Blogger Templates

Thursday, 31 May 2012

~ BLOG MASAKAN


سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga membina satu lagi blog khas untuk kek dan sebagainya. Walaupun masih teraba-raba untuk membuat label dan link namun syukur kerana tanpa ilmu daripada mana-mana sifu, main hemtam keromo saja kata orang. Nampak gaya, selepas ini perlu berguru juga untuk buat label dan link tu :((.


Sebenarnya, tak pernah pun bercadang untuk membuat blog tersebut cuma apabila kawan-kawan en. hubby nak tengok kek untuk tempahan dan selalu bertanyakan blog...terbuka juga hati membuat blog baru memandangkan blog ini "macam-macam ada". Di Facebook saya cuma membenarkan kawan-kawan yang jadi 'friend' sahaja melihat gambar-gambar kek berkenaan.

Di samping membuat blog masih sempat lagi membakar dua jenis kek dan itupun atas permintaan adik ipar. Malangnya pula dia berada di rumah mertuanya di Perlis. Jamu mata ajelah Cik Fiza yer...


kek span utk chocolate indulgence cheese cake...


cotton soft japanese cheese cake


cotton soft japanese cheese cake with bluberry filling n
fresh fruits


nyumm...nyumm.. sedappppp!


cotton soft japanese cheese cake topping with fresh cream
n blueberry filling + fresh fruit.

Uppss...entri ini mungkin post terakhir untuk kek di blog ini...selamat menjamu mata ^^

Sunday, 20 May 2012

~ BILA KITA TERASA HATI


سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Dalam hidup ini pasti kita pernah terasa hati walaupun sekelumit cuma. Terasa hati dengan suami, isteri, anak-anak, adik beradik, saudara mara, sahabat, rakan sejawat, pihak majikan dan paling parah dengan ibu bapa sendiri. Bagaimana cara untuk kita menanganinya jika kita terasa hati... :((




Hati sebenarnya mencerminkan personaliti seseorang manusia. Tiada siapa yang mampu melihat sekeping hati ini dengan mata kasar. Soal hati hanya si pemilik dan pemilik mutlak si pemilik hati (Allah SWT) yang mengetahuinya. Namun kadang kala kita sendiri pun tidak memahami hati sendiri. Benarkan?

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya di dalam tubuh (manusia) ada seketul daging, jika dia baik maka baiklah seluruh tubuhnya, dan jika dia rosak maka akan rosaklah seluruh tubuhnya, ketahuilah bahawa dialah HATI.”

- Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Hati...untuk menjaganya amat sukar tetapi mengotorinya tidak sesukar menjaganya. Hanya iman dan taqwa menjadi perisai agar sekeping hati ini tidak dikotori. Sebagai manusia, iman yang naik dan turun pastinya membuatkan hati ini dihinggapi penyakit. Dan pengubat hati yang terbaik ada pada kembalinya si pemilik hati  itu kepada Dia Yang Maha Pencipta.

Berbalik semula kepada penyakit terasa hati ini. Ini adalah salah satu penyakit hati yang boleh merosakkan sebuah ikatan ukhuwah jika dibiarkan tanpa kawalan. Maka, jika ini berlaku kita perlulah mencari jalan untuk berubah. Apakah penawarnya? Saya telah terbaca ubat bagi penyakit terasa hati ini. 

Nasihat yang saya peroleh daripada pembacaan itu iaitu 'berlapang dada dan bersangka baik'. Kita akan terlepas daripada belenggu penyakit terasa hati ini. Benarlah, kerana inilah caranya Islam menuntut kita agar berlapang dada dan bersangka baik kerana pastinya mempunyai banyak hikmah. Akhirnya, 'berdoalah agar kita sentiasa dibersihkan hati'. 


Saturday, 19 May 2012

~ INDAHNYA UKHUWAH


سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Syukur alhamdulillah atas rahmat dan kasih sayang-Nya. Semoga kita semua dalam lindungan-Nya. Minggu yang agak sibuk walaupun sebenarnya hati ingin menulis di blog ini. Bulan Mei yang penuh dengan sambutan seperti Hari Jururawat, Hari Ibu dan Hari Guru. Setiap satunya mempunyai kisah untuk dicoretkan namun masa agak terbatas untuk melakukannya kerana tugas-tugas seharian juga tempahan kek daripada teman-teman sekolah.  

Bermula dengan kunjungan sahabat di alam maya ini ke rumah hingga terjalin ukhuwah yang indah. Terasa bahagia mempunyai sahabat yang sudi berkongsi suka duka kehidupan buat pedoman diri. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah atas kiriman-Mu. 




Begitu tersentuh hati apabila mendengar kisah hidupnya selepas kematian suami yang sangat dicintai. Terasa begitu mendalam kasih sayang walau jasad telah terpisah namun hati masih sukar melupakan kerana kebaikan selama hidup bersama. Masih teringat kata-katanya hanya pemergian suami yang dalam senyuman menjadi pengubat hati. Katanya lagi jangan biarkan suami terlalu memanjakan isteri kerana jika dia tiada lagi sukar untuk isteri bangkit meneruskan kehidupan ini. 




Teringat insiden di hari sambutan Hari Ibu selepas menghantar anak saudara pulang ke asrama. Dalam sibuk-sibuk meminta anak mencatat barang untuk dibeli, terlupa memberi 'signal' ke lorong kanan selepas lampu isyarat berwarna hijau. Lagipun kedudukan kereta agak ke sebelah kanan. Apalagi memekik bunyi hon kereta belakang. Tak cukup dengan itu, sempat juga memaki dengan kata-kata yang kesat selepas saya membenarkan dia memotong. Ketika itu hati berkata, sukarnya melihat lelaki yang budiman yang sabar dan memaafkan kesalahan. Lantas teringat en. hubby yang jarang marah-marah jika ada kesilapan yang dilakukan cuma diam sebagai tanda marah...




Pada Hari Guru juga, masih ada bekas anak-anak didik yang bekerja dan masih menuntut di universiti yang menelefon dan menghantar pesanan ringkas bagi mengucapkan 'Selamat Hari Guru'. Tiada hadiah yang indah selain doa dan ingatan daripada mereka semua. Semoga mereka semua berjaya di dunia hingga akhirat.




"Ya Allah, Semoga ukhuwah yang terjalin ini dalam redha-Mu Ya Allah."

Sunday, 13 May 2012

~ MAKARONI GORENG PEDAS



سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT atas rahmat dan limpah kurnia-Nya dapatlah saya mencoret kata di sini lagi. Syukur juga atas segala nikmat yang diberi.


Makaroni Goreng Pedas Berempah Cajun


Kali ini masih lagi dengan resepi cuma saya ingin berkongsi mengenai sejenis rempah yang dinamakan cajun. Sungguh harum baunya apabila dicampurkan dalam masakan. Rempah cajun ini saya beli di pasaraya Tesco dan banyak juga kegunaannya iaitu untuk perap daging, ayam, sotong, udang ataupun untuk bakar seperti BBQ.

Cajun  - pic from Mr. Google

Sebenarnya saya juga baru mengetahui rempah ini apabila mencuba resepi daripada Kak Nor dalam Secubit Garam. Sungguh sedap rasanya dan kena dengan anak tekak saya kerana selalunya susah juga untuk saya terima masakan barat ini. Terima kasih ye Kak Nor atas resepi dan izinkan saya berkongsi di sini. Walau bagaimanapun saya ubai suai sedikit resepinya.


Bahan-bahan:
1 cawan makaroni - jenis shell
1 keping dada ayam - dipotong kecil
1 ulas bawang putih - diketuk dan dicincang
1/2 labu bawang besar - dipotong dadu
1/2 biji tomato - dipotong dadu
1/2 batang lobak merah - dipotong dadu tp sy potong memanjang
1 biji cili merah - dipotong dadu
1 biji cili hijau - dipotong dadu
1 camt. serbuk lada hitam
1/2 camb. cili kisar
1 camt. cajun
1 camb. sos cili
1/2 cawan air rebusan makaroni
1 biji telur - dipukul sedikit
garam
sedikit gula
daun sup - dihiris
minyak

Cara-cara membuatnya:
1. Rebus makaroni sehingga lembut dan toskan. (Asingkan 1/2 cawan air rebusan)
2. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga wangi.
3. Masukkan cili kisar dan sedikit air rebusan serta ayam dan masak sehingga isi ayam bertukar warna putih.
4. Masukkan tomato, lobak merah, cili merah dan cili hijau dan goreng seketika.
5. Masukkan pula serbuk lada hitam, cajun, sos cili, garam dan sedikit gula jika suka.
6. Masak hingga tumisan berbau wangi dan alihkan bahan2 ke tepi kuali dan masukkan telur.
7. Biarkan telur masak sedikit lepas tu kacau hingga menjadi seperti scramble egg.
8. Masukkan makaroni dan juga air rebusan tadi (untuk menghasilkan makaroni yang sedikit basah. Skip jika suka makaroni yang kering)
8. Kacau dan goreng sekejab dan hidangkan dengan taburan daun sup.

nyum..nyum...enakkkkk

~ Selamat mencuba ya.... (^_^).
 

Sunday, 6 May 2012

~ MAKARONI BAKAR


سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih dipanjangkan usia bagi menjalani rutin seharian. Sudah agak lama saya tidak menulis tentang kegemaran saya iaitu mencuba resepi-resepi baru. Kali ini saya ingin berkongsi resepi pilihan saya iaitu Makaroni Bakar.


keju cedar yg tak cair krn terlalu lama di dlm peti sejuk :((

Minggu ini saya perlu menghabiskan semua stok makaroni yang dibeli pada tahun lalu kerana telah hampir tamat tempoh. Tambahan pula ketika membeli barang-barang dapur di Tesco, anak perempuan meminta saya membuat makaroni bakar setelah ternampak makaroni di pasaraya tersebut. Pada hari Sabtu, menu sarapan pagi makaroni goreng dan pada hari ini (Ahad) makaroni bakar. Owh, baru saya perasan sudah pukul 12:00 lebih tengah malam. Tarikh pun dan bertukar. Tak mengapalah...

Sebenarnya saya telah beberapa kali membuat makaroni bakar ini tapi masih tidak menepati selera kerana saya pernah merasa makaroni bakar yang sangat enak ketika berkunjung ke rumah saudara sebelah adik ipar di Kuala Lumpur. Kali ini saya mencuba resepi daripada blog masam manis. Terima kasih ye Pn. Azlita. Okay, kita semak bahan-bahan untuk membuat makaroni bakar ini. 

Bahan-bahan:
200 g makaroni - direbus sehingga lembut, toskan dan gaul dgn sedikit minyak
250 g daging cincang - dibersihkan
1 tangkai cili merah - dihiris
1 tangkai cili hijau - dihiris
50 g cendawan butang - dihiris nipis
1 labu bawang besar
2 sudu besar rempah kari
1/2 cawan potongan daun kucai - saya guna daun sup
parutan keju cedar secukupnya

Kastard:
5 biji telur gred A
200 ml susu cair
2 camca teh tepung gandum
1 camca teh gula
1 camca teh garam

Cara-cara membuatnya:
1. Dalam bekas besar, satukan semua bahan kecuali bawang besar, rempah kari, daging, keju cedar dan bahan-bahan kastard. Gaul rata dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang besar bersama rempah kari sehingga naik bau. Kemudian masukkan daging dan kacau rta hingga daging masak. Tambahkan garam secukup rasa.
3. Dalam bekas lain, satukan bahan-bahan untuk kastard dan kacau rata menggunakan wisk.
4. Tuang kastard ke dalam makaroni tadi dan kacau hingga bergaul rata.
5. Sediakan loyang untuk membakar. Sapukan loyang dengan butter.
6. Panaskan oven pada suhu 180C.
7. Tuang adunan tadi ke dalam loyang. Tabur parutan keju. 
8. Bakar selama 20 minit atau sehingga masak dengan api bawah dan bakar lagi 5 minit api atas bawah.


buah tangan utk along juga di MCKK

~ SELAMAT MENCUBA ^__^

Saturday, 5 May 2012

~ KADANG KALA KITA TERLUPA...


سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Sahabatku yang dikasihi...



" Kadang-kadang kita TERLUPA, 

kita jauh daripada ALLAH SWT...
LALAI dalam menjaga HUBUNGAN kita dengan-Nya...
sebab itu JANGAN DITANYA 
kenapa kita LEMAH saat DERITA menimpa 
kerana kita rasa BANTUAN itu tiada daripada-Nya...
UBATNYA adalah MENDEKATKAN DIRI PADA-NYA...

Biarlah dahi kepada bumi 
melekat dengan sujud yang penuh BERKAT

KELUARLAH daripada kepompong DOSA, 
supaya diri dapat TERBANG bebas 
dalam taman-taman SYURGA...
 InsyaALLAH..."



~ Kesalahan adalah Pengalaman Hidup... 
Belajarlah darinya... 

Jangan hanya mencuba untuk menjadi Sempurna... 
Cubalah menjadi teladan bagi Sesama.~~

InsyaAllah...Aamiin Ya Rabb.

Tuesday, 1 May 2012

~ MUHASABAH DIRI 2


سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk mencoret kata di sini. Banyak perkara yang berlaku secara tiba-tiba untuk menguatkan lagi diri dalam mengharungi hidup yang sementara ini. 

Benarlah seperti kata Salahuddin Al-Ayubi...

"Saya meminta KEKUATAN dan Allah memberi KESULITAN untuk membuatkan saya KUAT." 
"Saya bertanya tentang KEBIJAKSANAAN dan Allah memberikan saya MASALAH untuk DISELESAIKAN"

Hati yang marah dapat disejukkan dengan mengingati Allah.
Hati yang sedih dapat ditenangkan dengan mengingati Allah.
Hati yang kecewa dapat diubatkan dengan mengingati Allah.
Hati yang luka dapat disembuhkan dengan mengingati Allah.
Hati yang risau dapat ditenteramkan dengan mengingati Allah.
Hati yang gundah dapat diredakan dengan mengingati Allah.
Hati yang rajuk dapat dipujuk dengan mengingati Allah.


kerana hati ini percaya...
"Dengan hanya mengingati Allah hati menjadi tenteram". (Al-Ra'd:28)