Blogger Templates

Monday, 3 October 2011

~ GOOD LUCK MY SON ~

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Hari esok dan seterusnya bermula 4, 5, 6 dan 10 Oktober adalah hari perjuangan buat anakandaku yang pertama iaitu Muhammad Athif Irfan. Selamat menempuh peperiksaan PMR 2011. Semoga kejayaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang akan menyebelahmu. Aamiin Allahumma Aamiin.


Muhammad Athif Irfan bersama abahnya di majlis 
Bacaan Yaasin dan Solat Hajat pada 1 Oktober 
di Surau MCKK.


Sempena hari peperiksaan yang bakal dihadapi oleh anak2, saya ingin berkongsi ilmu yang saya dapati di sebuah blog sofipublication.com


Semasa anak sedang menghadapi peperiksaan di dalam dewan peperiksaan, bolehlah kita sebagai ibu bapa melakukan perkara-perkara seperti di bawah. Semuanya dengan niat supaya anak kita boleh dan dapat menjawab  semua soalan dengan lancar dan baik, tidak gugup dan tidak gementar.

  1. Ambil wudhu’
  2. Duduklah menghadap kiblat dan bacalah...
  3. Syahadah 3x
  4. Surah Al-Fatihah 1x
  5. 3 Qul
  6. Surah Al –Insyirah 1x
  7. Salawat ke atas Nabi 11x
  8. Selepas itu bacalah Surah Yasin 1x diikuti oleh Surah Al-Insyirah 100x

Amalkan  samada di rumah, di tempat kerja atau di mana-mana sahaja...Semoga kejayaan milik anak kita. InsyaAllah.


Selain itu, ada juga petua dengan mengumpulkan alat tulis anak-anak dan genggam alat tulis tersebut (dalam keadaan berwuduk), kemudian baca bacaan-bacaan berikut:


➀~Al-Fatihah 7 kali
➁~Selawat 7 kali
➂~Subhanallah 44 kali
➃~Alhamdulillah 44 kali
➄~Allah hu Akbar 44 kali
➅~Ya Hayyu Ya Qayyum 21 kali
➆~Teruskan dengan bacaan doa...


” Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum,Ya Rahman,Ya Rahim,Ya Latif,Ya Jabbar,Ya Khaliq,Ya Allah permudahkanlah anak-anak kami di dalam urusan mereka dalam menimba ilmu di atas seruan dan perintah-Mu. Tenangkanlah hati mereka untuk menerima ilmu-Mu, lapangkanlah jiwa mereka untuk mengharungi ujian-Mu dan berkatilah mereka dengan rahmat-Mu. Amin Ya Rabbal alamin.”


Kemudian tiupkan pada alat tulis tersebut dan hati-hati jangan dibiarkan bersepahan sehingga dilangkah anak-anak. Keesokan harinya ambil segelas air, baca Al-Fatihah 7 kali dan Selawat 7 kali, bacalah doa yang sama seperti di atas dan beri anak-anak minum air tersebut. Insyaalah kita berusaha, semoga dapat membantu anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan.


Semoga dengan petua untuk anak yang bakal menduduki peperiksaan ini dapat membuka jalan kepada anak-anak ataupun pelajar serta ibu bapa yang kerungsingan. InsyaAllah.


No comments:

Post a Comment