Ada ketikanya insan yang kita sayang, membuatkan kita terkeliru...
Ada ketikanya insan yang kita sayang, selalu membuatkan kita terluka...
Ada ketikanya insan yang kita sayang, membuat kita terkilan...
Ada ketikanya insan yang kita sayang, mengguris hati kita hingga menitis air mata...
Namun kita tetap menyayanginya kerana dia sentiasa bertakhta di hati kita.
"Ya Allah...
ketika aku menyayangi seorang teman,
tolong ingatkan aku,
bahawa di dunia ini...
tidak akan pernah ada yang abadi,
sehingga ketika seseorang meninggalkanku,
aku akan tetap kuat dan tegar kerana...
aku bersama yang tidak pernah berakhir iaitu CINTA-MU Ya Allah."
Ingatlah duhai hati...
Jika manusia mengecewakanmu, jangan berduka kerana Allah selalu menunaikan harapanmu...
Jika manusia menzalimimu, jangan berduka kerana Allah selalu berlaku adil terhadapmu...
Jika manusia melukaimu, jangan berduka kerana Allah selalu memberi penyembuh buatmu...
Dan jika manusia menyayangimu, ketahuilah bahawa terkumpulnya cinta seluruh manusia di bumi ini tidak akan pernah menandingi cinta Allah terhadapmu...Subhanallah (✿◠‿◠)
Pesan pada hati...
Jika kita sayangi seseorang, sayangilah dia hanya kerana Allah kerana kasih sayang yang tidak didasari pada yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang itu, hanya sia-sia umpama buih-buih di lautan yang hilang begitu sahaja.
Pesan juga pada hati...
Sayangi seseorang kerana Allah,
Kerana...
Kasih manusia sering bermusim,
Sayang manusia tiada abadi,
Namun...
Kasih Allah tiada bertepi,
Sayang Allah janji-Nya pasti ... (^_^)♥
No comments:
Post a Comment