سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rasulullah s.a.w pernah bersabda kepada Abu Dzar Al-Ghifari r.a
katanya :
"Wahai Abu Dzar, perbaharuilah perahumu kerana lautan itu sangat dalam, carilah bekal yang lengkap kerana perjalanan itu sangat jauh, kurangkan beban kerana rintangan itu amatlah sulit untuk diatasi dan ikhlaslah dalam beramal kerana yang menilai baik dan buruk adalah Zat Yang Maha Melihat."
Perbaharuilah perahumu bermaksud perbaikilah niatmu dalam setiap
amalan agar memperolehi pahala dan selamat dari seksa Allah.
Kurangilah beban membawa maksud janganlah terlalu
mengejar keduniaan.
Disamakan akhirat dengan lautan yang dalam,
perjalanan yang jauh dan rintangan yang amat sulit untuk dihadapi kerana
banyaknya kesulitan dan rintangan yang mesti dirempuhi untuk sampai kepada
kebahagiaan akhirat.
Petikan : Gen Q Isu 9
No comments:
Post a Comment