Saturday, 26 January 2013
~ SPAGHETTI GORENG BERLADA
سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah, bertemu lagi dalam entri kali ini masih dengan tema masakan. Kali ini saya ingin berkongsi resepi 'Spaghetti Goreng Berlada". Resepi ini adalah percubaan saya yang pertama. Syukur, anak-anak menggemarinya dan juga kena dengan anak tekak saya berbanding dengan spaghetti bolognese yang agak masam-masam rasanya dengan selera saya.
Idea untuk menggoreng spaghetti ini datang kerana masih ada bahan-bahan mentah lebihan saya membuat spaghetti carbonara. Mula-mula saya bercadang untuk mencampur dengan makaroni kerana spaghetti pun hanya ada setengah bungkus sahaja. Rupanya apabila telah merebus spaghetti tersebut, banyak juga hasilnya walaupun hanya setengah bungkus. Mari kita lihat resepinya ^^
Bahan-bahan:
1/2 bungkus spaghetti - direbus bersama sedikit minyak, angkat dan toskan
250 gm daging kisar
1 labu bawang besar (kuning) - didadu
3 ulas bawang putih - didadu
3 sudu besar cili kisar
10 biji baby tomato
3 sudu besar sos tomato
4 sudu besar sos cili
10 batang baby carrot
1 biji brokoli
3 batang sosej
4 batang crab stik
1/2 biji capsicum merah - didadu
1/2 biji capsicum hijau - didadu
3 biji cendawan butang (putih) - dihiris nipis
4 sudu besar minyak zaitun
1/2 sudu kecil lada hitam
1/2 sudu besar dried oregano
garam dan gula secukup rasa
air
Cara-caranya:
1. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang besar, bawang putih dan baby tomato hingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar dan kacau sebentar. Masukkan pula daging kisar, kacau rata dan biar hingga hampir masak.
3. Kemudian masukkan sos cili dan sos tomato serta serbuk lada hitam. Kacau sebati.
4. Masukkan sosej, crab stik dan baby carrot serta cendawan butang. Tambah sedikit air jika terlalu kering.
5. Masukkan capsicum merah dan hijau. Perasakan dengan garam dan gula.
6. Masukkan spaghetti dan brokoli. Kacau sebati.
7. Taburkan dried oregano dan siap untuk dihidangkan.
~ Selamat Mencuba ^^
Labels:
Recipe
Sunday, 20 January 2013
~ AISKERIM DURIAN VERSI BANDUNG
سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi peluang untuk saya mencoret kata di sini. Agak lama juga saya tidak menulis apa-apa di sini. Hari ini saya ingin berkongsi resepi Aiskerim Durian versi Bandung.
Aiskerim Durian ~ Homemade |
Sebenarnya, saya telah merasa aiskerim durian ini ketika melawat ke Bandung pada bulan Disember yang lalu. Untuk menyediakannya agak mudah cuma saya tidak sempat untuk membeli susu kental manis coklat Indonesia. Baru saya tahu bahawa di Indonesia ada menjual susu coklat ini. Jadi sungguh mudah untuk menyediakan aiskerim durian ini.
~ pic from en. google |
Jom kita lihat bahan-bahan dan cara-cara untuk membuat aiskerim durian ini ^^
Bahan-bahan:
1 cawan aiskerim perisa durian / vanila ~ nak buat homemade ice cream resepi di bawah
2 ulas buah durian
1 camb. coklat urai
2 camb susu kental manis coklat - boleh dibuat sendiri juga, resepi sos coklat di bawah atau beli chocolate syrup sedia ada di pasaraya - sy guna jenama Hershey's
~ Pic from en. Google |
Cara-cara membuatnya:
1. Sendukkan aiskerim ke dalam gelas hingga separuh gelas.
2. Masukkan seulas durian, taburkan coklat urai dan siram sos coklat.
3. Sendukkan aiskerim lagi sehingga penuh isi gelas.
4. Hiasankan dengan seulas lagi durian (jika suka). Tabur coklat urai dan sos coklat.
5. Sedia untuk dimakan.
nyum...nyum...nyummy!! |
Recipe homemade ice cream:
Sumber: Facebook
Bahan-bahan:
1/2 tin susu pekat manis
1 tin air / susu cair / susu kotak Ducth Lady
1 camb. ovellete
1 biji telur
4 / 5 camb. perisa durian atau vanilla
Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan ke dalam mixer. Mix hingga pekat, likat, berkerim dan berkilat.
2. Masukkan ke dalam bekas. Simpan di tempat beku peti sejuk tahap maksimum.
3. Lepas beku sedia untuk dihidangkan.
Resepi sos coklat:
Sumber: Jom Masak
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat
2 sdb minyak masak
2 sdb susu cair
Cara-cara:
Campurkan semua bahan. Masak kaedah double boil hingga sebati dan larut.
Sedia untuk digunakan.
~ SELAMAT MENCUBA ~ ^^
Labels:
Recipe
Subscribe to:
Posts (Atom)