Sesiapa yang berminat untuk membeli produk anggur atau mengunjungi Ladang Anggur Tasik Beris ini boleh menghubungi talian 04-4620466 atau faks 04-4620611.
Sunday, 18 March 2012
~ BERIS LAKE VINEYARD
سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Hasrat hati ingin ke Ladang Anggur Tasik Beris akhirnya tercapai apabila balik daripada Kedah pada hari Sabtu yang lalu terus ke Sik. Dari lebuhraya, keluar di Gurun dan terus ke Jeniang lebih kurang 16km daripada pekan Sik. Terletak berhampiran dengan Tasik Beris menjadikan pemandangan sangat indah.
Ladang Anggur Tasik Beris ini diusahakan oleh Excel Agrotech Sdn Bhd pada tahun 2007. Bayaran masuk bagi dewasa RM4.00 dan kanak-kanak RM2.00. Pada waktu ini hanya anggur berwarna hijau sahaja yang berbuah. Buah anggur ini dilarang daripada dipetik tetapi boleh dibeli pada harga RM15 sekilogram bagi yang berwarna merah.
Beris Grape Cafe adalah bangunan yang disediakan untuk pelancong menikmati pemandangan suasana ladang dan tasik kerana hampir 90% berdinding kaca. Terdapat juga galeri jualan yang menjual anggur segar, jus, kordial dan produck berasaskan anggur seperti sabun, losyen badan dan mandian. Galeri jualan dibuka dari pukul 9.30 pagi hingga 6.30 petang.
Sesiapa yang berminat untuk membeli produk anggur atau mengunjungi Ladang Anggur Tasik Beris ini boleh menghubungi talian 04-4620466 atau faks 04-4620611.
Labels:
Family
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment