Blogger Templates

Sunday 22 April 2012

~ MUHASABAH DIRI 1



سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Rasulullah s.a.w pernah bersabda kepada Abu Dzar Al-Ghifari r.a katanya : 

"Wahai Abu Dzar, perbaharuilah perahumu kerana lautan itu sangat dalam, carilah bekal yang lengkap kerana perjalanan itu sangat jauh, kurangkan beban kerana rintangan itu amatlah sulit untuk diatasi dan ikhlaslah dalam beramal kerana yang menilai baik dan buruk adalah Zat Yang Maha Melihat."


Perbaharuilah perahumu bermaksud perbaikilah niatmu dalam setiap amalan agar memperolehi pahala dan selamat dari seksa Allah.

Kurangilah beban membawa maksud janganlah terlalu mengejar keduniaan.

Disamakan akhirat dengan lautan yang dalam, perjalanan yang jauh dan rintangan yang amat sulit untuk dihadapi kerana banyaknya kesulitan dan rintangan yang mesti dirempuhi untuk sampai kepada kebahagiaan akhirat.

Petikan : Gen Q Isu 9



Tuesday 17 April 2012

~ DOA TAUBAT


سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ilaa hilaastu lil Firdausi ahla, walaa aqwaa ‘alaa Naaril Jahiimi. Allah, fahablii taubatan waghfir dzunuubii, fainnaka Ghafirun dzambil ‘adziimi



Wahai Tuhan ku Tak Layak Ke Syurga Mu
Namun Tak Pula aku Sanggup Ke Neraka Mu

Ampunkan Dosa ku Terimalah Taubat Ku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun Dosa-dosa Besar

Ilaahi lastu lilfirdausi ahlan
walaa aqwaa 'alannaaril jahimi
fahabli taubatan waghfir dzunuubi
fa innaka ghoofiruddzambil 'adziimi

Dosa-dosaku Bagaikan Pepasir Di Pantai
Dengan Rahmat Mu Ampunkan Daku Oh Tuhan Ku

Wahai Tuhan Selamatkan Kami Ini
Dari Segala Kejahatan dan Kecelakaan

Kami Takut Kami Harap Kepada Mu
Suburkanlah Cinta Kami Kepada Mu

Akulah Hamba Yang Mengharap Belas Dari Mu



Sunday 8 April 2012

~ SMILE ALWAYS ツ


سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Jangan BERKECIL HATI jika orang lain salah faham pada kita…
kerana ALLAH SWT faham akan isi hati kita.

Jangan gusar jika ada yang MENGHAKIMI kita
kerana tiada hakim sebaik ALLAH SWT…
ketika bumi mulai bergoncang dan tanah mulai retak,

Ingatlah ALLAH SWT BERSAMA kita…
dan ketika kita ditimbus tanah, ketahuilah hanya AMAL yang setia bersama kita…

tiada yang menyakitkan, tiada pula yang menakutkan jika hati ini TERIKAT pada cinta kepada ALLAH SWT dan Rasul-Nya…

Maka, TINGGALKAN KEPAYAHAN…
BUANG segala penderitaan,
SENYUMAN sahaja kekal untuk masa hadapan…
【ツ】


Saturday 7 April 2012

~ MENTARI HIDUP


سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Sambil ber'blogwalking' pada petang ini, syahdu hati mendengar lagu ini.

Mari hayati bersama...

Kala senja itu tiba 
Kutermenung sendirian
Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan
Dosa yang aku lakukan
Menerjah ruang fikiran
Masihkah ada untukku keampunan

Gelap rasa dunia ini
Tanpa cahaya Ilahi
Baru kini kusedari
Jalan yang aku lalui
Memusnah pedoman hidup
Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan

Dalam kegelapan itu
Terbit cahaya dari-Mu
Memandu hamba-Mu menuju iman
Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran

Kau terangi jalanku menuju syurga-Mu
Dan Kau tunjuki dengan hidayah-Mu
Hanyalah pada-Mu kuhadapkan diri
Mohon keampunan

Wahai Yang Maha Pengasih
Bantulah hamba-Mu ini
Yang kian terumbang-ambing
Di dalam arus duniawi
Kuberdoa kepada-Mu
Memohon limpah rahmat-Mu
Mentari hidupku kan bersinar kembali


Thursday 5 April 2012

~ HATI SEBESAR CAWAN & HATI SEBESAR KOLAM


سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Anakku,
Dalam hidup, masalah pastilah selalu ada. Namun semua itu akan mampu kau atasi. Hadapilah dengan tenang dan redha. Bersyukurlah atas nikmat yang diberi-Nya. Kata orang tua, jangan jadikanlah hatimu sebesar cawan tetapi jadikanlah hatimu sebesar kolam.
 
Renungi kisah ini...
"Aduhai, kenapakah hidup aku selalu dirundung malang begini...?" lelaki muda itu berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yang sebenar. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan.
Fikirnya, Tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri.
Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung. Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki tua.
Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa kelihatan tenang. Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia. Lalu, dia terus berperi kepada lelaki tua tersebut.
Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu dia mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan.
"Anak muda," lelaki tua itu bersuara.
"Ambillah cawan ini, isikanlah air dan masukkanlah sebungkus garam," ujarnya lagi. Lelaki itu yang dalam kebingungan hanya menurut.
Cawan diambil, air diisi dan garam dimasukkan. Kemudian lelaki tua itu berkata lagi.
"Sekarang kamu minumlah air tersebut," dalam bingung yang masih bersisa, lelaki itu mengikut kata lelaki tua itu.
"Apa rasanya?" tanya lelaki tua itu apabila melihat kerutan di dahi lelaki tersebut.
"Masin!"
Lelaki tua itu tersenyum lagi.
"Sekarang, kamu masukkan pula sebungkus garam ini ke dalam kolam itu. Kemudian kamu hiruplah airnya."
Lelaki tua itu menunjukkan arah ke kolam. Sekali lagi lelaki itu hanya mengikut tanpa menyoal. Air dicedok dengan kedua belah tapak tangan dan dihirup.
"Apa rasanya, wahai anak muda?" soal lelaki tua itu.
"Tawar, tidak masin seperti tadi," lelaki muda itu menjawab sambil mengelap mulut.
"Anakku, adakah kamu memahami kenapa aku meminta kamu berbuat begitu tadi?" tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya menggeleng. Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu lelaki tersebut.
"Anakku, beginilah perumpamaan bagi diri kita dan masalah. Garam itu umpama masalah. Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah, ditimpa masalah dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita."
"Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih boleh tersenyum sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita."
"Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, aku sentiasa membesarkan jiwaku, supaya aku boleh berfikir tentang perkara-perkara lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku. Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan, sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri."
Maka, pada petang itu lelaki itu pulang dengan senyuman yang terukir di bibir. Dalam hati, dia berjanji akan sentiasa membesarkan jiwa dan berlapang dada.
 ~ www.iluvislam.com

Tuesday 3 April 2012

~ PUTERIKU, CINTAILAH MEREKA


سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Puteriku,
Bacalah sejarah Khadijah Al Qubra
akan kau saksikan nanti satu peribadi agung
dia mengimani Rasul di waktu orang lain kufur
dia mendampingi Nabi ketika orang lain lari
tenaga dan hartanya habis membela agama
darinya lahir zuriat penyambung keturunan mulia
cintailah dia dan jadilah seperti dia.

Puteriku,
Kajilah biografi Siti Aisyah
kau akan terpegun dengan tubuh mulia ini
pendamping Nabi yang paling dikasihi
pententeram hati Rasul ketika duka
lambang kemegahan wanita solehah
menjadi ulama obor umat
cintailah dia dan jadilah seperti dia.

Puteriku,
Tatapilah perjalanan hidup Siti Fatimah Az Zahra
kau akan menitis airmata melihat penderitaannya
bagaikan terbayang tubuh kerdil ini melangkah lemah
menjunjung bekas air di padang pasir sahara
namun dia masih mampu senyum menyambut suaminya
memang selayaknya dia menjadi penghulu wanita syurga
cintailah dia dan jadilah seperti dia.

Puteriku,
Telah kau baca, tatap dan kaji peribadi wanita mulia
kau suluhlah pula wanita zaman ini
tidak akan kau temui contoh agung penuntun hidup
kembalilah kepada Khadijah, Aisyah dan Fatimah
gabungkanlah peribadi mereka dalam hidupmu
dan tempahlah sejarah sebagaimana mereka telah menempa.

Nukilan: Abu Aqil

Sunday 1 April 2012

~ TERUSLAH BERSABAR


سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Tak peduli seberapa pahitnya kehidupan kita di masa lalu,

Kita bisa memulainya lagi dengan HARI INI... 
Karena hari ini adalah LEMBARAN BARU...

Orang yang HEBAT bukanlah orang yang sukses dalam segala hal... tapi mereka yang mampu mengoptimalkan hari ini dengan apa yang ada ditangannya, dan LALU MENGUCAP SYUKUR...

Ketika kerja kita tidak dihargai,
saat itulah kita belajar tentang KETULUSAN.

Ketika usaha kita dinilai tidak penting,
saat itulah kita belajar tentang KEIKHLASHAN.

Ketika hati kita terluka sangat dalam,
saat itulah kita belajar tentang MEMAAFKAN.

Ketika kita harus lelah dan kecewa,
saat itulah kita belajar tentang KESUNGGUHAN.

Ketika kita merasa sepi dan sendiri.
saat itulah kita belajar tentang KETANGGUHAN

Ketika kita harus membayar biaya yg sebenarnya tidak perlu kita tanggung,
saat itulah kita sedang belajar tentang BERMURAH HATI.

Tetaplah sabar. Teruslah bersemangat...!!
Selalulah tersenyum!
Teruslah belajar dari pengalaman,
karena kita sedang... menimba ILMU KEHIDUPAN..! 

ALLAH SWT menaruh kita ditempat kita sekarang ini bukan karena Kebetulan..!!
Akan tetapi DIA punya maksud yang TERINDAH untuk kita

Aku minta kepada Allah setangkai bunga segar,
Allah memberiku kaktus berduri ..

Aku minta kepada Allah haiwan mungil nan cantik,
Allah memberiku ulat berbulu ...

Aku sedih, kecewa dan bertanya tanya ..
Betapa tidak adilnya Allah kepadaku.

Namun seiring dengan berjalannya waktu ..
Kaktus itu berbunga indah ..
bahkan sangat indah.
Dan ulat berbulu itu tumbuh dan berubah, menjadi kupu kupu yang amat cantik...

"Sesungguhnya di antara hamba-hamba-KU ada yang imannya tidak menjadi baik kecuali dengan kefakiran. Jika AKU lapangkan rezekinya, maka imannya akan rusak.

Di antara hamba-hamba-KU ada yang imannya tidak menjadi baik melainkan dengan kondisi kaya. Jika AKU membuatnya fakir, pasti imannya rosak.

Di antara hamba-hamba-KU ada yang imannya tidak menjadi baik melainkan dengan kondisi sakit. Seandainya AKU sehatkan, imannya pasti rosak.

Inilah jalan Allah...
Semua indah pada waktunya...
Allah tidak memberi apa yang kita inginkan,
Tapi Allah memberi apa yang kita perlukan.. Subhanallah.

"Aku mengatur hamba-hamba-KU dengan pengetahuan-KU terhadap apa yang ada dalam HATI mereka.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Lembut."

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.?"

~ cc: Aby Sugianto Parjan Dua