سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah, dengan keadaan diri ini masih berpeluang untuk berjalan-jalan bersama anak-anak tercinta sempena cuti Hari Malaysia yang lalu. Percutian tiga hari dua malam ke bandar Kuala Terengganu dan Kota Bharu yang menyeronokkan dengan keluarga SKAP.
Pada 15 September 2012, kami sampai ke Masjid Abidin atau Masjid Putih pada pukul 6.00 pagi untuk membersihkan diri dan menunaikan solat Subuh. Antara tempat yang dilawati di bandar Kuala Terengganu ini ialah Taman Tamadun Islam dan Masjid Kristal, Gerai Keropok Losong, Muzium Negeri Terengganu, Nor Alfa Batik Dan Pasar Payang. Oleh sebab, kesuntukan masa kami tidak dapat ke Pasar Payang kerana telah ditutup pada pukul 6.00 petang dan bertukar arah ke Pasaraya Desa Murni dan Pasaraya Maidin seterusnya makan malam di gerai Gelas Besar di Seberang Takir berhampiran dengan tempat penginapan iaitu Rumah Rehat Sri Delima.
|
Selepas solat Subuh bersiar-siar di sekitar Istana Maziah |
|
Masjid Kristal Kuala Terengganu |
|
Taman Tamadun Islam |
|
Muzium Negeri Terengganu |
|
Rumah Rehat Sri Delima Seberang Takir |
|
Noor Alfa Batik |
Keesokan harinya kami bertolak ke bandar Kota Bharu pada pukul 8.30 pagi. Dalam perjalanan kami singgah membeli keropok losong cawangan Besut. Kemudian, membeli belah di Bazar Tok Guru, Pasar Siti Khadijah, Nor Batik dan berekreasi di Pantai Cahaya Bulan sambil menikmati makanan di sana. Selepas 'check in' di homestay Mahligai Bonda, kami ke Wakaf Che Yeh membeli belah sambil makan malam sehingga pukul 12.00 tengah malam.
|
dr Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu Kelantan |
|
Norbatik Kota Bharu Kelantan |
|
Pantai Cahaya Bulan |
Pada hari Isnin, sekali lagi ke Bazar Tok Guru atas permintaan rakan-rakan yang ingin membeli batik di sana. Seterusnya bertolak pulang ke Taiping dan berhenti di Bukit Bunga untuk makan tengah hari dan membeli belah lagi serta Solat Jamak Zuhur dan Asar.
|
Bukit Bunga Tanah Merah |
Percutian kali kedua selepas ke Hadyai pada tahun lepas bersama-sama warga SKAP yang indah dan mengembirakan kerana dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama keluarga SKAP. Alhamdulillah...terima kasih Ya Allah...
No comments:
Post a Comment