Blogger Templates

Saturday, 5 November 2011

~ EID ADHA MUBARAK~



سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hari ini 9 Zulhijjah 1432H bersamaan 5 November 2011 adalah hari Arafah. Hari Arafah ini adalah  hari yang terbaik untuk berpuasa. 

Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah: 

"Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan  hambanya lebih dari hari Arafah". 
(Riwayat  Muslim). 

Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan  berpuasa pada hari Arafah  ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.  

Selamat  berpuasa dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha 1432H.


Amalan Sunat Pada 10 Zulhijjah:

1. Mandi sunat Aidil Adha pada pagi harinya.
2. Sunat tidak menjamah makanan atau minuman sehinggalah selesai menunaikan solat Adha.
3. Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan bila pulang menggunakan jalan yang lain pula.
4. Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid jika ianya tidak terlalu jauh.
5. Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil bermula dari malam 10 Zulhijjah (Takbir Muqayyad)

Amalan2 Utama di sepuluh hari terawal Zulhijjah:

1.  Zikir:
iaitu dengan memperbanyakkan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha Illa Allah dan Allahu Akbar.

2.  Berpuasa:
Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah) hari yang terbaik untuk berpuasa. 

Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah:
"Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan  hambanya lebih dari hari Arafah". (Riwayat  Muslim).   

Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan  berpuasa pada hari Arafah  ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.  

3. Melakukan lain-lain amalan seperti bersedekah, membaca Al-Quran, solat sunat dan lain-lain. Ia semuanya
termasuk di dalam umum hadith yang menunjukkan ianya amat disukai oleh Allah SWT.

4. Menjauihi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan taubat bagi sesiapa yang masih berfikir-fikir dan 
menangguhkannya. Amat biadap jika umat Islam bersukaria dengan melampaui batas haram di hari yang amat agung di sisi Allah SWT ini.

5. Bertakbir:
Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa 'Ali KW menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu 'Asar hari ketiga Tashriq.

6. Berkorban:
Allah SWT berfirman: ertinya: "dan berdoalah dan berkorban".
Allah SWT juga menyebut dalam Surah Al-Haj ayat 32 yang ertinya:
"Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) maka ia adalah dari tanda ketaqwaan hati"

Sumber: Zaharuddin.net

******************************

Ibadah Korban:

Rasulullah SAW pernah bersabda:

Maksudnya: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah Ta'ala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tunduk-tunduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih." (Hadith riwayat Tirmidzi)
Dipetik daripada www.al-azim.com


Doa bagi orang yang berkorban adalah seperti berikut:

12 Zulhijjah 1432H (8 November 2011)
" Ya Allah, ini adalah nikmat yang datang dari-Mu dan dengannya aku mohon untuk dapat mendampingi-Mu"

Aamiin Allahumma Aamiin.


No comments:

Post a Comment