Sunday, 20 May 2012
~ BILA KITA TERASA HATI
سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Dalam hidup ini pasti kita pernah terasa hati walaupun sekelumit cuma. Terasa hati dengan suami, isteri, anak-anak, adik beradik, saudara mara, sahabat, rakan sejawat, pihak majikan dan paling parah dengan ibu bapa sendiri. Bagaimana cara untuk kita menanganinya jika kita terasa hati... :((
Hati sebenarnya mencerminkan personaliti seseorang manusia. Tiada siapa yang mampu melihat sekeping hati ini dengan mata kasar. Soal hati hanya si pemilik dan pemilik mutlak si pemilik hati (Allah SWT) yang mengetahuinya. Namun kadang kala kita sendiri pun tidak memahami hati sendiri. Benarkan?
Sabda Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya di dalam tubuh (manusia) ada seketul daging, jika dia baik maka
baiklah seluruh tubuhnya, dan jika dia rosak maka akan rosaklah seluruh
tubuhnya, ketahuilah bahawa dialah HATI.”
- Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Hati...untuk menjaganya amat sukar tetapi mengotorinya tidak sesukar menjaganya. Hanya iman dan taqwa menjadi perisai agar sekeping hati ini tidak dikotori. Sebagai manusia, iman yang naik dan turun pastinya membuatkan hati ini dihinggapi penyakit. Dan pengubat hati yang terbaik ada pada kembalinya si pemilik hati itu kepada Dia Yang Maha Pencipta.
Berbalik semula kepada penyakit terasa hati ini. Ini adalah salah satu penyakit hati yang boleh merosakkan sebuah ikatan ukhuwah jika dibiarkan tanpa kawalan. Maka, jika ini berlaku kita perlulah mencari jalan untuk berubah. Apakah penawarnya? Saya telah terbaca ubat bagi penyakit terasa hati ini.
Nasihat yang saya peroleh daripada pembacaan itu iaitu 'berlapang dada dan bersangka baik'. Kita akan terlepas daripada belenggu penyakit terasa hati ini. Benarlah, kerana inilah caranya Islam menuntut kita agar berlapang dada dan bersangka baik kerana pastinya mempunyai banyak hikmah. Akhirnya, 'berdoalah agar kita sentiasa dibersihkan hati'.
Labels:
Muhasabah Diri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment