~ Sabda Rasulullah SAW: "Bahawa sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh dan rupa kamu, tetapi Dia hanya melihat kepada hati kamu."
(Hadith Riwayat Muslim)~
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana saya masih diberi peluang untuk mencoret kata di sini. Agak lama juga saya tidak meng'update' blog ini kerana musim cuti sekolah banyak aktiviti lain yang perlu diberi perhatian. Entri kali ini masih lagi dengan resepi iaitu atas permintaan seorang rakan berpangkat adik di Facebook. Resepi kali ini ialah Mixfruit Cupcake yang saya pelajari di kelas Chef Zubaidah pada tahun 2011.
Mixfruit Cupcake...
Mari kita tinjau resepinya:
Bahan-bahan:
250gm butter
140gm gula kaster
4 biji telur gred B
2 sudu besar golden syrup
265gm tepung naik sendiri
1 tsp vanilla esen
250gm mixfruit - basuh dan perah airnya
Cara-cara membuatnya:
1. Pukul butter, gula dan vanilla esen sehingga sebati.
2. Masukkan telur satu persatu.
3. Kemudian masukkan semua bahan - tepung dan golden syrup dan sebatikan. Mixfruit dikacau kaup balikkan sahaja.
4. Masukkan ke dalam cawan 3/4 sahaja.
5. Bakar pada suhu 150 dengan api atas bawah selama 20 minit atau sehingga bahagian atasnya perang
Hasrat ingin membuat roti jala sudah lama namun tiada berkesempatan. Kebiasaannya jika hendak makan En. hubby beli di kedai saja. Namun kali ini En. Hubby tiada di rumah selama 3 hari, berguna juga acuan roti jala yang sudah lama terperap di dapur. Sebenarnya, inilah kali pertama saya mencuba untuk mengirai roti jala ini...huhu. Teringat pula pada En. hubby yang tidak dapat merasa air tangan saya yang pertama kali ini. Hampir 1 jam lebih juga untuk menyiapkan juadah ini bersama Kari Ayam dan Kuah Durian.
Roti Jala bersama Kari Ayam n Kuah Durian ^^
Rupanya sudah ada acuan yang memudahkan lagi membuat roti jala ini. Oleh sebab, acuan yang saya beli jenis lama... sementara hendak mencari yang baru, saya cuba dulu acuan ini...Susah juga rupanya kerana aduan tidak keluar dengan lancar di semua lubang...haha...tak tahu menari dikatakan lantai jongkang-jongket...^^
Sumber: En. Google
Ini rupa acuan roti jala muncung tiga itu...
Sumber: En. Google...
Ini pula cara untuk menganyam roti jala menggunakan acuan muncung tiga tu...nampak mudahkan??
Sumber: En. Google...
Sekarang, mari kita lihat pula bahan-bahan untuk membuat roti jala tersebut.
Bahan-bahannya:
2 cawan tepung gandum
1 cawan susu segar full cream - boleh juga gunakan santan
1 cawan air
1 biji telur
1 camt. garam
sedikit kunyit atau pewarna kuning
nyum--nyum...nyummmy...
Cara-cara membuatnya:
1. Bancuh tepung bersama susu segar, air, telur, kunyit/pewarna dan garam. Kemudian ditapis.
2. Rehatkan adunan lebih kurang 5 hingga 10 minit.
3. Masukkan adunan ke dalam acuan roti jala.
4. Panaskan frying fan dan sapu sedikit minyak.
5. Tebar adunan ke atasnya.
6. Apabila oti jala telah masak, terbalikkan seketika kemudian angkat dan gulung atau lipat mengikut citarasa masing-masing.
7. Ulang sehingga adunan habis di samping itu boleh sediakan kuah durian serta kari ayam.
Salam Maal Hijrah 1434H, bertemu lagi kita di dunia tanpa sempadan ini. Semoga tahun ini bertambah baik daripada tahun-tahun yang sebelumnya. Mari sama-sama kita hijrahkan diri ke arah yang lebih baik. InsyaAllah.
Sudah lama saya tidak meng'update' blog ini walaupun sebenarnya banyak yang ingin saya coretkan tetapi menulis rupanya memerlukan 'mood' agar penulisan menjadi lebih lancar. Kali ini saya ingin berkongsi resepi membuat crepe durian. Banyak resepi yang saya jumpa tetapi inilah resepi yang paling mudah dan ringkas serta senang untuk membuat crepe durian. Terlebih dahulu ribuan terima kasih kepada page Jom Masak atas pengkongsian resepi ini. Namun resepi ini telah saya gandakan bahan-bahannya menjadi 2 adunan.
Crepe Durian...
Resepi Crepe Durian mudah :
Bahan-bahannya:
40gm tepung gandum
40gm tepung ubi
20gm tepung kastard
20gm tepung jagung
2 biji telur
2 sdb minyak masak - sy guna minyak jagung
2 sdb gula halus
80ml susu cair - sy guna susu segar
300ml air
pewarna kuning
Cara-cara membuatnya:
1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk. Pukul sebati menggunakan whisk dan tapiskan.
2. Ambil sesenduk kecil dan tuang adunan ke dalam frying fan. Layangkan frying fan agar adunan sekata.
3. Masak hingga kering di atas api yang kecil.
4. Angkat dan tidak perlu diterbalikkan semasa mengangkat itu
Filling :
250ml fresh cream - diputar sehingga kental
Isi durian
1. Letakkan fresh cream di atas crepe. Kemudian letakkan isi durian dan seterusnya letakkan fresh cream di atasnya.
2. Lipat kiri ke kanan dan atas ke bawah
3. Sejukkan di dalam peti sejuk beberapa jam sebelum dimakan.
Alhamdulillah, bertemu lagi kita di alam maya ini. Kali ini saya ingin berkongsi resepi membuat doh untuk dijadikan bun. Doh ini sebagai basic untuk kita membuat pelbagai jenis bun. Walaupun agak sibuk dengan tempahan membuat kek sempena Hari Raya Aidiladha yang bakal menjelang pada 26 Oktober ini, saya updatekan juga entri ini kerana ada rakan FB membuat permintaan untuk mengetahuinya. Rasa bersalah juga sebab sudah tiga hari saya belum memberi resepi ini. Maafkan akak ye Dina...Jom lihat resepi ^^
Bun Sardin, Bun Kacang Merah, Sosej Mayos & Sosej Cut
Bahan-bahannya:
1000gm Tepung (high protein) - diayak
190gm Gula
63 gm Susu Tepung
12 gm Bread Improver
20 gm Yis
6 gm Softener
7 gm Baking Powder
1 biji telur
80 gm Shortening
90 gm Marjerin / butter
1 sudu teh garam
75 gm Susu cair (low fat)
400 gm air ais
Suhu atas 165 C, bawah 170 C
Cara-cara membuatnya:
1. Masukkan gula, susu tepung, bread improver, softener, yis dan baking powder ke dalam mesin pengadun roti dan pukul sebati.
2. Masukkan telur dan pukul lagi. Marjerin dan shortening sejukkan dahulu di dalam peti sejuk.
3. Masukkan susu dan air ais (boleh masukkan beberapa ketul ais juga) sambil diputar. Kemudian masukkan garam.
4. Masukkan marjerin dan shortening. Pukul hingga doh menjadi lembut. Jika doh lembik, tambahkan lagi tepung. Pukul sehingga doh kelihatan licin. Tambah sedikit minyak semasa hendak mengeluarkan doh dan putar seketika.
5. Sapukan minyak pada loyang dan letakkan doh tadi. Rehatkan seketika sebelum membuat apa-apa bun.
6. Kemudian, timbang doh 60 g setiap biji. Letakkan sedikit minyak dan bulatkan doh sehingga kelihatan licin. Doh-doh tersebut boleh digunakan untuk membuat bun sardin, sosej mayor, sosej cut, bun kacang merah dan lain-lain lagi. Semasa membuat bun, perlu ditambah sedikit doh lain untuk menjadikan bun kelihatan besar.
doh dibulatkan dengan minyak...
gulungkan doh bersama sosej
Sosej mayos...inti bawang besar didadu + mayonis
Sosej cut...paipkan sos cili + mayonis dan taburan
sayur campuran...
Bun Sardin...inti sardin yg telah dimasak dahulu...
Bun kacang Merah...
* Setelah bun naik baru disapu dengan telur sebelum dibakar selama 20 minit. Pada minit ke 15 alihkan kedudukan loyang.
* Boleh pelbagaikan jenis bun. Gambar di atas hanya memberi idea untuk menghasilkan pelbagai jenis bun lagi...
Alhamdulillah, dengan keadaan diri ini masih berpeluang untuk berjalan-jalan bersama anak-anak tercinta sempena cuti Hari Malaysia yang lalu. Percutian tiga hari dua malam ke bandar Kuala Terengganu dan Kota Bharu yang menyeronokkan dengan keluarga SKAP.
Pada 15 September 2012, kami sampai ke Masjid Abidin atau Masjid Putih pada pukul 6.00 pagi untuk membersihkan diri dan menunaikan solat Subuh. Antara tempat yang dilawati di bandar Kuala Terengganu ini ialah Taman Tamadun Islam dan Masjid Kristal, Gerai Keropok Losong, Muzium Negeri Terengganu, Nor Alfa Batik Dan Pasar Payang. Oleh sebab, kesuntukan masa kami tidak dapat ke Pasar Payang kerana telah ditutup pada pukul 6.00 petang dan bertukar arah ke Pasaraya Desa Murni dan Pasaraya Maidin seterusnya makan malam di gerai Gelas Besar di Seberang Takir berhampiran dengan tempat penginapan iaitu Rumah Rehat Sri Delima.
Selepas solat Subuh bersiar-siar di sekitar Istana Maziah
Masjid Kristal Kuala Terengganu
Taman Tamadun Islam
Muzium Negeri Terengganu
Rumah Rehat Sri Delima Seberang Takir
Noor Alfa Batik
Keesokan harinya kami bertolak ke bandar Kota Bharu pada pukul 8.30 pagi. Dalam perjalanan kami singgah membeli keropok losong cawangan Besut. Kemudian, membeli belah di Bazar Tok Guru, Pasar Siti Khadijah, Nor Batik dan berekreasi di Pantai Cahaya Bulan sambil menikmati makanan di sana. Selepas 'check in' di homestay Mahligai Bonda, kami ke Wakaf Che Yeh membeli belah sambil makan malam sehingga pukul 12.00 tengah malam.
dr Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu Kelantan
Norbatik Kota Bharu Kelantan
Pantai Cahaya Bulan
Pada hari Isnin, sekali lagi ke Bazar Tok Guru atas permintaan rakan-rakan yang ingin membeli batik di sana. Seterusnya bertolak pulang ke Taiping dan berhenti di Bukit Bunga untuk makan tengah hari dan membeli belah lagi serta Solat Jamak Zuhur dan Asar.
Bukit Bunga Tanah Merah
Percutian kali kedua selepas ke Hadyai pada tahun lepas bersama-sama warga SKAP yang indah dan mengembirakan kerana dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama keluarga SKAP. Alhamdulillah...terima kasih Ya Allah...
Jika rindu ini bertatah...
aku harap biarlah untuk Allah.
Andai rindu ini menarik resah kepada-Mu aku pasrah.
Andai pencarian ini masih belum kutemui...
Ya Allah damaikanlah hati.
Biar resah menarik sepi.
Biar kecewa meratap pergi.
Biar kasih mengikat hati.
Ya Muhaimin kepada-Mu aku mengadu hati.
Serikanlah laman hati bukan pada fikirku tapi pada redha-Mu.
UPSR datang lagi. Selamat menghadapi UPSR Nur Ainatul Nadhirah...Mak doakan adik dan rakan-rakan yang lain berjaya dengan cemerlang dan memperoleh 5A dalam peperiksaan nanti. Selama tiga hari nanti iaitu pada 11, 12 dan 13 September 2012, berjuanglah dengan penuh semangat dan yakinlah BOLEH.
Usah berputus asa dan sentiasa bertawakkal kepada Allah. InsyaAllah, dengan segala usaha yang telah kita lakukan, mak yakin adik pasti akan berjaya dengan cemerlang. Ingatlah pesanan Ustaz dalam Majlis Titisan Ilmu, jangan lupa membaca Surah Al-Insyirah dalam apa jua keadaan hatta dalam solat pun, elok diamalkan. Mak telah lama amalkan ini sejak anak-anak mak masih kecil, pada waktu malam dibacakan dan dihembus diubun-ubun.
Fadhilat Membaca Surah Al-Insyirah:
1. Mempermudah segala urusan dan murah rezeki. Amalkan membacanya 7 kali selepas solat fardhu.
2. Apabila ada sesuatu hajat yang penting, kerjakan solat sunat Hajat atau Tahajjud ditengah malam, dan baca surah ini 103 kali atau lebih banyak menurut kemampuan. InsyaAllah hajatnya akan tercapai.
3. Amalkan membaca surah ini, Insya Allah terjauh dari wabak penyakit panas dan penyakit berjangkit.
4. Untuk mengubati orang yang disengat serangga, baca surah ini kemudian tiupkan kepada pesakit, insyaAllah akan sembuh.
5. Barangsiapa mengamalkan surah ini, nescaya dadanya yang sempit akan dilapangkan Allah SWT.
Caranya:
Dibaca dengan meletakkan tapak tangan kanan di dada sebelah kiri dan ditekan. Kemudian dibaca surah Al-Insyirah 3 kali dan mohonlah supaya dilapangkan dada.
6. Tuliskan surah ini pada kertas, kemudian direndam dalam air dan diminumkan airnya kepada seseorang untuk mendorongkannya supaya bertaubat dengan sesungguhnya. Elok juga di baca Asma’al Husna “AL-TAWWAB” sebanyak 300 kali selepas solat Dhuha.
7. Doa untuk menghalang anak-anak bergaduh, bacalah Al Fatihah dan selawat diikuti dengan surah Al-Insyirah sebanyak 7 kali kemudian bacakan Ayat 200 dari surah Ali Imran serta doa berikut : “Allahumma allif baina qulubihim wa ashlih zata bainihim”. Selepas itu, dihembus ke dalam air untuk diberi minum kepada anak-anak. Boleh juga dibaca dan dihembus ke ubun-ubun anak anda pada setiap malam.
8. Surah ini jika di baca pada air sebanyak 111 kali, dapat menyembuhkan penyakit batu karang. Air ini dapat menghancurkan batu kerikil tersebut.
9. Jika diamalkan surah ini sebanyak 200 x setiap terbit matahari, insyaAllah akan dibukakan kepadanya perkara-perkara yang ajaib.
10. Surah ini jika dibaca pada air kemudian diminum, insyaAllah akan hilang dukacitanya dan terpelihara dari terkejut . Jika dilakukan 7 hari berturut2, insyaAllah akan kuat daya ingatannya.
Kelebihan Surah Al-Insyirah.
Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya. Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat. Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".
Alhamdulillah, bertemu lagi kita di arena maya dunia tanpa sempadan ini. Hari ini adalah hari ke-26 umat Islam berpuasa dan Ramadhan akan berlalu pergi meninggalkan kita dalam kesedihan pada yang merindui kehadirannya lagi. Mungkin ini Ramadhan kita yang terakhir dan Syawal yang tetap akan menjelang tanda kemenangan bagi orang-orang yang bertaqwa.
Dalam mengerjakan ibadat dalam bulan Ramadhan sudah tentunya kita akan sentiasa tertunggu-tunggu 10 malam yang terakhir. Walau agak terlewat juga bagi tajuk entri ini namum kita masih belum terlewat untuk mendapatkannya dan jika ianya telah berlalu pergi teruslah beribadat tanpa rasa kesal kerana segalanya dalam kekuasaan-Nya jua. Itulah malam yang mana ia berlaku pada satu malam daripada 10 malam terakhir iaitu pada hari ganjil bulan Ramadhan. Adakah malam Lailatul Qadar ini pada 21, 23, 25, 27 atau 29 Ramadhan? Hanya orang yang berusaha sahaja akan merasai nikmat beribadat di malam Lailatul Qadar ini.
Terdapat petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama dalam mencari malam Lailatul Qadar ini.
Jika awal Ramadhan jatuh pada hari:
1. Ahad atau Rabu malam Qadar dijangka berlaku pada malam 29 Ramadhan
2. Isnin - malam Qadar dijangka berlaku pada malam 21 Ramadhan
3. Selasa atau Jumaat - malam Qadar dijangka berlaku pada malam 27 Ramadhan
4. Khamis - malam Qadar dijangka berlaku pada malam 25 Ramadhan
5. Sabtu - malam Qadar dijangka berlaku pada malam 23 Ramadhan
Kata Sheikh Abu Hassan bahawa sejak mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan Lailatul Qadar pada malam yang tepat mengikut petua di atas. Walau bagaimanapun, janganlah beribadat pada malam ini sahaja, carilah malam Qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.
Tanda malam Qadar ialah:
Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas,
Siangnya cahaya matahari warnanya pucat,
Pada malam itu malaikat jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.
Syukur ke hadrat Ilahi dengan izin-Nya dapat saya mencoret lagi di sini. Entri kali ini mengenai ayat-ayat cinta Allah yang sempat saya edit menggunakan PhotoScape sahaja. Ini bagi tujuan menyertai pengkongsian kalam Allah anjuran Pusat Pungutan Zakat, Wilayah Persekutuan.
Bersempena dengan Nuzul Al Quran pada 17 Ramadan 1433H iaitu hari ini, Pusat Pungutan Zakat mengajak kita berkongsi ayat-ayat Al Quran yang memberi "turning point" dalam hidup kita. Apabila setiap kali membacanya, ianya benar-benar memberi kesan kepada kita.
Ayat-ayat Al Quran pengkongsian saya yang setiap kali membacanya benar-benar memberi kesan di lubuk hati :
"Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatilah kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat." (Surah An-Nur, ayat 56)
"Demi masa. Sesungguhnya manusi di dalam kerugian. Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan yang berpesan-pesan kepada kebenaran dan Kesabaran." (Surah Al'Asr, ayat 1-3)
Kata Iman Asy-Syafie:
"Yang paling JAUH bukannya bintang, matahari atau bulan,
tetapi MASA yang telah berlalu dan tidak akan kembali.
Kelmarin yang luput menjadi KENANGAN.
Kelmarin yang terluput mengukir SESALAN.
Yang ADA hanya hari ini dan akan datang.
Gunakan HARI INI sebaik mungkin,
kerana esok BELUM PASTI milik kita,
sedangkan semalam TELAH PERGI buat selama-lamanya."
~ حَسْبِيَ اللَّه وَنِعْمَ الْوَكِيل ~
'Hasbun Allah wa ni'mal wakeel' ~ [Al-Imran:173]
(Cukuplah Allah sebagai penolong kami dan Allah sebaik-baik pelindung.
Allah is sufficient for us, and he is an excellent guardian.)
Namun, kalam Allah ini juga sangat memberi kesan kepada saya cuma saya tidak berkesempatan untuk mengedit gambarnya kerana pemenang yang terpilih adalah hasil daripada penyertaan yang kreatif.
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah ayat 216).
Hadiahnya sehelai tudung bernilai RM150 tajaan Butik MAMA & Hamper raya tajaan The Jannah. Okay juga hadiahnya kan?? Doakan saya berjaya ya (^_^)...
Alhamdulillah, hari ini dapat meluangkan sedikit masa untuk mencoret di sini. Sepanjang bulan Ramadhan ini masa terasa cepat berlalu tambahan pula jika hari bekerja. Walau bagaimanapun masa untuk tidur sebentar selepas Zuhur perlu diperuntukkan bagi tujuan beribadah di malam hari terutama ketika solat Terawih.
Hari ini adalah hari yang ke-15 umat Islam berpuasa. Sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini, marilah kita perbanyakkan ibadah dan berdoa moga-moga Allah akan makbulkan hajat kita itu.
Doa Ramadhan Hari Ke-15...
Di samping beribadah di bulan Ramadhan yang suci ini, para isteri dan kaum ibu tentu agak sibuk dengan juadah berbuka puasa juga persiapan untuk berhari raya. Sepanjang bulan Ramadhan ini kebanyakkan juadah selalunya yang ringkas-ringkas dan mudah disediakan. Antara juadah yang disediakan sepanjang Ramadhan ini (yang sempat diambil gambar sahaja, (^_^)...Resepi tak dapat dikongsi, insyaAllah jika ada kelapangan akan disertakan sekali...
Asparagus goreng udang
Tomyam Udang...
Roti Sosej
Jemput2 roti...
Ayam Gajus
Gulai Tulang bersama Rabung
Sup Tulang
Puding Karamel
Kari Udang
Selamat berbuka puasa kepada yang menjenguk di sini...Jangan lupa baca doa berbuka puasa pula ye...
"Orang-orang yang beriman itu sangat kuat kecintaannya kepada Allah." (al- Baqarah: 165)
“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkanNya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (al-Nahl: 18)
bicara hikmah
"Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal..."
“Kekecewaan itu mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup.”
سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Firman Allah yang bermaksud, "Sesungguhnya se...
❤❤❤ my homemade cake ❤❤❤
Untuk Tempahan:
Sila email kepada ~
sher_mn71@yahoo.com
SOLAT SEBELUM DISOLATKAN
DOAKU
sembang
Guest
Followers
sahabat
terima kasih sahabat
Wahai Sahabat, tetaplah menjadi sahabatku, yang senantiasa menasihatiku, yang senantiasa merelakan waktumu untuk mendengarkan keluh kesahku, yang senantiasa memberiku semangat, yang senantiasa mensupportku untuk selalu maju menjadi yang terbaik, yang senantiasa mengingatkanku disaat aku lalai.
Wahai Sahabat, terima kasih atas segala kebaikan akhlaqmu, terima kasih atas segala nasihat-nasihatmu, terima kasih atas segala semangat dan dukungan yang senantiasa kau berikan kepadaku, terima kasih atas segala peringatanmu, terima kasih atas segala waktumu, terima kasih karena telah mau menjadikan diri ini sebagai sahabatmu, terima kasih atas segala yang kau berikan untukku, terima kasih untukmu sahabat.
Wahai sahabat,kutahu banyak kesalahan yang tanpa kusedari dan tanpa kusengaja telah kulakukan dan kutahu pula banyak kekeliruan yang tanpa sedar telah terlontar dari lisanku yang mungkin tanpa kutahu telah menyinggung dan menyakiti perasaanmu, sahabat kuharap maafmu atas segala kesalahan dan kekeliruan yang telah kulakukan. Maafkanku Sahabat
Wahai Sahabatdimana kau kini, kurindu akan nasihat-nasihatmu, kurindu akan peringatanmu, kurindu akan kehadiranmu disisiku. Sahabat dimanapun kau kini kuharap selalu ada senyum yang menghias di wajahmu, kuharap selalu ada ceria yang senantiasa terpancar diwajahmu, semoga kau bahagia sahabat.
Ya Allah jagalah sahabatku, lindungilah ia dengan perlindunganMu, kuatkanlah pancang kakinya agar selalu teguh berada dijalanMu, kuatkanlah jasadnya dengan segala anugerahMu, kuatkan ruhnya dengan ruhMu, buat ia tersenyum, semangat dan istiqamah dijalanMu, ya Allah izinkanlah kami kelak bisa bertemu di syurgaMu.