Selepas makan tengah hari, bertolak ke Hatyai utk 'check in' di Hotel Regency. Alhamdulillah, selamat sampai ke hotel pada pukul 3 lebih waktu Malaysia.
Pada pukul 5.30 petang, bergerak ke 'floating market'. Walau bagaimanapun cuaca tidak menyebelahi, hujan lebat tetapi kemudian berhenti terus utk kami ke pasar tersebut. Tidak lama kemudian, hujan turun lagi menyebabkan banyak tempat tidak dapat dilawati. Keseluruhan masa di sana amat menyeronokkan terutamanya makanan yg dijual sangat enak (haroi - bhs Thai). Antara makanan yang sempat dibeli bubur nasi, jagung rebus dan somtam serta air kelapa yg diisi di dlm bekas tanah liat.
Aktiviti malam itu adalah bebas sama ada melawat di sekitar hotel atau ke pasar malam terbesar di Hatyai dan saya mengambil keputusan ke pasar malam bersama beberapa teman guru yg lain. Malam itu, tak lupa juga saya mengambil perkhidmatan 'masage' seluruh badan yg berharga 300 baht spt yg disyorkan oleh En. Abu Kassim (tourist guide drp Thailand). Memang puas hati, hilang lenguh2 di badan dan dpt merelaxkan otak dgn urutan tersebut.
Pagi esoknya, selepas bersarapan di Restoran Hamid, kami ke pasar pagi juga Plaza Hatyai dengan menaiki tut tut 20 baht seorang. Pada pukul 12.30 tengah hari 'check out' dan bertolak pulang ke Malaysia. InsyaAllah, jika ada rezeki mungkin akan ke sana lg bersama suami dan saudara yg lain.
No comments:
Post a Comment