Blogger Templates

Tuesday 14 May 2013

~ BERPANTANG


سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وب ركاته


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi... Hari ini hari ke-21 saya dalam tempoh berpantang. Setiap hari menjalani rutin yang sama sehingga terbit juga rasa bosan. Sewaktu berpantang ni, banyak perkara yang dilakukan oleh en. hubby. Seminggu cuti isteri bersalin, rasa tak selesai semua perkara. Namun Alhamdulillah, Allah SWT permudahkan segalanya.


Bermula dari hari pertama balik ke rumah, semua perkara diuruskan oleh En. Hubby. Masak nasi, bakar lauk ikan haruan kering, bakar tungku, masak air daun untuk saya mandi, salin pamper baby, dan lain-lain lagi. Sebenarnya, saya ada minta tolong emak saudara untuk datang menolong selama saya dalam pantang ini tapi dia tak dapat datang pula. Terpaksalah saya, suami dan adik menguruskan keluarga kami sendiri. 

Syukur Alhamdulillah, bapa mertua ada datang dan membawa ikan haruan kering serta daun-daun herba (banyak rupanya) buat saya mandi. Dapat juga saya mandi air daun selama 19 hari. Segar badan apabila mandi dengan air daun-daun ini. 

seronok beremdam dlm bath tub berair daun yg suam...

Namun, dalam tempoh berpantang ini juga saya diuji dengan baby kuning dan sehingga hari ini masih ada sedikit lagi. Berbagai petua telah dicuba termasuk saya sendiri minum air sengkuang cina. Walaupun rasa bimbang juga tetapi demi baby saya tekadkan hati. Berbelas tin juga saya minum namun kesannya agak menghampakan. Ini mungkin disebabkan baby Afif ni banyak tidur sebab itu kuningnya lambat hilang. Cukup senang nak jaga baby Afif. Mungkin Allah nak bantu saya dengan cara ni, Afif tak meragam dan tak banyak kerenah sebab dia tahu hanya saya dan dia sahaja berdua di rumah.


xsangka 17 tin semuanya...

Satu lagi, dalam tempoh berpantang ini juga saya mengalami sembelit. Seingat saya semasa berpantang anak-anak yang lain, saya tidak alami sembelit berpanjangan begini. Mungkin sebab waktu itu saya mengambil vitamin C dan folid acid yang dibekalkan oleh pihak hospital setiap hari. Ubat lawas najis yang dibekalkan oleh Penawar Klinik dan Dewan Bersalin Muslimah hanya untuk minggu pertama sahaja. Oleh itu, berbagai menu saya sediakan, sawi dan kucai masak air setiap hari, makan buah oren, epal merah, air holick dengan oat sehinggakan air oren sunquick juga saya minum agar melawaskan pembuangan air besar. Tak lupa juga air kosong iaitu air Aura Shifa' ZA'FARAN ALKALINE. Mungkin belum cukup lagi dan selepas ini saya perlu mencari buah prune dan sediakan menu yang agak pedas sedikit serta membeli ubat lawas najis di farmasi seperti yang dibekalkan oleh Penawar dan DBM Hospital. Sebenarnya, sehingga hari ini saya masih belum makan ubat kampung (jamu), halia, lada hitam dan lain-lain yang panas kerana teringatkan baby Afif yang kuning. 

Lawas Najis... Laxodyl

In Shaa Allah, hanya tinggal 23 hari lagi untuk saya berpantang...(^_^)

* Entry ni saya post pada hari ke 22, hari ni bawa baby afif ke klinik untuk berjumpa doktor. Alhamdulillah, kuning Afif makin kurang. Semasa ambil darah di tangan minggu lepas, keputusannya 8.01. Jadi, hari ni Afif tak perlu ambil darah lagi. Berat Afif pun dah 4kg utk hari ke-22. 29 Mei ni Afif ke klinik lagi untuk suntikan sebulan. Saya juga perlu minum air gula lagi pada 7.6.2013 ini.

Semoga Allah permudahkan segalanya...
"Allahumma yassir, wa laa tu'assir, ya Karim, rabbi tammim bilkhair. Aamiin Allahumma Aamiin."

No comments:

Post a Comment