Blogger Templates

Sunday, 2 October 2011

~ SWEET MEMORY ~


Assalamualaikum wrb. 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Baru pertama kali saya ingin berkongsi bicara hati di alam maya ini. Kiriman pertama hendak berkongsi resepi yang istimewa sempena hari lahir baru-baru ini iaitu resepi chocolate cupcakes yang diubah suai daripada resepi asal iaitu chocolate marble cupcakes. Cupcakes istimewa ini khas buat anak2 didik tersayang yang telah mengharukan hati ini di hari lahir saya baru-baru ini. Justeru, sebagai balasan inilah cenderamata buat mereka. Walaupun pada hari tersebut telah berlaku peristiwa malang yang menyedihkan hati tetapi tetap terubat apabila terkenangkan mereka. 


Walaupun agak lewat menyediakan cupcakes ini iaitu pada pukul 11.45 malam kerana sebelum itu sibuk menyiapkan tempahan Blueberry Cheese Cake daripada rakan sejawat yang mana telah 3 minggu menempahnya tetapi baru malam tersebut ada mood untuk membuatnya. Apabila tangan ini mula bermain dengan tepung2 dan sebagainya maka terujalah  untuk memasak yang seterusnya. Inilah cupcakes istimewa tersebut.


CHOCOLATE CUPCAKE 


Bahan2 :
200gm butter
180gm gula kaster
4biji telur 
1tsp vanilla esen
240gm tepung naik sendiri
1sudu besar golden syrup
80gm susu coklat (dutch lady)
1tsp coklat emolco


12.05 a.m masih di dalam oven. Belum dideco...pening2 nak deco apa??


Cara2 membuatnya :
1. Pukul butter dan gula 
2. Masukkan esen dan golden syrup
3. Masukkan pula susu dan tepung dan digaul sebati


Taraaa...inilah hasilnya...


Ermmm...setelah penat fikir dan rasa malas dah mula datang, lantas terlintas idea iaitu hanya letakkan coklat cair dan taburan bintang2 berwarna warni sebagai menunjukkan lima bintang atas sikap yang ditunjukkan oleh  mereka.


I LOVE ALL OF U !!!


Murid Tahun 4 Proaktif 2011.




hehehe...time ni sedang sibuk dok tulis no siri kat kupon2 utk Hari Kantin pada 9 Oktober nanti. Sempat lagi create blog ngan anak. Cayanggggg kakak...muahhhh!



No comments:

Post a Comment