Blogger Templates

Friday, 8 June 2012

~ CUTI-CUTI JUN


سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Syukur Alhamdulillah, cuti pertengahan penggal satu ini dapat pulang ke rumah ayahanda dan bonda serta bertemu dengan adik-adik tersayang. Walau hanya 4 hari sahaja cukuplah untuk melepas rasa rindu. Percutian kali ini dimanfaatkan dengan acara makan malam bersama-sama (BBQ) di rumah adik Sariyati di Indera Sempurna, Kuantan. 


Besday Boy n Girls...


BBQ...ayam, daging lembu n kambing


Man n Ta...jaga2 dah hitam  ayam tu!


Sambil menghidang sempat lg berposing :D


posing lagi...


antara menu makan malam...udang galah sg. phg...


boleh makan sudah...jgn lupa doa makan ye...


rehat2 sambil menonton...adik haris terlentok sudah
lapar tu...kasihan kaki pun masih sakit...


Selain itu, beriadah juga ke Bukit Gambang Waterpark, Kuantan. Sebenarnya, ini adalah kali kedua kami sekeluarga ke Gambang Waterpark. Pertama kali adalah pada tahun 2010. Banyak perubahan selama dua tahun ini terutamanya harga untuk masuk tetapi kami menggunakan baucer potongan harga iaitu RM17.50 untuk dewasa dan RM10.50 bagi kanak-kanak.


berehat sebentar di Cabana...


Pantai buatan yang pasirnya adalah seperti di pantai asli...


Adik Haris yg sakit kaki sebelum ini...
sudah boleh berjalan krn riadah


Selepas mandi on9 pula sambil makan2...


En. Hubby tersayang...


sempat lagi download 'running man' ...hishhhh


Sulung dan si bongsu...


macho la tu...


Hari terakhir di rumah bonda, berkesempatan untuk menyediakan puding trifle untuk makan tengah hari. Menu tengah hari ini ikan talapia goreng, ayam goreng, sayur peria goreng bersama telur, sayur kangkung goreng, kobis masak lemak, kerabu mangga, sambal belacan, sambal buah kuining, ulam timun dan puding triffle serta air jus tembikai. 


puding triffle...nyummy


menu tengah hari...nyum...nyumm...sedap sgt2
balik dr bercuti kena diet nampaknya :((

Percutian yang paling indah adalah bercuti ke Teratak Ayahanda dan Bonda ^^.


No comments:

Post a Comment