Blogger Templates

Tuesday, 13 August 2013

~ PUDING CENDOL


سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Alhamdulillah, selamat bertemu kembali. Entri kali ni nak berkongsi resepi Puding Cendol yang gambarnya telah berjaya memenangi peraduan kongsi juadah berbuka puasa di laman facebook. Gambar ni menang pada minggu ke-3 bulan Ramadhan yang lalu. Ramai yang meminta berkongsi resepi. Resepi asal dari dapur Kak Nor 'Secubit Garam' cuma saya ubah sedikit ikut selera, itupun atas tips yang diberi oleh Kak Nor. Terima kasih Kak Nor atas resepinya.

pic nie yg menang dlm peraduan kongsi juadah berbuka puasa

Bahan-bahannya:
Lapisan bawah
600ml air
1 cawan gula pasir
300ml santan pekat
10gm serbuk agar-agar
500gm cendol
sedikit garam

Lapisan atas
700ml air
200gm gula merah + 1 kpg gula melaka
300ml santan pekat
10gm serbuk agar-agar
1 biji kuning telur
sedikit garam

Cara-cara:
Lapisan bawah
1. Masak air, agar-agar dan gula sehingga mendidih
2. Masukkan santan dan garam. Biarkan mendidih sedikit.
3. Masukkan cendol. Kacau sedikit dan angkat.
4. Tuangkan ke dalam acuan.
Tips: Basahkan acuan dengan sedikit air. Lapikkan dengan plastik yang lebih besar daripada acuan supaya mudah keluarkan daripada acuan untuk dipotong.

Lapisan atas
1. Ambil sedikit air daripada 700ml air dan masak dengan gula merah. Tapiskan air gula.
2. Masukkan air gula dan baki air serta serbuk agar-agar. Masak sehingga mendidih.
3. Kocok kuning telur di dalam santan. Tuangkan santan ke dalam adunan. Masukkan garam.
4. Biar mendidih sekejab dan padamkan api.
5. Tuang adunan atas di tepi loyang setelah bahagian bawah keras dan cucuk dengan garfu di serata permukaan lapisan bawah. Tahan dengan sudu semasa menuangkan adunan supaya adunan jatuh dengan perlahan-lahan .
6. Sejukkan sebelum dipotong dan bolehlah dihidangkan untuk menjamu selera.

~ Selamat Mencuba...^^

hadiah drp admin page kongsi juadah berbuka puasa...

Dikesempatan ini rasanya masih belum terlewat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua saudara mara, rakan taulan dan sahabat handai yang mengenali diri ini juga sahabat di alam maya dengan ucapan Maaf Zahir dan Batin... TaqabbalaAllahu minna wa minkum.


sambut raya tahun pertama bersama si kecil Afif
Ramadhan telah usai
namun semangat Ramadhan
moga selalu ada di hati...



No comments:

Post a Comment