Blogger Templates

Monday, 31 October 2011

~ HATYAI ~


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Walau sibuk dengan tugas2 akhir tahun ini, masih sempat mengikuti lawatan ke Hatyai anjuran Kelab Guru Skap.  Lawatan 2  hari 1 malam ini memang sungguh berbaloi terutama di semasa di  'floating market'. Bersama dua org anak iaitu Nabihah dan Nadhirah, kami bertolak dari  rumah pada pukul  2.30 pagi dihantar oleh  suami yg tidak mengikuti kerana ada Hari Kokurikulum di sekolahnya.


Destinasi pertama  ialah  ke Pantai Samila  yg terletak  di  songkla.  Walau hari hujan  masih  sempat berposing  dgn  si ikan  duyung.



Selepas makan tengah  hari, bertolak  ke  Hatyai utk 'check in'  di  Hotel Regency. Alhamdulillah, selamat sampai ke hotel pada pukul 3 lebih waktu  Malaysia.



Pada  pukul  5.30 petang, bergerak ke 'floating market'. Walau bagaimanapun cuaca tidak menyebelahi, hujan lebat tetapi kemudian berhenti terus utk kami ke pasar tersebut. Tidak lama kemudian, hujan turun lagi menyebabkan banyak tempat tidak dapat dilawati. Keseluruhan masa di sana amat menyeronokkan terutamanya makanan  yg dijual sangat enak (haroi - bhs Thai). Antara makanan yang sempat dibeli bubur nasi, jagung rebus dan somtam serta air kelapa yg diisi di dlm bekas tanah liat.




Aktiviti  malam  itu adalah bebas sama ada  melawat di  sekitar  hotel atau ke pasar malam terbesar di Hatyai dan saya mengambil keputusan ke pasar malam bersama beberapa teman guru yg lain. Malam itu, tak lupa juga saya mengambil perkhidmatan 'masage' seluruh badan yg berharga 300 baht spt yg disyorkan oleh En. Abu Kassim (tourist guide drp Thailand). Memang puas hati, hilang lenguh2 di badan dan dpt merelaxkan otak dgn urutan tersebut.

Pagi esoknya, selepas bersarapan di Restoran Hamid, kami ke pasar pagi juga Plaza Hatyai dengan menaiki tut tut 20 baht seorang. Pada pukul 12.30 tengah hari 'check out' dan bertolak pulang ke Malaysia. InsyaAllah, jika ada rezeki mungkin akan ke sana lg bersama suami dan saudara yg lain.

Monday, 24 October 2011

~ BUTTERCREAM ~


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Baru-baru ini saya telah mencuba membuat cupcakes dengan hiasan buttercream sempena hari lahir anak yang ketiga iaitu pada 5 Oktober yg lalu. Alhamdulillah, hasilnya amat memuaskan hati dan kawan2 juga menyukainya.

Cupcakes Hari Lahir Nur Ainatul Nadhirah ~ 11 Tahun.

Bahan-bahan utk membuat Buttercream:
250 gm shortening
125 gm krimwell
125 gm gula aising (ayak dulu supaya xberketul2)

Cara-cara:
1. Pukul shortening + krimwell hingga putih. 
2. Masukkan gula aising. Pukul lagi hingga kembang dan putih.
3. Suaikan warna mengikut hiasan kek.

TIPS: Pukul dengan kelajuan minima dan makan masa sikit tapi InsyaAllah, icingnya nanti lebih cantik dan mudah dilepa.

utk kawan2 Ainatul, murid2  Tahun 5 Wawasan...

Tak ketinggalan buat guru2 kelas tambahan yg hadir 
pada 5.10.2011.


Tak lupa juga buat along di MCKK.

p/s: utk resepi ni saya telah menambah 1tsp esen vanilla.

Thursday, 13 October 2011

~ I-CITY ~

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kali ini saya ingin berkongsi maklumat tentang I-city Shah Alam, Selangor. Kali ketiga ke Shah Alam, baru berkesempatan ke I-city ini. Walaupun agak lewat ke sana lebih kurang pada pukul 10.00 malam, dah anak2 hampir terlena tetapi memandang kesuntukan masa, niat hati diteruskan. Esok paginya hari konvokesyen Encik hubby. 

I-city ini telah dirasmikan pembukaannya pada 25 Disember 2010 dan merupakan taman tema salji terbesar di Malaysia bernilai lebih kurang RM20 juta. Antara tarikan utamanya ialah iglu, istana, kapal dan jambatan gantung yang diperbuat daripada salji dan diserikan dengan lampu yang berwarna warni. Juga pelbagai permainan musim salji seperti gelanggang luncur ais, kereta api, gelongsor salji dan beberapa permainan kanak-kanak.

Taman tema salji ini dibuka pada pukul 10 pagi hingga 1 pagi dari hari Isnin hingga Jumaat manakala pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum pada pukul 10 pagi hingga 2 pagi. Tiket untuk masuk ke Taman tema ini ialah RM25 bagi dewasa dan RM29 bagi kanak-kanak. Bayaran ini termasuk dengan baju sejuk manakala kasut boleh disewa dengan harga RM10. Ianya sesuai dikunjungi oleh semua peringkat umur dan teristimewa bagi seisi keluarga.





























sangat2 menarik...sehingga anak2 xmahu balik tetapi
lampu telah dipadamkan kerana sudah ditutup.
Tidak berkesenpatan juga masuk ke Taman Tema Salji.

Sunday, 9 October 2011

~ SAHABAT ~

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tiba-tiba hati ini rindu kepada sahabat-sahabat yang jauh di mata. Untuk kau yang bernama sahabat...

Terima kasih kuucapkan...
Kerana memilihku sebagai salah seorang sahabatmu...
Kerana sudi luangkan masamu bersamaku...
Kerana sudi menjadi pendengar setiaku...
Kerana sudi berkongsi suka dan duka denganku...
Kerana sudi melayan setiap kerenahku...
Yang entah apa-apa.


Sahabat...
Ketahuilah olehmu...
Kau adalah di antara insan...
Yang paling ku sayangi dan ku rindui...
Hilangmu tak mungkin ada penggantinya.


Sahabat...
Seandainya takdir memisahkan kita...
Ku pasrah segalanya...
Andai itu telah tersurat...
Maafkan aku wahai sahabat...
Sesungguhnya aku amat menyayangi dan merinduimu...
Kini dan selamanya. 


Sahabat...
Doa dariku sentiasa mengiringi setiap langkahmu...
Dalam mengharungi liku-liku perjalanan hidup...
Moga kau beroleh kebahagiaan.







Doaku untukmu Sahabat...

Ya Allah, 
Kau berkatilah ukhwahfillah kami...
Kami hanya insan-insan kerdil yang menumpang buat sementara di atas muka bumi ini...
Dari-Mu kami datang dan dari-Mu jualah kami kembali.


Ya Allah,
Ukhwahfillah yang kami bina ini...
Adalah dengan izinMu...
Andai ada di antara kami yang terpesong...
Maka kembalikanlah kami ke jalan kebenaran...
Dan jalan yang Engkau redhai.

Ya Allah,
Engkau titipkanlah dalam hati kami...
Sifat saling hormat-menghormati...
Saling sayang-menyayangi...
Saling kasih-mengasihi...
Agar ikatan ukhwahfillah ini...
Tidak akan terlerai...
Biarkan ianya tersimpul.

Ya Allah,
Hanya takdirMu yang akan...
Memisahkan ikatan ukhwafillah...
Yang kami bina ini...
Andai itu telah tersurat...
Kami pasrah...
ya Allah.

AMIN YA RABBAL 'ALAMIN.
(Iluvislam.com)





Thursday, 6 October 2011

~ ZIKIR SEJENAK ~


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kali ini mari kita bersama-sama berdoa dengan Munajat Keampunan Zikir Doa Taubatan Nasuha. Dengan ini, kita boleh mendekatkan diri kepada Allah SWT. Semoga Allah sentiasa meredhai dan merahmati kita semua dan memberi keampunan kepada kita dalam meneruskan hidup di dunia yang sementara ini. Aamin.

(Sebelum anda mendengar zikir munajat keampunan ini, silalah klik stop lagu "Muhasabah Cinta" dengan 'scholl down' hingga berjumpa dengan link lagu tersebut)... (^_^)


"Ampunilah hamba, ya Allah Maha Penerima Taubat
Ampunilah hamba, ya Allah daripada segala dosa

Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna
Berikanlah aku amalan yang dimakbulkan
Kurniakan kepadaku rezeki yang luas
Perkenankan taubatku dengan taubat nasuha.

Ampunilah hamba, ya Allah Maha Penerima Taubat
Ampunilah hamba, ya Allah daripada segala dosa."

Monday, 3 October 2011

~ GOOD LUCK MY SON ~

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Hari esok dan seterusnya bermula 4, 5, 6 dan 10 Oktober adalah hari perjuangan buat anakandaku yang pertama iaitu Muhammad Athif Irfan. Selamat menempuh peperiksaan PMR 2011. Semoga kejayaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang akan menyebelahmu. Aamiin Allahumma Aamiin.


Muhammad Athif Irfan bersama abahnya di majlis 
Bacaan Yaasin dan Solat Hajat pada 1 Oktober 
di Surau MCKK.


Sempena hari peperiksaan yang bakal dihadapi oleh anak2, saya ingin berkongsi ilmu yang saya dapati di sebuah blog sofipublication.com


Semasa anak sedang menghadapi peperiksaan di dalam dewan peperiksaan, bolehlah kita sebagai ibu bapa melakukan perkara-perkara seperti di bawah. Semuanya dengan niat supaya anak kita boleh dan dapat menjawab  semua soalan dengan lancar dan baik, tidak gugup dan tidak gementar.

  1. Ambil wudhu’
  2. Duduklah menghadap kiblat dan bacalah...
  3. Syahadah 3x
  4. Surah Al-Fatihah 1x
  5. 3 Qul
  6. Surah Al –Insyirah 1x
  7. Salawat ke atas Nabi 11x
  8. Selepas itu bacalah Surah Yasin 1x diikuti oleh Surah Al-Insyirah 100x

Amalkan  samada di rumah, di tempat kerja atau di mana-mana sahaja...Semoga kejayaan milik anak kita. InsyaAllah.


Selain itu, ada juga petua dengan mengumpulkan alat tulis anak-anak dan genggam alat tulis tersebut (dalam keadaan berwuduk), kemudian baca bacaan-bacaan berikut:


➀~Al-Fatihah 7 kali
➁~Selawat 7 kali
➂~Subhanallah 44 kali
➃~Alhamdulillah 44 kali
➄~Allah hu Akbar 44 kali
➅~Ya Hayyu Ya Qayyum 21 kali
➆~Teruskan dengan bacaan doa...


” Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum,Ya Rahman,Ya Rahim,Ya Latif,Ya Jabbar,Ya Khaliq,Ya Allah permudahkanlah anak-anak kami di dalam urusan mereka dalam menimba ilmu di atas seruan dan perintah-Mu. Tenangkanlah hati mereka untuk menerima ilmu-Mu, lapangkanlah jiwa mereka untuk mengharungi ujian-Mu dan berkatilah mereka dengan rahmat-Mu. Amin Ya Rabbal alamin.”


Kemudian tiupkan pada alat tulis tersebut dan hati-hati jangan dibiarkan bersepahan sehingga dilangkah anak-anak. Keesokan harinya ambil segelas air, baca Al-Fatihah 7 kali dan Selawat 7 kali, bacalah doa yang sama seperti di atas dan beri anak-anak minum air tersebut. Insyaalah kita berusaha, semoga dapat membantu anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan.


Semoga dengan petua untuk anak yang bakal menduduki peperiksaan ini dapat membuka jalan kepada anak-anak ataupun pelajar serta ibu bapa yang kerungsingan. InsyaAllah.


Sunday, 2 October 2011

~ SWEET MEMORY ~


Assalamualaikum wrb. 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Baru pertama kali saya ingin berkongsi bicara hati di alam maya ini. Kiriman pertama hendak berkongsi resepi yang istimewa sempena hari lahir baru-baru ini iaitu resepi chocolate cupcakes yang diubah suai daripada resepi asal iaitu chocolate marble cupcakes. Cupcakes istimewa ini khas buat anak2 didik tersayang yang telah mengharukan hati ini di hari lahir saya baru-baru ini. Justeru, sebagai balasan inilah cenderamata buat mereka. Walaupun pada hari tersebut telah berlaku peristiwa malang yang menyedihkan hati tetapi tetap terubat apabila terkenangkan mereka. 


Walaupun agak lewat menyediakan cupcakes ini iaitu pada pukul 11.45 malam kerana sebelum itu sibuk menyiapkan tempahan Blueberry Cheese Cake daripada rakan sejawat yang mana telah 3 minggu menempahnya tetapi baru malam tersebut ada mood untuk membuatnya. Apabila tangan ini mula bermain dengan tepung2 dan sebagainya maka terujalah  untuk memasak yang seterusnya. Inilah cupcakes istimewa tersebut.


CHOCOLATE CUPCAKE 


Bahan2 :
200gm butter
180gm gula kaster
4biji telur 
1tsp vanilla esen
240gm tepung naik sendiri
1sudu besar golden syrup
80gm susu coklat (dutch lady)
1tsp coklat emolco


12.05 a.m masih di dalam oven. Belum dideco...pening2 nak deco apa??


Cara2 membuatnya :
1. Pukul butter dan gula 
2. Masukkan esen dan golden syrup
3. Masukkan pula susu dan tepung dan digaul sebati


Taraaa...inilah hasilnya...


Ermmm...setelah penat fikir dan rasa malas dah mula datang, lantas terlintas idea iaitu hanya letakkan coklat cair dan taburan bintang2 berwarna warni sebagai menunjukkan lima bintang atas sikap yang ditunjukkan oleh  mereka.


I LOVE ALL OF U !!!


Murid Tahun 4 Proaktif 2011.




hehehe...time ni sedang sibuk dok tulis no siri kat kupon2 utk Hari Kantin pada 9 Oktober nanti. Sempat lagi create blog ngan anak. Cayanggggg kakak...muahhhh!