Blogger Templates

Friday 16 November 2012

~ ROTI JALA BERSAMA KARI AYAM & KUAH DURIAN


سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Hasrat ingin membuat roti jala sudah lama namun tiada berkesempatan. Kebiasaannya jika hendak makan En. hubby beli di kedai saja. Namun kali ini En. Hubby tiada di rumah selama 3 hari, berguna juga acuan roti jala yang sudah lama terperap di dapur. Sebenarnya, inilah kali pertama saya mencuba untuk mengirai roti jala ini...huhu. Teringat pula pada En. hubby yang tidak dapat merasa air tangan saya yang pertama kali ini. Hampir 1 jam lebih juga untuk menyiapkan juadah ini bersama Kari Ayam dan Kuah Durian.


Roti Jala bersama Kari Ayam n Kuah Durian ^^

Rupanya sudah ada acuan yang memudahkan lagi membuat roti jala ini. Oleh sebab, acuan yang saya beli jenis lama... sementara hendak mencari yang baru, saya cuba dulu acuan ini...Susah juga rupanya kerana aduan tidak keluar dengan lancar di semua lubang...haha...tak tahu menari dikatakan lantai jongkang-jongket...^^

Sumber: En. Google

Ini rupa acuan roti jala muncung tiga itu...


Sumber: En. Google...

Ini pula cara untuk menganyam roti jala menggunakan acuan muncung tiga tu...nampak mudahkan??


Sumber: En. Google...

Sekarang, mari kita lihat pula bahan-bahan untuk membuat roti jala tersebut.

Bahan-bahannya:

2 cawan tepung gandum
1 cawan susu segar full cream - boleh juga gunakan santan
1 cawan air
1 biji telur
1 camt. garam
sedikit kunyit atau pewarna kuning


nyum--nyum...nyummmy...

Cara-cara membuatnya:

1. Bancuh tepung bersama susu segar, air, telur, kunyit/pewarna dan garam. Kemudian ditapis.

2. Rehatkan adunan lebih kurang 5 hingga 10 minit.

3. Masukkan adunan ke dalam acuan roti jala.

4. Panaskan frying fan dan sapu sedikit minyak.

5. Tebar adunan ke atasnya.

6. Apabila oti jala telah masak, terbalikkan seketika kemudian angkat dan gulung atau lipat mengikut citarasa masing-masing.

7. Ulang sehingga adunan habis di samping itu boleh sediakan kuah durian serta kari ayam.

~ Selamat Mencuba ~ 





No comments:

Post a Comment