Blogger Templates

Thursday 13 October 2011

~ I-CITY ~

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kali ini saya ingin berkongsi maklumat tentang I-city Shah Alam, Selangor. Kali ketiga ke Shah Alam, baru berkesempatan ke I-city ini. Walaupun agak lewat ke sana lebih kurang pada pukul 10.00 malam, dah anak2 hampir terlena tetapi memandang kesuntukan masa, niat hati diteruskan. Esok paginya hari konvokesyen Encik hubby. 

I-city ini telah dirasmikan pembukaannya pada 25 Disember 2010 dan merupakan taman tema salji terbesar di Malaysia bernilai lebih kurang RM20 juta. Antara tarikan utamanya ialah iglu, istana, kapal dan jambatan gantung yang diperbuat daripada salji dan diserikan dengan lampu yang berwarna warni. Juga pelbagai permainan musim salji seperti gelanggang luncur ais, kereta api, gelongsor salji dan beberapa permainan kanak-kanak.

Taman tema salji ini dibuka pada pukul 10 pagi hingga 1 pagi dari hari Isnin hingga Jumaat manakala pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum pada pukul 10 pagi hingga 2 pagi. Tiket untuk masuk ke Taman tema ini ialah RM25 bagi dewasa dan RM29 bagi kanak-kanak. Bayaran ini termasuk dengan baju sejuk manakala kasut boleh disewa dengan harga RM10. Ianya sesuai dikunjungi oleh semua peringkat umur dan teristimewa bagi seisi keluarga.





























sangat2 menarik...sehingga anak2 xmahu balik tetapi
lampu telah dipadamkan kerana sudah ditutup.
Tidak berkesenpatan juga masuk ke Taman Tema Salji.

No comments:

Post a Comment