al-Quran ataupun Nabi Muhammad SAW. Tetapi saya bukanlah seorang yang arif untuk memperkatakan hal ini cuma memperkatakan pendapat saya sahaja. 

Dalam bulan Muharam ini juga, kita disunatkan berpuasa. Nabi SAW menyatakan Muharam ialah bulan Allah, dan puasa yang paling afdal setelah Ramadan ialah puasa dalam Muharam. Kata Nabi SAW, "Puasa yang paling afdal setelah puasa Ramadan ialah puasa di bulan Allah, al-Muharam. Solat yang paling afdal setelah solat yang difardukan adalah solat pada malam hari." (Hadis Riwayat Muslim)

Sebagaimana disebutkan dalam hadis di atas, puasa yang paling afdal setelah puasa Ramadan adalah puasa Muharam. Maksud puasa dalam hadis tersebut adalah puasa sunnah secara umum. Memperbanyakkan amalan puasa sunnah dalam bulan ini (Muharam) terutamanya pada hari ke-10 Muharam adalah termasuk sunnah-sunnah yang sangat dianjurkan.

sumber teks: islam itu indah.my

Muhasabah Maal Hijrah...

Di awal tahun baru hijrah,
Ku sujud menghambakan diri pada-Mu,
Hati terus merintih mengenangkan dosa lalu,
Kotornya diri dengan maksiat dan noda,

Lemahnya jiwa berdepan dengan dunia,
Lalainya diri dari mengingati-Nya,
Astaghfirullahal 'adzim....
Banyaknya kekurangan diri,
Ampuni hamba-Mu ini Ya Allah.

Aku sedar,
Jiwa yang tandus taqwa,
Terdorong lakukan apa sahaja,
Sanggup menentang arus kehendak Ilahi,
Yang difikir hanyalah untuk kepuasan diri,
Maka, pabila dosa telah larut,
Gelaplah hati, kotorlah jiwa, murunglah diri,
Itulah fitrah sang pendosa,
Yang leka dari pencipta-Nya.

Namun, bila iman hadir di jiwa,
Mata hati mula bekerja,
Baru kusedar, betapa diri jauh dari-Mu Tuhan,
Asyik sibuk untuk dunia,
Hinggakan solat sering kutunda,
Al-Quran pun malas dibaca,
Lidahku kotor dengan kata-kata dusta,
Mata ini tak kujaga dari perkara dosa,
Telinga ini mendengar apa yang tak sepatutnya,
Kaki ini sering melangkah ke tempat lagha.

Ya Allah,
Jauh sekali diriku dengan peribadi kekasih-Mu,
Kau teladan terbaik bagi seluruh umat,
Ingin sekali aku mencontohi peribadimu, Rasulullah
Meskipun dirimu suci tanpa dosa,
Solat malam tidak pernah kau lupa,
Munajatmu di tengah malam jadi rutin harian,
Pengharapanmu pada Tuhan terlalu tinggi,
Sedang aku???
Seorang hamba yang penuh dosa....
Solat fardhu pun kurang dijaga,
Apatah lagi solat malam sepertimu, Ya Nabiyullah.


Sumber: iluvislam.com







Friday, 18 November 2011

~ VARIOUS OF CAKES BEFORE SCHOOL HOLIDAYS ~


سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ermmm...agak lama saya tak update blog...kebelakangan ni sibuk juga dengan tugas-tugas sebelum cuti akhir tahun. Kali ni saya nak kongsi kek-kek yang telah saya siapkan seminggu sebelum  cuti persekolahan yang bermula pada 19 November 2011 iaitu hari ni la...aish! (tarikh n masa kat post ni lambat sehari, entahla xreti nak ubah setting...huhu)

Hehehe...lagi-lagi kek! Wow, terkejut juga saya dapat menyiapkan kek-kek ini. Walaupun jenis yang sama tapi bilangannya agak banyak juga iaitu 11 biji kek tapi 7 biji sahaja tempahan daripada rakan-rakan sekolah dan berkembang sedikit business saya hingga ke sekolah suami...dapat 2 tempahan, alhamdulillah (^_^).

First cake...

Chocolate Butterscoth Cheese Cake
Sempena Hari Lahir PK 1, hadiah buat Pn. Jamilah.
"Happy Birthday Kak, may Allah bless u always :)"

Second cake...

Birthday cake ~  Chocolate Butterscoth Cheese Cake
 4 my beloved hubby on 16 Nov 2011.
"Happy birthday Luv, may Allah bless u with happiness,
joy, success, wisdom, love and also wish u a long  n
satisfying life ♥ "

Third cake...

Ini pula Chocolate Butterscoth Cheese Cake
untuk Jamuan Kelas anak ke-2.

Fourth cake...

Tempahan Kek Span Coklat utk Jamuan Perpisahan
Tahun 6 Wawasan.

Fifth cake...

Tempahan Chocolate Butterscoth Cheese Cake drp Kak
Faridah, utk makan2 sempena Majlis Pertunangan adiknya.

Sixth cake...

Tempahan Chocolate Butterscoth Cheese Cake
drp Ustzah Fauziah, SK Laksamana.

Seventh cake...

Tempahan Kek Span Coklat utk Jamuan Perpisahan
Tahun 6 Proaktif.

Eighth cake...

Tempahan drp Wan Junaidah utk dibawa balik ke
Trengganu sempena cuti sekolah (mudah2an xcair dlm keta)

Ninth cake...

Tempahan utk guru2 sempena Jamuan Perpisahan
murid Tahun 6W & 6P.

Tenth cake...

Vanilla n Chocolate Cheese Cake beri utk guru2 sempena  
Jamuan Perpisahan Tahun 6W & 6P (tp pandai2 derhaka 
resepi coz xcukup bhn n pakai je apa yg ade...huhu.

Last cake...

Kek Chocolate Moist ~ Tempahan drp K.Aisyah
(SK laksamana)

Berjaya juga akhirnya menyiapkan semua kek2 tersebut. Walau masih banyak kelemahan tapi 'practise makes perfect' kata pepatah Inggeris...maka kena rajin2lah buat kek utk hasil yg lebih baik terutama bab tulis-menulis atas kek...hahaha failed habis, cam tulisan budak tadika! so practise 3x...

Saturday, 5 November 2011

~ EID ADHA MUBARAK~



سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hari ini 9 Zulhijjah 1432H bersamaan 5 November 2011 adalah hari Arafah. Hari Arafah ini adalah  hari yang terbaik untuk berpuasa. 

Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah: 

"Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan  hambanya lebih dari hari Arafah". 
(Riwayat  Muslim). 

Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan  berpuasa pada hari Arafah  ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.  

Selamat  berpuasa dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha 1432H.


Amalan Sunat Pada 10 Zulhijjah:

1. Mandi sunat Aidil Adha pada pagi harinya.
2. Sunat tidak menjamah makanan atau minuman sehinggalah selesai menunaikan solat Adha.
3. Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan bila pulang menggunakan jalan yang lain pula.
4. Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid jika ianya tidak terlalu jauh.
5. Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil bermula dari malam 10 Zulhijjah (Takbir Muqayyad)

Amalan2 Utama di sepuluh hari terawal Zulhijjah:

1.  Zikir:
iaitu dengan memperbanyakkan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha Illa Allah dan Allahu Akbar.

2.  Berpuasa:
Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah) hari yang terbaik untuk berpuasa. 

Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah:
"Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan  hambanya lebih dari hari Arafah". (Riwayat  Muslim).   

Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan  berpuasa pada hari Arafah  ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.  

3. Melakukan lain-lain amalan seperti bersedekah, membaca Al-Quran, solat sunat dan lain-lain. Ia semuanya
termasuk di dalam umum hadith yang menunjukkan ianya amat disukai oleh Allah SWT.

4. Menjauihi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan taubat bagi sesiapa yang masih berfikir-fikir dan 
menangguhkannya. Amat biadap jika umat Islam bersukaria dengan melampaui batas haram di hari yang amat agung di sisi Allah SWT ini.

5. Bertakbir:
Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa 'Ali KW menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu 'Asar hari ketiga Tashriq.

6. Berkorban:
Allah SWT berfirman: ertinya: "dan berdoalah dan berkorban".
Allah SWT juga menyebut dalam Surah Al-Haj ayat 32 yang ertinya:
"Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) maka ia adalah dari tanda ketaqwaan hati"

Sumber: Zaharuddin.net

******************************

Ibadah Korban:

Rasulullah SAW pernah bersabda:

Maksudnya: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah Ta'ala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tunduk-tunduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih." (Hadith riwayat Tirmidzi)
Dipetik daripada www.al-azim.com


Doa bagi orang yang berkorban adalah seperti berikut:

12 Zulhijjah 1432H (8 November 2011)
" Ya Allah, ini adalah nikmat yang datang dari-Mu dan dengannya aku mohon untuk dapat mendampingi-Mu"

Aamiin Allahumma Aamiin.


Thursday, 3 November 2011

~ BUSINESS ~

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ermmm...sempena Hari Raya Aidil Adha yang berkemungkinan pada hari Ahad ni, saya masih menerima tempahan kek daripada rakan2 guru di sekolah. Saya cuma membuat 2 jenis kek sahaja iaitu 'Blueberry Cheese Cake' dan 'Chocolate Butterscoth Cheese Cake'. Walau sibuk dengan tugas2 akhir tahun ni, harapan kawan2 mesti ditunaikan dan pulangannya tidaklah berpadanan dengan apa yang dikeluarkan tetapi bagi saya yang masih baru dalam bidang ini, terasa satu kepuasan apabila dapat memenuhi permintaan tersebut. 


Blueberry Cheese Cake ~ RM18 (8 x 4 in)

Chocolate Butterscoth Cheese Cake ~ RM23
( + 500gm)


Baru-baru ini juga, mixer saya buat hal. Tempahan perlu disiapkan. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk membeli mixer baru yang lebih besar dan boleh menguli tepung. Jika berpeluang belajar membuat roti, saya sudah ada mesin untuk itu. Nanti saya berkongsi cara2 membuat piza yang saya peroleh semasa kelas 'Real Chocolate (Converture) awal tahun ini. 

Blueberry Cheese Cake ~ non baked

Chocolate Butterscoth Cheese Cake ~
3 lapisan cream cheese + chocolate butterscoth

Jika ada yang berminat untuk membuat tempahan bagi 'Blueberry Cheese Cake' dan 'Chocolate Butterscoth Cheese Cake' di atas, boleh email saya di alamat sher_mn71@yahoo.com

nyum...nyum...nyummy!
TQ.