Blogger Templates

Saturday, 26 November 2011

~ SALAM MAAL HIJRAH 1433H ~


سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Selamat Tahun Baru Hijrah 1433H, selepas maghrib hari ini. Tema pada tahun ini ialah 'Persefahaman Asas Perpaduan Ummah'. Tak perlu saya ulas panjang tentang tema ini kerana sememangnya kita semua tahu bahawa dengan perpaduanlah yang menyatukan kita daripada berpecah-belah. Mutakhir ini banyak peristiwa yang berlaku menyebabkan perpecahan di kalangan umat Islam samada di Malaysia atau pun di seluruh dunia.


"Sesungguhnya orang-orang yang beriman, berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (al-Baqarah: 218)

Sempena tahun baru hijrah ini, marilah kita sama-sama berhijrah agar kita menjadi lebih baik daripada tahun-tahun yang lalu. Berhijrahlah kerana dengan berhijrah suatu transfomasi untuk suatu kebaikan. Semoga di tahun baru ini kita lebih diberkati dan dirahmati Allah SWT.

Selain itu, saya juga ingin berkongsi tentang amalan membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun. Banyak artikel yang dipost oleh rakan-rakan facebook tentang amalan ini yang dikatakan bid'ah. Amalan membaca doa ini dikatakan bid'ah kerana tiada dalil samada daripada Al-Quran mahu pun As-Sunnah. 

Oleh itu, saya berpendapat jika kita mahu berdoa, teruskanlah kerana doa itu amalan yang baik dan dituntut oleh Allah SWT dan doa juga merupakan senjata orang mukmin. Cuma janganlah kita mengkhususkan bila dan fadhilatnya kerana tiada dalil daripada Al-Quran ataupun Nabi Muhammad SAW. Tetapi saya bukanlah seorang yang arif untuk memperkatakan hal ini cuma memperkatakan pendapat saya sahaja. 

Dalam bulan Muharam ini juga, kita disunatkan berpuasa. Nabi SAW menyatakan Muharam ialah bulan Allah, dan puasa yang paling afdal setelah Ramadan ialah puasa dalam Muharam. Kata Nabi SAW, "Puasa yang paling afdal setelah puasa Ramadan ialah puasa di bulan Allah, al-Muharam. Solat yang paling afdal setelah solat yang difardukan adalah solat pada malam hari." (Hadis Riwayat Muslim)

Sebagaimana disebutkan dalam hadis di atas, puasa yang paling afdal setelah puasa Ramadan adalah puasa Muharam. Maksud puasa dalam hadis tersebut adalah puasa sunnah secara umum. Memperbanyakkan amalan puasa sunnah dalam bulan ini (Muharam) terutamanya pada hari ke-10 Muharam adalah termasuk sunnah-sunnah yang sangat dianjurkan.

sumber teks: islam itu indah.my

Muhasabah Maal Hijrah...

Di awal tahun baru hijrah,
Ku sujud menghambakan diri pada-Mu,
Hati terus merintih mengenangkan dosa lalu,
Kotornya diri dengan maksiat dan noda,

Lemahnya jiwa berdepan dengan dunia,
Lalainya diri dari mengingati-Nya,
Astaghfirullahal 'adzim....
Banyaknya kekurangan diri,
Ampuni hamba-Mu ini Ya Allah.

Aku sedar,
Jiwa yang tandus taqwa,
Terdorong lakukan apa sahaja,
Sanggup menentang arus kehendak Ilahi,
Yang difikir hanyalah untuk kepuasan diri,
Maka, pabila dosa telah larut,
Gelaplah hati, kotorlah jiwa, murunglah diri,
Itulah fitrah sang pendosa,
Yang leka dari pencipta-Nya.

Namun, bila iman hadir di jiwa,
Mata hati mula bekerja,
Baru kusedar, betapa diri jauh dari-Mu Tuhan,
Asyik sibuk untuk dunia,
Hinggakan solat sering kutunda,
Al-Quran pun malas dibaca,
Lidahku kotor dengan kata-kata dusta,
Mata ini tak kujaga dari perkara dosa,
Telinga ini mendengar apa yang tak sepatutnya,
Kaki ini sering melangkah ke tempat lagha.

Ya Allah,
Jauh sekali diriku dengan peribadi kekasih-Mu,
Kau teladan terbaik bagi seluruh umat,
Ingin sekali aku mencontohi peribadimu, Rasulullah
Meskipun dirimu suci tanpa dosa,
Solat malam tidak pernah kau lupa,
Munajatmu di tengah malam jadi rutin harian,
Pengharapanmu pada Tuhan terlalu tinggi,
Sedang aku???
Seorang hamba yang penuh dosa....
Solat fardhu pun kurang dijaga,
Apatah lagi solat malam sepertimu, Ya Nabiyullah.


Sumber: iluvislam.com







No comments:

Post a Comment