Blogger Templates

Thursday, 2 May 2013

~ MY NEW BOY


سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Syukur Alhamdulillah atas kurniaan Allah di kala usia sebegini saya masih diberi peluang untuk mengandung dan melahirkan baby...Alhamdulillah, thank you Allah. 

My New Boy - Muhammad Afif Irfan
lahir pada 24.4.13 jam 12.21 a.m (3.05kg)

Alhamdulillah, sepanjang kehamilan kali ke-4 ini, saya tidak mengalami apa2 alahan atau masalah yang besar. Hanya HB yang sedikit rendah tetapi diakhir kehamilan naik 10.9. Begitu juga masalah GDM masih terkawal  itupun kerana kecuaian sendiri. Sehari sebelum diminta minum air gula kali ke-2 pada bulan ketujuh hamil, saya terlupa dan telah minum "float strawberry" di KFC selepas membeli belah barang-barang anak ke-2 yang masuk Kolej Vokasional di Taiping. Setiap dua minggu perlu buat BSP sebanyak 4 kali sehari di Klinik Ayer Puteh. Alhamdulillah, 'nurse' di situ sudi buat di rumahnya pada pukul 8.00 malam. Jadi, tak perlulah saya ke klinik Jalan Tupai untuk buat BSP pada waktu malam. 

Kali ini saya memilih untuk bersalin di hospital swasta kerana saya dapat memilih doktor perempuan. Hospital yang menjadi pilihan saya ialah Hospital Dewan Bersalin Muslimah Cawangan Permatang Pauh di Pulau Pinang. Perjalanan dari Taiping ke sana mengambil masa lebih kurang 45 minit sahaja. 

Walaupun 'Due Date' baby saya pada 24.4.2013 tetapi pada 22.4.2013 saya telah mula merasa sakit-sakit sedikit dan setelah mendapatkan nasihat daripada emak saya, pada malam itu juga saya pergi ke DBM Hospital dan daftar masuk pada pukul 12.04 a.m. Pada keesokan harinya, Dr. Rosnah bertanya pendapat saya samada mahu tunggu atau induce. Saya mengambil keputusan untuk induce kerana pada keesokannya 24.4.2013,  jika saya masih belum bersalin Dr. yang merawat saya di taiping juga meminta saya masuk hospital dan induce. 

Tepat pukul 8.00 malam, jururawat telah masukkan air  kerana setelah dimasukkan dua kali ubat, masih lambat bukaan tulang servik saya. Saya sedar apabila air dimasukkan tentulah sangat sangat sakit dan setelah memohon ampun dan maaf kepada suami saya atas segala kesalahan saya sepanjang saya menjadi isterinya, alhamdulillah, pada pukul 12.21 pagi pada 24.4.2013 saya selamat melahirkan baby lelaki secara normal seberat 3.05kg. Syukur, walaupun tidak sesakit semasa bersalin anak sulung dahulu, tetapi sakit bersalin secara induce sangat terasa, berbeza dengan sakit melahirkan anak kedua dan ketiga yang sakitnya normal bukan paksaan.

Saya amat berpuas hati atas layanan Dr. Rosnah dan jururawat2 sepanjang saya sakit di mana mereka sama-sama memberi semangat dan berdoa serta berzikir sepanjang menyambut kelahiran anak saya. Begitu juga dengan sokongan suami di sisi saya. , hilang rasa duka dan kecewa saya di atas kecurangannya. Walaupun sedih, saya redha dengan dugaan dan ujian yang Allah SWT berikan kepada saya. Saya sentiasa ingatkan diri dengan ayat ini...

"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah Ayat 286.

Biarlah.... bibir tersenyum hati menangis.



"Dan janganlah kamu merasa lemah, dan jangan pula kamu bersedih hati, kerana kamu paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (3:139).

La Tahzan, Inallaha ma'ana... (^_^)


1 comment:

  1. Nk tanya,suami boleh masuk teman isteri bersalin tak dekat DBM ni?

    ReplyDelete