Blogger Templates

Saturday, 8 November 2014

~ BEE HIVES MINI BUN WITH BUTTERSCOTCH / ROTI SARANG LEBAH

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركات

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana dapat bertemu kembali. Sekian lama tidak mencoret kata sehingga terlupa password blog ini... huhu. 

Entri ini sekadar berkongsi resepi yang saya dapat daripada teman tumblr iaitu Pn. 'Norabudy' awal tahun ini dan bulan November ini baru dapat mencuba resepi Bee Hives Mini Bun With Butterscotch atau roti sarang lebah ini. Roti ini sangat sedap sehingga mendapat permintaan daripada anak. Dua kali saya telah mencubanya dan Alhamdulillah, menjadi... terima kasih banyak2 ya Nor kerana sudi berkongsi resepi di laman tumblr. Saya kongsikan disini untuk rujukan saya dan anak-anak di masa hadapan.

Bun Mini Sarang Lebah bersos Butterscotch

Bahan-bahan:

Untuk Doh:
2 cawan tepung gandum
1/2 camt. dry yeast
1/4 camt. garam
1/2 camt. baking powder
1 camb. gula pasir
1/4 cawan plain yogurt (suhu bilik)
1/4 cawan minyak sun flower (xde.. sy guna minyak jagung jer)
1/2 cawan air suam 
Sedikit sesame seed, almond flakes dan pumpkin seed


taburan bijan hitam, kepingan badam, kuaci hijau- apa2 je

Cara-cara: 

1. Larutkan yis dan gula dalam air suam dan biarlan berbuih.
2. Dalam mangkuk adunan, campurkan garam, tepung gandum, baking powder dan kacau sebati.
3. Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat di tangan.
4. Uli dengan tangan sedikit (saya guna mesin pengadun) dan masukkan minyak sedikit demi sedikit. Putar lagi sehingga doh menjadi elastic. 
5. Kemudian, biarkan doh naik 2x ganda di tempat panas sedikit atau tempat tertutup seperti dalam oven atau microwave yang tak di ON kan.
6. Bila dph dah naik, tumbuk-tumbukkan supaya keluar anginnya.
7. Sapukan tangan dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susun rapat di dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak.
8. Buat hingga habis, Jika melekat sapu tangan dengan minyak.
9. Taburkan dengan sesame seed, almond flakes dan pumpkin seed dan biarkan doh rehat naik 2xganda sekali lagi.
10. Sentara tunggu doh naik, ON kan oven. Setting 180 - 200C api atas bawah (ikut oven sendiri)
11. Pastikan oven panas baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah sahaja, 5 minit kemudian pakai api atas bawah. Bakar dalam 10 - 15 minit.
12. Keluarkan dari oven dan cepat-cepat tuangkan butterscotch di atasnya.
13. Sedia untuk dihidangkan.

Nota:

1. Doh memang lembik. Jangan tambah tepung cuma sapukan tangan dengan minyak semasa membahagikan doh kepada saiz kecil.
2. Tak perlu membuat sebegitu bulat lebih kurang sahaja sebab nanti doh akan bulat sendiri apabila naik.
3. Pastikan oven benar2 panas supaya roti lembut bak kapas.
4. JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras.
5. Lebihan roti yang tidak habis dimakan perlu disimpa dalam bekas kedap udara atau balut pinggan dengan plastik kemas-kemas.

Sos Butterscotch 

Bahan-bahan:

1/2 cawan gula perang / brown sugar
1/2 cawan whipping cream (saya guna susu cair aje)
Secubit garam (saya xmasukkan)
1/2 camt. esen vanila
25gm butter

Cara-cara:
1. Cairkan butter dalam periuk kecil.
2. Masukkan gula perang. Kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.
3. Tuangkan whipping cream / susu cair perlahan-lahan sambil mengacaunya.
4. Masukkan esen vanila dan apabila semuanya telah sebati, tutup api.
5. Sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.

Nota:

1. Pastikan semua bahan tersedia dekat dapur kerana sos ini cepat hangus kalau ditinggalkan.
2. Awas masa menuang cream sebab gula sangat panas.
3. Berhati-hati dan sebaik-baiknya guna senduk serta jangan guna sudu.


nyum...nyum...nyummy!

Ini adalah resepi asal Nor untuk rujukan saya di masa akan datang. 
TQSM Nor :)


 
 

Friday, 21 February 2014

~ SABAR, REDHA & SYUKUR


سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركات


Hidup ini indah andai kita SABAR dan SYUKUR.
REDHA atas segala ketentuan-Nya.

Pesanku padanya:
"Seandainya dirimu tidak memiliki sesuatu yang kamu cintai,
maka cintailah sesuatu yang kamu miliki."

Subhanallah
Alhamdulillah
Allahu Akbar


"Ya Allah, 
Berikan aku hati yang jernih
agar aku selalu bersyukur
di atas kekurangan yang aku miliki,
agar aku merasa cukup dalam kekurangan
Ajarkan aku erti redha dan ikhlas
agar aku tidak mengeluh
ketika kebahagiaanku tidak lagi sempurna."

Thursday, 31 October 2013

~ SPPBS OH SPPBS


سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركات


Alhamdulillah, bertemu lagi kita di alam maya ini. Kali ini pengkongsian saya hanyalah sekadar luahan hati tentang sistem pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (SPPBS). 


Kita sedia maklum bahawa sistem ini telah masuk ke tahun ketiga bermula pada 2011, 2012 dan 2013. Sepatutnya semakin lama tentu semakin mantap namun semakin tahun makin bertambah lembab dan tenat lebih-lebih lagi di penghujung tahun ini. Jika tahun sebelumnya sistem ini dapat diakses pada waktu insan lain sedang enak diulit mimpi. Namun tidak begitu pada tahun ini. Paparan berikut antara yang terjadi semasa ingin memasuki sistem ini. Sungguh menuntut kesabaran yang tinggi...

 
 


Untuk sampai ke paparan seperti di bawah pun mengambil masa yang terlalu lama...




 errrrmmmm...SABARLAH DUHAI HATI...infinity!!!

 Maka banyakkan membaca doa ini...

"Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birohmatikaya Arhamarrohimim."
 Ya Allah, Permudahkanlah. Jangan Dipersulitkan dan Kau akhirkanlah dengan Kebaikan."
Aamiin Allahumma Aamiin.

Semoga Allah memudahkan segala urusan kita pada keesokan hari dan hari-hari yang seterusnya serta menjadikan kita hambaNya yang sentiasa bersyukur dan bermuhasabah.


Wednesday, 2 October 2013

~ HADIAH HARI LAHIR


سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركات
Alhamdulillah, syukur dapat bertemu kembali. Telah lama saya tidak dapat sign in blog ni...entah apa sebabnya seperti kena blog aje...huhu. Entah dapat atau tidak post entri ini.

Saya ingin berkongsi kegembiraan sempena hari lahir saya pada tahun ini. Tiada apa-apa majlis sambutanpun sebenarnya. Pagi Ahad tersebut saya masih lagi ke kelas masakan Chef Zubaidah. Hanya terharu dengan kejutan daripada anak-anak atas pemberian hadiah daripada mereka. Rupanya mereka telah berpakat seminggu lebih awal ketika semuanya pulang ke rumah daripada asrama. Terima kasih banyak Along, Iman, Biah dan Adik atas ingatan. Harapan mak, semoga anak-anak mak tidak lupa untuk mendoakan mak dan abah setiap kali selepas solat ye. Hanya itu sahaja bekalan untuk mak dan abah bawa hingga ke syurga.

luv all of u syg...muahhh

cantik...pandai anak2 pilih, sgt berguna...

En. suami pun tak lupa juga menghadiahkan telefon bimbit. Tambahan pula, saya baru sahaja melahirkan Afif. Kiranya hadiah 2 in 1 lah tu...Terima kasih banyak abang. Semoga jodoh kita hingga ke syurga. Allahumma Aamiin.

Mmg berhajat nk beli...Alhamdulillah ^^

Ya Allah,
semakin jauh langkah umurku meniti hari,
kupohon hidayah-Mu,
moga di hari lahirku ini,
Kau berkati umurku,
dan izinkan aku semakin dekat dengan redha-Mu.
Aamiin Allahumma aamiin.


Monday, 19 August 2013

~ AIR BANDUNG SODA


سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركات

Kali ini saya berkongsi resepi minuman pula iaitu air bandung soda. Sangat mudah membuatnya tetapi jika tersilap petua, kurang menjadi rasa soda tersebut. Jom, kita lihat resepinya.

nyum...nyum...nyummy

Bahan-bahan:

100ml Sirap Kordial Ros F&N
200ml susu sejat F&N
600ml air minuman
200ml F&N Ais Krim Soda

Cara penyediaan:

1. Tuangkan sirap kordial ros F&N dan susu sejat F&N ke dalam jag, kacau sehingga sebati.
2. Masukkan F&N ais krim soda dan akhir sekali tambahkan air.
3. Sejukkan sebelum diminum.

** Tips: sentiasa masukkan ais krim soda dahulu sebelum menambah air.

~SELAMAT MENCUBA ^^

Saturday, 17 August 2013

~ PUDING MILO OREO


سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركات


Bertemu kembali dengan pengkongsian resepi juga pada kali ini iaitu Puding Milo Oreo. Walaupun lapis milonya kurang menjadi kerana saya tidak sabar2 menunggu lapisannya beku. Ini kerana saya membuatnya pada pukul 1.00 pagi. 

nyummy!

Bahan-bahan:

10gm serbuk agar-agar
750ml air
1 cawan gula pasir
1 tin susu cair
3/4 cawan milo
1 bungkus biskut oreo - apa2 aje

Cara-cara:
1. Masak serbuk agar-agar dan gula dengan air sehingga larut.
2. masukkan susu cair dan kacau sebati sehingga mendidih.
3. Tuangkan 1 cawan campuran milo ke dalam acuan.
4. Panaskan campuran milo yang separuh lagi dengan api paling kecil supaya tidak membeku.
5. Apabila permukaannya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi.
6. Taburkan biskut oreo.
7. Apabila permukaannya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.
8. Biarkan membeku di suhu bilik sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.

Tips:
1. Jangan tunggu sehingga lapisan membeku sepenuhnya kerana nanti lapisan tidak melekat.
2. Jika membeku semua, guris-guriskan permukaan dengan garfu sebelum menuangkan lapisan seterusnya.
3. Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelumnya supaya ia melekat dengan baik.

siap utk dimakan...nyum...nyumm


~ Selamat Mencuba...^^

Thursday, 15 August 2013

~ LASAGNA MAKARONI


سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركات


Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi atas rahmat-Nya masih bernafas di bumi-Nya ini. Dapat menikmati hembusan udara yang nyaman dan negara yang aman damai. Sungguh sedih mengenangkan nasib saudara kita di bumi Mesir, Palestin, Syria dan seumpamanya lagi. Hanya doa yang dapat kupohon kepada-Mu Ya Allah. 

Ya Allah,
Sesungguhnya kami bermohon pertolongan-Mu,
kami meminta ampun kepada Mu, 
kami memohon petunjuk dari Mu,
kami beriman kepada Mu,
kami berserah kepada Mu,
dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan,
kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu.

Ya Allah, hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuhan,
bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada.
Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Aamiin Allahumma Aamiin.

Esok anak bujang saya akan kembali ke asrama. Oleh sebab, dia sangat suka dengan 'western food', saya pun membuat menu special sedikit pada malam ini iaitu lasagna menggunakan makaroni resepi daripada dapur Kak Zu 'Semanis Gula'. Saya kongsikan di sini untuk rujukan pada masa hadapan.

Lasagna guna makaroni...nyummy!

Bahan-bahan:

A) Makaroni
4 cawan makaroni
sedikit minyak

1. Rebus makaroni dengan air yang dicampur dengan sedikit minyak selama 10 minit.
2. Kemudian toskan airnya.

B) Inti Daging
1 tin sos spagheti tradisional
1 peket daging cincang (jenama RAMLY atau apa2 pun boleh)
2 biji bawang holand - cincang dadu
2 ulas bawang putih - cincang
1/2 batang lobak merah - potong dadu
2 biji buah tomato - potong dadu
1/2 biji lada benggala hijau dan merah
2 sudu besar cili kisar
2 sus besar rempah kari daging
1 sudu kecil lada putih
garam dan gula secukup rasa
1 sudu besar butter dan sedikit minyak agak2 utk menumis
* cendawan butang jika suka

1. Masukkan minyak dan butter ke dalam kuali. 
2. Tumis bawang putih dan bawang holand, kacau sekejab.
3. Masukkan cili kisar, kacau sekejab. Kemudian masukkan rempah kari dan kacau hingga garing sedikit.
4. Masukkan lobak merah, lada benggala, tomato, daging kisar dan sos spagheti. Kacau sebati dan masak hingga daging tersebut masak. 
5. Masukkan garam, gula dan lada putih secukup rasa.
Tips: Buat inti daging ini lebih manis daripada masin kerana nanti cheese dah masin.

Lebihkan manis dlm inti daging ini...

C) Sos Putih
500ml susu segar
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu serbuk lada hitam
garam dan serbuk perasa hilal secukupnya.

~ Masak kesemua bahan ini sehingga pekat dengan api yang sederhana.



D) 250gm Cheese Mozarella
     125gm Cheese Cheddar

Cara melayer:


1. Susun makaroni dalam loyang yang dialas dengan aluminium foil atau sapu dengan sedikit minyak supaya tidak melekat.


2. Letakkan inti daging.


3. Letakkan sos putih.


4. Tabur sedikit cheese mozarella.
5. Ulang hingga habis mengikut susunan di atas.
6. Tabur kedua-dua jenis cheese sehingga menutupi keseluruhan permukaan.
7. Bakar selama 45 minit pada suhu 200C menggunakan api atas bawah atau sehingga cheese menjadi garing keperangan.

dah separuh aje tinggal...nyum, nyum, sedap dimakan panas2

~ Selamat Mencuba ^^.