Blogger Templates

Tuesday, 13 December 2011

~ CELEBRATION ABAH & MAK 41th ANNIVERSARY & ABAH'S BIRTHDAY ~



سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Alhamdulillah, baru hari ini berkesempatan untuk update blog setelah bercuti hampir 4 minggu. Pada 2hb Disember yang lalu, kami sekeluarga telah selamat mengadakan majlis untuk meraikan sambutan Ulang Tahun Perkahwinan yang ke-41 abah dan mak juga Ulang Tahun Kelahiran abah yang ke-62. Walau bagaimanapun, sambutan majlis ini terasa kekurangan kerana ketiadaan family seorang adik yang balik ke Johor.




Sambutan kali ini diadakan di Restoran Suzana, Kuantan. Walaupun kami sekeluarga selalu menjamu selera di Tanjung Lumpur pada setiap hujung tahun (family day). Restoran ini selalu juga menjadi pilihan kami sekeluarga jika hendak menjamu selera kerana makanannya enak dan memenuhi selera kami terutamanya mak yang hanya boleh makan makanan seperti daging, seafood dan sayur sahaja. Ikan serta ayam sudah lama tidak boleh dimakan oleh mak. 



Setelah menjamu selera, tiba ke acara penyampaian hadiah ulang tahun perkahwinan abah dan mak oleh kami lima adik beradik. Hadiah yang dipilih ialah dua bentuk cincin untuk abah dan mak sarungkan ke tangan masing-masing. Walaupun mak kelihatan agak malu-malu tetapi abah sangat sporting menyarungkan cincin ke jari mak. Semoga jodoh abah dan mak berkekalan hingga ke syurga. Tiada apa yang dapat kami berikan selain doa untuk mereka berdua. 




" Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah dosaku dan dosa dua ibu bapaku, cucurilah rahmat dan kasihilah kepada kedua ibu bapaku seperti mana mereka mengasihi dan menyayangiku sewaktu aku kecil."

Dua biji kek telah disediakan oleh kami untuk majlis ini tetapi semuanya dibawa pulang ke rumah adik Sariyati di Indera Sempurna, Kuantan kerana kekenyangan. Ribuan terima kasih kepada pemilik restoran ini yang memberi kerjasama untuk kami sekeluarga mengadakan majlis di sini. Juga kepada para pekerja yang melayan dengan baik semasa kami di restoran ini. Sebagai balasan, kami tak lupa memberi satu perempat daripada kedua-dua biji kek kepada mereka sebagai tanda penghargaan. 


Choc. Butterscoth Cheese Cake masih menjadi pilihan.

Choc. Butterscoth Cheese Cake juga kerana adikku Sariyati
juga berminat untuk membuatnya
♥♥^_^♥♥

Thank you so much (^_^). Semoga Allah memberkati segala usaha kami untuk mengembirakan kedua mereka. Aamiin Allahuma Ammin.


No comments:

Post a Comment