Terima kasih kuucapkan...
Kerana memilihku sebagai salah seorang sahabatmu...
Kerana sudi luangkan masamu bersamaku...
Kerana sudi menjadi pendengar setiaku...
Kerana sudi berkongsi suka dan duka denganku...
Kerana sudi melayan setiap kerenahku...
Yang entah apa-apa.
Sahabat...
Ketahuilah olehmu...
Kau adalah di antara insan...
Yang paling ku sayangi dan ku rindui...
Hilangmu tak mungkin ada penggantinya.
Sahabat...
Seandainya takdir memisahkan kita...
Ku pasrah segalanya...
Andai itu telah tersurat...
Maafkan aku wahai sahabat...
Sesungguhnya aku amat menyayangi dan merinduimu...
Kini dan selamanya.
Sahabat...
Doa dariku sentiasa mengiringi setiap langkahmu...
Dalam mengharungi liku-liku perjalanan hidup...
Moga kau beroleh kebahagiaan.
Kau berkatilah ukhwahfillah kami...
Kami hanya insan-insan kerdil yang menumpang buat sementara di atas muka bumi ini...
Dari-Mu kami datang dan dari-Mu jualah kami kembali.
Ya Allah,
No comments:
Post a Comment