Saturday, 26 January 2013
~ SPAGHETTI GORENG BERLADA
سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah, bertemu lagi dalam entri kali ini masih dengan tema masakan. Kali ini saya ingin berkongsi resepi 'Spaghetti Goreng Berlada". Resepi ini adalah percubaan saya yang pertama. Syukur, anak-anak menggemarinya dan juga kena dengan anak tekak saya berbanding dengan spaghetti bolognese yang agak masam-masam rasanya dengan selera saya.
Idea untuk menggoreng spaghetti ini datang kerana masih ada bahan-bahan mentah lebihan saya membuat spaghetti carbonara. Mula-mula saya bercadang untuk mencampur dengan makaroni kerana spaghetti pun hanya ada setengah bungkus sahaja. Rupanya apabila telah merebus spaghetti tersebut, banyak juga hasilnya walaupun hanya setengah bungkus. Mari kita lihat resepinya ^^
Bahan-bahan:
1/2 bungkus spaghetti - direbus bersama sedikit minyak, angkat dan toskan
250 gm daging kisar
1 labu bawang besar (kuning) - didadu
3 ulas bawang putih - didadu
3 sudu besar cili kisar
10 biji baby tomato
3 sudu besar sos tomato
4 sudu besar sos cili
10 batang baby carrot
1 biji brokoli
3 batang sosej
4 batang crab stik
1/2 biji capsicum merah - didadu
1/2 biji capsicum hijau - didadu
3 biji cendawan butang (putih) - dihiris nipis
4 sudu besar minyak zaitun
1/2 sudu kecil lada hitam
1/2 sudu besar dried oregano
garam dan gula secukup rasa
air
Cara-caranya:
1. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang besar, bawang putih dan baby tomato hingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar dan kacau sebentar. Masukkan pula daging kisar, kacau rata dan biar hingga hampir masak.
3. Kemudian masukkan sos cili dan sos tomato serta serbuk lada hitam. Kacau sebati.
4. Masukkan sosej, crab stik dan baby carrot serta cendawan butang. Tambah sedikit air jika terlalu kering.
5. Masukkan capsicum merah dan hijau. Perasakan dengan garam dan gula.
6. Masukkan spaghetti dan brokoli. Kacau sebati.
7. Taburkan dried oregano dan siap untuk dihidangkan.
~ Selamat Mencuba ^^
Labels:
Recipe
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment