Blogger Templates

Wednesday, 14 November 2012

~ CREPE DURIAN


سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Salam Maal Hijrah 1434H, bertemu lagi kita di dunia tanpa sempadan ini. Semoga tahun ini bertambah baik daripada tahun-tahun yang sebelumnya. Mari sama-sama kita hijrahkan diri ke arah yang lebih baik. InsyaAllah.



Sudah lama saya tidak meng'update' blog ini walaupun sebenarnya banyak yang ingin saya coretkan tetapi menulis rupanya memerlukan 'mood' agar penulisan menjadi  lebih lancar. Kali ini saya ingin berkongsi resepi membuat crepe durian. Banyak resepi yang saya jumpa tetapi inilah resepi yang paling mudah dan ringkas serta senang untuk membuat crepe durian. Terlebih dahulu ribuan terima kasih kepada page Jom Masak atas pengkongsian resepi ini. Namun resepi ini telah saya gandakan bahan-bahannya menjadi 2 adunan.


Crepe Durian...

Resepi Crepe Durian mudah :

Bahan-bahannya:

40gm tepung gandum
40gm tepung ubi
20gm tepung kastard
20gm tepung jagung
2 biji telur
2 sdb minyak masak - sy guna minyak jagung
2 sdb gula halus
80ml susu cair - sy guna susu segar
300ml air
pewarna kuning

Cara-cara membuatnya:

1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk. Pukul sebati menggunakan whisk dan tapiskan.

2. Ambil sesenduk kecil dan tuang adunan ke dalam frying fan. Layangkan frying fan agar adunan sekata.

3. Masak hingga kering di atas api yang kecil.

4. Angkat dan tidak perlu diterbalikkan semasa mengangkat itu


Filling :

250ml fresh cream - diputar sehingga kental
Isi durian

1. Letakkan fresh cream di atas crepe. Kemudian letakkan isi durian dan seterusnya letakkan fresh cream di atasnya.

2. Lipat kiri ke kanan dan atas ke bawah

3. Sejukkan di dalam peti sejuk beberapa jam sebelum dimakan.


nyum...nyumm...nyummy

Mudah dan senang bukan?
Selamat mencuba ^^




No comments:

Post a Comment