Blogger Templates

Wednesday, 15 August 2012

~ PETUA IMAM GHAZALI MENCARI LAILATUL QADAR


سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Alhamdulillah, bertemu lagi kita di arena maya dunia tanpa sempadan ini. Hari ini adalah hari ke-26 umat Islam berpuasa dan Ramadhan akan berlalu pergi meninggalkan kita dalam kesedihan pada yang merindui kehadirannya lagi. Mungkin ini Ramadhan kita yang terakhir dan Syawal yang tetap akan menjelang tanda kemenangan bagi orang-orang yang bertaqwa. 

Dalam mengerjakan ibadat dalam bulan Ramadhan sudah tentunya kita akan sentiasa tertunggu-tunggu 10 malam yang terakhir. Walau agak terlewat juga bagi tajuk entri ini namum kita masih belum terlewat untuk mendapatkannya dan jika ianya telah berlalu pergi teruslah beribadat tanpa rasa kesal kerana segalanya dalam kekuasaan-Nya jua. Itulah malam yang mana ia berlaku pada satu malam daripada 10 malam terakhir iaitu pada hari ganjil bulan Ramadhan. Adakah malam Lailatul Qadar ini pada 21, 23, 25, 27 atau 29 Ramadhan? Hanya orang yang berusaha sahaja akan merasai nikmat beribadat di malam Lailatul Qadar ini. 



Terdapat petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama dalam mencari malam Lailatul Qadar ini. 

Jika awal Ramadhan jatuh pada hari:

1. Ahad atau Rabu malam Qadar dijangka berlaku pada malam 29 Ramadhan

2. Isnin - malam Qadar dijangka berlaku pada malam 21 Ramadhan

3. Selasa atau Jumaat - malam Qadar dijangka berlaku pada malam 27 Ramadhan

4. Khamis - malam Qadar dijangka berlaku pada malam 25 Ramadhan

5. Sabtu - malam Qadar dijangka berlaku pada malam 23 Ramadhan


Kata Sheikh Abu Hassan bahawa sejak mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan Lailatul Qadar pada malam yang tepat mengikut petua di atas. Walau bagaimanapun, janganlah beribadat pada malam ini sahaja, carilah malam Qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.

Tanda malam Qadar ialah:

Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas,
Siangnya cahaya matahari warnanya pucat,
Pada malam itu malaikat jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba. 

~ Sumber MelayuKini


No comments:

Post a Comment